Pages

Babeh

Sumpah, dulu saya panggil makwe saya. Babeh. Pernah saya panggil dia, Babe. Dia tak suka. Sebab dia baca bunyi babi. Babe dimelayukan jadi Babi atau sebutan yang di sebut mungkin, baa-bee.

Kelakar. Entah, saya tak salahkan dia. Dia ada hak untuk baca dan sebut macam mana pun. Sebab saya dan dia tak satu sekolah dan tak belajar dibawah satu bumbung sekolah dan juga tak sama guru. Kalau itu semuanya sama dan satu, Mungkin saya dah gelak terguling-guling seperti tenggiling. atau kalau saya baik, saya tolong dia baca dan sebut 'Babe' dengan sempurna dan terulung sekali. Maha Hebat.

Apa guna ada pakwe, tapi kalau tak tolong.

Tapi, itu lah. Dia tetap berdegil, mesti ada 'h' dibelakang 'babe'. Kalau tidak, dia marah dan menyampah. Sebagai pakwe, saya tak mahu perkara itu terjadi. Jadinya - Babeh.

"Babeh, watpe tu?"
"Babeh, dah makan?"
"Babeh, nanti ambek orang kat sekian-sekian, pukul sekian-sekian. Boleh?"

Babeh itu, Babeh ini, Babeh sana, Babeh sini.. Babeh, Babeh, Babeh.

Dah jadi macam special name untuk gadis bukan muhrim yang saya sayang. Kira kalau untuk perempuan yang melahirkan saya, special name dia 'Mama'. Dan 'Papa' untuk lelaki yang berjadi suami perempuan yang melahirkan saya. Kira macam itu lah.

"Babeh - Gadis bukan muhrim yang saya sayang dan cinta"

Biasalah, apa yang saya cerita. Mesti perkara yang dah lepas. Kalau saya tulis, apa yang belum berlaku, belum lepas. Boleh chaos dunia. Kacau-bilau. Dan pasti ada yang mewujudkan agama Darkk. atau agama Avakadabra: Hidup Itu Randum.

Kemudiannya, Belog saya pasti dipuja-puja dan dibukukan untuk tujuan keagamaan. Pelbagai ritual direka dan dipadankan mengikut citarasa manusia. Saya tak mahu semua ini berlaku. Jadi, saya mahu ceritakan apa yang lepas sahaja.

Lagi pun, kalau saya cerita/tulis yang belum lepas, belum tentu lagi perkara itu akan terjadi. Buang masa. Buang Tenaga. Dan segala-segalanya akan terbuang.

Apa yang saya mahu simpulkan di sini adalah, semua kisah babeh si makwe adalah kisah benar dan kisah dulu. Kisah lama.

Sekarang saya tidak ada babeh si makwe dan juga mengganggap babeh itu adalah gelaran biasa-biasa sahaja. Gelaran untuk seorang perempuan yang howt dan sexsa. atau gedixc. yang dilorat KeyEll kan.

Sekiranya saya memanggil anda (untuk perempuan tulen sahaja), Babeh. Tak semestinya saya sayang atau cintakan anda. Mungkin anda, howt atau/dan sexsa, atau/dan gedixc. Atau mungkin saya mahu minta lighter dari anda.

"Babeh, Lu ada Lighter?" - Sinaganaga (http://sinaganaga.blogspot.com)

3 comments:

fararusdi said...

oh babeh babeh!

macha_sezs said...

ape lu merepek ni~

@tune® said...

member aku name die bebeh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails