Pages

Kalifornia Temaki

Kami duduk berdua di hujung kaunter. Berhadapan dengan rel makanan bergerak. Aku menghadap rel makanan dan dia menghadap rel makanan juga. Yang beza, dia duduk di sudut dan aku duduk di tengah memberikan peluang untuk pelanggan yang lain duduk di sebelah aku.

Hey. Cuba satu. kata aku sambil mengambil Inari. Sedap. sambung aku.

Dia ambil satu, selepas membersihkan chopstik kayu (dia pernah tersasul chopstik dengan spegathi) dengan menggosokkan kedua-dua chopstik antara satu sama lain.

Hmmm.. kunyah dia. Hmm.. Ini Inari? tanya dia.

Ha'ah. aku jawab. Inari merupakan nama jenis sushi yang diatasnya diletakkan kulit tauhu goreng. Sushi ini menjadi pembuka selera apabila aku sampai di kedai makanan itu. Selalunya.


Suasana di sana, hingar bingar memandangkan pada waktu itu merupakan waktu kemuncak kebanyakan orang makan malam. Tempat duduk makin berkurangan dan apabila keluar pelanggan tempat kosong cepat-cepat dipenuhi orang lain.

Cuba California Temaki pula, cadang aku. Dia angguk. Sambil mengunyah, dia pandang ke atas. menikmati setiap kunyahan. Mukanya merah dan pipi gebunya turun naik, turun naik mengunyah.

Aku kemudiannya memberitahu kepada pelayan yang kebetulan lalu di belakang. Dua California temaki dan satu Yakiniku Udon. Dia catat. Kemudian meletakkan kertas karbon itu di atas meja ku.

Sepanjang itu, kami tidak berkata-kata. Aku sibuk memerhatikan suasana dan dia leka mengunyah.

Di satu meja, kelihatan seorang ayah sedang sibuk mengawal anak-anaknya yang selepas makan, menyusun piring-piring biru hingga lebih tinggi dari ketinggian ayahnya yang sedang duduk. Tak puas dengan itu, anak itu mengambil penutup makanan. menyusun penutup makanan itu pula.


10 minit selepas itu. Anak-anak dan bapanya keluar dari situ (kedai makan) dan meja lekas-leas dipenuhi dengan pelanggan lain.

Ketika itu, California Temaki masih belum sampai. Begitu juga dengan Udon.

Selepas Hati Hancur

Paling ajaibnya lepas hati saya hancur, retak seribu, saya terserempak seorang yang pernah saya berkenalan dalam bas. Latar masa itu circa tahun 2009 atau 2010. Ketika itu dalam perjalanan pulang ke Melaka dari Kuantan. Kami duduk sebelah menyebelah. Saya borak dengan dia. Dapat nombor dia. Kemudian, saya mesej lebih kurang. Pasal masa tu bizi yang amat. Adegan jumpa balik bermula lepas saya tengok wayang tadi. Dia baru lepas balik kerja part time. Kami selisih, kami berjalan nak terlanggar. saya elak dia, dia elak saya. kemudian saya senyum, dia senyum balik. Selepas tu, dia jalan kemudian, saya perhatikan dia nak langgar orang lagi. dia elak dan senyum. saya renung muka dia lama-lama sama ada dia antara orang-orang yang wajahnya yang saya familiar atau saya kenal.

Sedang sampai satu tahap renungan, saya cuba nak abaikan firasat familiar saya. Tiba-tiba dia dah stop. Dia nak masuk surau. Saya pun stop, sebab nak bukak pintu tangga dekat surau tu. Saya tengok dia. Dia tengok saya. Lagi. Rasa familiar. Kemudian, saya kata,"Ha. Rasa macam cam lah. Saya Shafiq." "Awak sapa ye?" tanya saya.

"Qistina" dia kata. Senyum.

"Oh. Qistina" saya respon. Senyum.

Zup zap zup terus otak saya recall. Dia pernah cakap yang dia suka pokok. Dia cerita juga yang dia suka tengok awan. Tapi antara pokok dengna awan, dia lagi suka pokok. Dan dia bercita-cita nak bukak nurseri pokok. Saya mintak nombor telefon dia, lagi sekali. Rupanya, saya tak pernah delete nombor dia. Selepas itu, kami berpisah. Saya pasang azam. Mahu SMS dia lepas tu. Tapi sampai sekarang saya tak mesej dia. Rasa malas pun ada. Kalau mintak fesbuk snuid kan senang. Buleh like status dia je.


Masuk ini dah 6 bulan saya dapat nombor dia. Dan saya masih dengan sikap malas mesej. Ego lelaki, orang kabor.

Random Quote



But I know you're too busy to miss me back.

At Least

At least.. give me one good news and I will be fine.

A lot of disappointing news i heard make me thinking. The beginning of 24 years lifetime of me kinda sucks.

Well, i still get a long journey ahead.


Puasa

Sebenarnya, macam selalu. Macam tahun lepas. Sejak duduk jauh dengan mak ayah ni, kalu pusing bazaar ramadhan je. Pusing lah sepenat-sepenatnya. Misti alih-alih beli nasik, ayam masak merah. Nak up sikit, nasik kerabu. Hampir majoriti puasa berbuka lauk gitu. Kecuali kes tertentu, tertido pukul 6 petang. Bangun kul 4 pagi. Tapi sahur pun misti dengan nasi lauk ayam masak merah.

Part berbuka puasa yang buat saya tak tahan sebenarnya. Kalu kita dah redi semua-semua makanan. Nak tunggu time azan je. Saya mana buleh. Tunggu depan makanan. Dia rasa lain macam je. Sebab tu, kenkadang lebih suka melepak main komputer. Sampai azan je, Baru kucar-kacir nak pergi bazaar ramadhan dengan air tebu. Lepas tu buleh minum terus depan pakcik air tebu tanpa segan silu sebab dah azan.

Bazaar ramadhan ni sebenarnya nak kasi kita pening buat pilihan nak makan apa. Bila kita tak dapat buat pilihan, kita akan jadi nak beli semua. Bila dah beli semua dan berbuka, makan satu karipap rasa macam dah kenyang gila sampai tak buleh pergi teraweh. Yang bakinya, terpaksa perlahan-lahan habiskan. Lama-lama kita akan jadi lebih membesar dari bulan tak puasa.

Sebabnya? Makan malam banyak. Bila malam, badan tak perlu kalori bagai semua tu. Nanti dia simpan dalam badan jadi fat. Atau bahasa biasanya lemak. Saya tahu benda tu semua, tapi saya buat jugak. Biasa lah. Tahu tapi tak amal. Sama macam orang belajar Bahasa Malaysia lah. Belajar 11 tahun lebih. Tapi dalam fesbuk tulis bahasa melayu macam gampang. "yew lew", "blk", titik banyak-banyak di tempat yang tak sepatutnya, huruf besar kecik dan lain-lain lagi contoh orang belajar bahasa melayu 11 tahun, dapat 1A dalam SPM tapi tak reti amal dalam kehidupan. Sekurang-kurangnya, walaupun tatabahasa tunggang langgang. Tapi ejaan tu kasi eja betul la. Okay? Okay.

Sekarang mende yang nak borok tadi?

LRT ke Langkawi

"Langkawi! Langkawi!" sebut makwe operator LRT secara halus melalui alat mesin pemberitahuan.
Peh. Dah sampai Langkawi dah gua ni rupanya, bisik hati kecik gua. Tak sangka LRT ni buleh pergi langkawi.

Gua steady lagi tak nak kasi tunjuk kegembiraa gua yang buleh shopping kat pulau bebas cukai ni. lalu.. Gua amati baik-baik suara makwe tu. Lama gua amati. Akhirnya,

"Dang Wangi"

Nasib baik gua tak turun pergi cari pinggan Correlle untuk mak gua. Kalu turun tadi, tak ke sia-sia.




Sibuk

Nak kabor Hiatus pun. Bukan jugak. Cuma banyak malas nak fikir. Pasal BERSIH 2.0? Pasal Politik? Takde nak masa. Sekarang duk fikir camna nak dapat duit nak beli komputer baru dengan grafik kad terbaru dengan 24" widescreen monitor. Dengan meja paling tiptop dengan kerusi paling solid sekali. Kemudian main game sampai lebam.

itu je.

Video kasar.

Dan bila bertemu nya dua orang ni, mereka berada di dunia mereka sendiri. Mereka yang di luar tidak paham.







Mereka menggunakan bahasa kampung sendiri semasa berborak. Harap maklum.

Kalau berani cubalah tayang dalam versi 1080p.

4000 Rasa Kecewa

4000 rasa kecewa yang disimpan sampai berkarat hati. Bila lepas 1, kena marah. Datang lagi 10 kecewa. Sekarang sudah ada 4009 rasa kecewa. Nak lepaskan, buleh. Tapi adakah berbaloi sekiranya menambah lagi rasa kecewa itu? dari 4009 jadi 5000. atau 10 000.

Bila di simpan kecewa, dikata lemah. Jadi apa cara yang betul untuk melepaskan kecewa ini tanpa menambah lagi rasa-rasa kecewa ini?

Diam lah kan?

atau..

Cara lain?

Reviu Cincai: Green Lantern

Green Lantern (The Movie) is another typical Superhero based on Comic movie. Story pace was too fast. Lacks of characters development. Final Battle? Fighting with evil cloud and Big Forehead "Stephen Hawking" Not cool enough. No real super villain to fight.

The movie totally sucks for GL fanboys which luckily I'm not. If I am, i will be ranting in this entry.

I love the idea, the concept of Green Lantern. I really hope the production can do better for the sequel. Blake Lively as heroin? I say "meeh..."

Now i'm turning into my lurk moar mode. Reading wiki about Green Lantern.

Overall this movie is a pop corn movie. It's not bad neither great.

Bintang Randum: 3.5/5

Reviu Cincai: Super 8


Kredit gambar: Blog Serius.


Alahai.. Kenapa lah kecik-kecik umur 13 tahun dah comel macam gini. Besor nanti tak tahu lah. Btw, Elle Fanning ini adik kepada Dakota Fanning, 17 tahun yang sekarang dah comel macam gini *tunjuk dua ibu jari*

Reviunya. Super 8. Bukan mengisahkan superhero ke, supermoms ke, superdads ke, supercars ke, supersupi ke, bukan. bukan itu.

Super 8 adalah format filem yang dikeluarkan oleh Kodak pada tahun 1965. Apa kaitan dengan format filem dengan muvie ni? Ya. Sebenarnya cerita ini mengisahkan sekumpulan remaja yang passion untuk bikin filem zombie. Pada latar masa itu, super 8 adalah medium paling terbaik sekali untuk merakam movie. Pada awalnya, hanya bikin movie. Tetapi lama kelamaan mereka terlibat dalam satu agenda ketenteraan atau dipanggil operasi "Walking Distance"

Saya suka dengan filem ini. Jalan cerita yang kemas. Walaupun, ada satu part tak masuk diakal. Tapi saya rasa okay. Cerita ini balance. Komedi, Love story, kekeluargaan, persahabatan, serius, saspen, terkezut, boring, meletup, CGI. Semua ada.

Lebih baik anda pergi tonton sendiri. kerana saya yakin, jalan cerita cerita ini memberi impak yang mendalam sekiranya, anda tidak membaca atau mengetahui apa-apa tentang jalan cerita cerita ni.

Untuk cerita Super 8 ini, saya kasi 4.5/5 bintang randum.

Saya marathon dua movie semalam. Tengok X-Men: First Class

Tak mengecewakan. Malah, terbaik dari mana-mana movie X-Men yang lepas. Cuma Prof X kumpul mutan yang tak power sangat pada zaman nak lawan orang Jahat tu.

Bintang? 4.5/5 bintang randum.

Quot #3

"Celahan antara pasangan suami isteri boleh juga disembunyikan dengan kelembutan yang palsu seperti mengecat"

- Shin Chan, Dik Cerdas Volume 43.

Patah

Hati yang patah tak akan selamanya patah.

Hehe.

You know the feeling when your comments on Youtube got people's attention and it's not even your own video?
It's a four letter word - AWSM

Can click. Yes, you can.

Mereka 2

Dia mahu bercinta dengan Darkk. Tapi dia tahu yang Darkk itu imaginasi. Gelap terang, gelap terang. Dia masih mahukan Darkk. Darkk imaginasi. Atau pun dia.. boleh.. bikin.. Darkk.. jadi..

REALITI!

Untuk menghidupkan Darkk. Dia perlukan;

Sepuluh nut dan skru. Empat kaki bangku. 50 liter air hujan yang jatuh atas atap rumah anak yatim. Tiga batang choki-choki. Lima batang anak mancis. Sebilah parang. Dan.. dan.. bahagian yang paling penting sekali..

Hati Darkk.

Ah. Dia terlopong. Darkk imaginasi. Jadi hatinya juga imaginasi. Jadi bagaimana dia mahu dapatkan hati Darkk? Di mana perlu dia pergi untuk dapatkan hati Darkk.

Semangat dia mahu bercinta dengan Darkk secara realiti berkobar-kobar. Desas-desus mengatakan, hati Darkk sebenarnya wujud. Tapi wujudnya tiada bukti. Ada orang bercerita yang hati Darkk disimpan oleh seorang yang realiti bernama Zawfaw.

******

Perjalanan mencari Zawfaw bermula. Demi Darkk, semuanya demi Darkk. Dia memang cinta mati sepuluh keturunan pada Darkk. Siapa Zawfaw, dia belum tahu lagi. Istimewa sungguh Zawfaw kerana hati Darkk bersama dia.

Dipendekkan cerita, dia jumpa Zawfaw. Tikus yang beritahu, tentang kehadiran Zawfaw di Padang Pasir Berapi. Penat dia berlari menuruni tangga-tangga menara Zugzwang berkejar mencari Zawfaw. Kata Tikus, Zawfaw pemuda paling comel di hati para gadis. Tikus pesan lagi supaya hati-hati, takut terjatuh cinta.

Dia ketawa. Sungguh-sungguh dia ketawa. Tikus tak tahu, cinta matinya pada Darkk. Zawfaw atau Fawwaz, dia tak pandang langsung. Kalau Darkk benar jadi realiti dan muncul di Rotterdam, sanggup dia ponteng kelas serta-merta. Tinggalkan pesakit kanser paru-paru, kanser payudara segala. Semata-mata untuk melihat kelibat Darkk di celahan tulip kuning di Keukenhoff. Ya, semata-mata.

Darkk buat dia lupa pada realiti. Imajinasi tentang Darkk? Ah, terlalu indah. Terlalu manis, minum kopi pun tak perlukan gula lagi. Hari-hari lebih ceria dengan Darkk di sisi. Sejak bila pun dia tak tahu. Sumpah, dia tak tahu.

Dia pergi dengan Larry. Hembus angin Padang Pasir Berapi sepoi-sepoi. Bukan macam gulung ombak dalam hatinya yang sedang rindu pada Darkk. "Sabar sayang, sebentar lagi kita bakal bertemu. Lepas saya ambil hati awak dari Zawfaw" Begitu detak hatinya.

Dia berdiri, mencongak dalam kepala kos perjalanan ke Padang Pasir Berapi. Hutang lagi pada Larry. Satu suara menerpa gegendang telinga. "Hai, saya Zawfaw. Awak Namia kan? Saya mencari awak" Zawfaw mencari dia? Indah betul susunan takdir ini. Betul kata orang, kerja Tuhan siapa tahu.

Tanpa berpaling dia membalas, "Awak cari saya?" Dan jawapan yang dia dapat, "Seumur hidup saya, awak. Seumur hidup saya" Dia berpaling dan membenarkan ayat jatuh cinta pandang pertama. Bukan, ini pandang ke sejuta kali. Wajah Zawfaw sama seperti Darkk yang selalu dia imajinasikan.

Kredit: Perempuan Berkalung Sorban

Mereka

Perempuan yang tidak mahu berpisah dan Lelaki yang tidak mahu meninggalkan.

Tetapi, kedua-dua mereka tidak bercinta.

Watak Fiksyen

Aku mahu bunuh watak fiksyen.

Aku mahu bunuh watak Peter Parker, Mary Jane, Bruce Wayne, Lex Luthur, Naruto, Ichigo, Monkey D Luffy, Yagami Light, Bruce Banner, Barbara Gordon, Clark Kent/Superman, Shikamaru Nara,Lois Lane, Hellboy, Kermit the Frog, Barney Stinson, Hermione Granger, Dr. Doom, Ayanami Rei, Squall Leonhart, Boba Fett, The Flash, Dorothy Gale (The Wizard of Oz), Alice, Magneto, Calvin, Samwise Gamgee, Hercules, Deadpool, Eric Cartman (South Park), Tarzan, Catwoman, Yuna Braska (Final Fantasy X), Aquaman, Yoda, Optimus Prime, Mickey Mouse, Bilbo Baggins, Dr. Gregory House, Green Lantern, Bugs Bunny, Solid Snake, Cloud Strife, Iron Man, Mario, Severus Snape, Gandalf, Joker, Aragorn, Robin Hood, Wolverine, Frodo Baggins, Homer Simpson, Frankenstein’s Monster, Han Solo, Luke Skywalker, Analkin Skywalker, James Bond, Darth Vader, Darth Maul, Indiana Jones, Harry Potter, Spiderman, The Doctor (Doctor Who).

Senang cerita, aku nak bunuh semua watak fiksyen. Atau kata lain, Bunuh fantasi. Biar tinggal realiti. Barulah semua orang tak buleh lari dunia realiti. Ya. Realiti sucks. Tapi itu yang kita hadapi.

Dan akhir sekali, aku mahu bunuh watak 'Darkk'. Watak utama dalam segala-segalanya. Untuk aku.

Sivaji and the Chocolate Cadbury

Sivaji : "Mommy, i want Cadbury chocolate."

Mommy : "Hold on honey (grab an umbrella, taunting at Sivaji, with a smile on her face). Next time don't wish for something we can't afford. Samje?"

Sivaji : "Ok Mommy. I won't. Promise. Please don't play with umbrella in the streets. I'm embarrass when they say my mom is crazy."

Mommy : "That's ok honey. You don't have to be ashamed to have a crazy mother. Everyone does."

Sivaji : "Ok. Can i.."

Mommy : "Now shut up and let's go home. Stop whatever you're thinking right now. You don't have a brain. Didn't you know that?" (while picking her nose)

Sivaji : "Yeah, i guess." (sullen face expression)

So they walked home leaving the candy shop at the streets. The candy shop's owner already standby with a Double-Barrel Pump Gun just in case both mother and son enter the shop. Luckily they don't.
------------------------------------------------------------

One day, without his mom's approval, Sivaji go to the candy shop and buy a Cadbury chocolate. Sivaji walked out from the shop with a happy face. While in the shop, the owner was heavily wounded, on the floor soaked with his own blood.

Carefully Sivaji enter the house, didn't want his mom to notice him bought a Cadbury chocolate.

Granpa : "Oppode! Hi Sivaji. What's in your hand?"(while watching Fantasy Academy)

Sivaji : "Oh, hi Granpa. Oppode. It's nothing."(hiding his chocolate)

Granpa : "Give it to me. I love to have nothing with me. Come on, give it to me."

Sivaji : "Well, actually it's not nothing. It's something."

Granpa : "Oh crap. I don't like something."

Granma : "So give it to me then. I love to have something with me."

Sivaji : "Oh god."

Granpa : "Since when did you pray? I never teach my descendant to pray."

Mommy : "Well well well. What do we have here(grabbing the chocolate from Sivaji). Didn't i've told you before, NO CHOCOLATE, NO CHOCOLATE! Why can't you even listen to me?"

Sivaji : "But Mommy.."

Mommy : "Don't but Mommy you butt. I've told you quadrillions time. You. Cannot. Eat. A. Chocolate. In. This. House. Samje? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm? Hmm?" (making superb-annoying face)

Then Mommy get out from the house taking along the chocolate. Sivaji' couldn't take this. He want the chocolate so much. He even collect his own money to buy it. He didn't eat at school. Just to collect money to buy Cadbury Chocolate.

Sivaji chased his Mommy to outside the house.

Mommy : "OM NOM NOM NOM NOM NOM NOM...............What?"

Sivaji : "FFFFFUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU...."

-The End-
-Of The World-

Manakala di Tempat Lain;

Hujan turun dengan lebat sekali pada pukul 3.43 petang. Hari Sabtu. Hari ketika ramai orang kerajaan bercuti. Amar pun orang kerajaan. Jadi dia cuti juga pada waktu itu. Tapi, Amar tak da gelfen. Dia tak gay. Maka dia juga tiada boifen. Lalu dia golek-golek kebosanan di atas katil bujangnya dan pada hemat dia, dia mahu tidur kembali. Kalau diikutkan, Amar baru sahaja tidur untuk 10 jam.

Amar pandang kipas siling . Kipas siling pandang Amar. Tapi tak ada panahan cinta antara Amar dan kipas siling itu. Makin lama, Mata Amar makin berat. Makin lama, makin berat. Amar mengalah. Amar kembali tidur untuk kesekian kalinya.

Dan untuk kesekian kalinya juga, Amar bermimpi bidadari. Selama ini bermimpi, Amar tak pernah tahu nama bidadari itu. Dan buat kali pertama juga, Bidadari itu memberitahu namanya kepada Amar.

"Nama I Shelly" beritahu Bidadari. "Nama you?"

"Oh. Shelly. Sedap nama you. Macam jeli. Nama I Akahash" tipu Amar. Tipunya bersebab. Sebab mahu ada status tinggi. Supaya tidak dipandang hina bidadari bernama Shelly itu.

"Ah. Tipu lah Akahash. I tengok muka you pun I dah tahu nama you Amar. Lagi pula, nametag kat baju you tulis Amar" cerita Shelly. Muka Shelly kiut. Macam orang kiut.

"Oh. Maaf. Maafkan I, Shelly. I kadang-kadang konfius dengan nama I. Nama sebetul I Akashah." sambung tipu Amar kembali.

Amar mula meletakkan tangan di atas meja. Meja yang entah dari mana-mana datang. Tapi Amar tak peduli. Tangannya harus lah diletakkan di atas meja. Baru lah nampak kewl. Baru la seiring dengan nama tipunya, Akashah. Letak tangan atas meja. Kewl. Itu misi Amar sekarang.

Manakala di tempat lain;

Panggilan Telefon Makwe-Makwe

Makwe-makwe selalu telefon masa gua tengah bizi. Nasib baik lah gua ini jenis yang mengutamakan makwe-makwe.

"Hello. Ye babeh. You nak apa?" kata gua.

"I dahagakan cinta you!" makwe itu balas.

Terus gua letak telefon. Sambung bizi gua.

Makwe-makwe selalu telefon masa gua tengah bizi. Nasib baik lah gua ini jenis yang mengutamakan makwe-makwe. Tapi kalu pesen gersang tak bertempat, memang gua tak layan.

Snorkel di Awan Biru

Katanya, dia mahu snorkel di awan biru. Katanya lagi, di awan biru. Ada batu karang terbang statik, ada kucing terbang, ada ikan terbang, ada pari terbang, ada siput terbang, ada singa laut terbang, ada kuda laut terbang, ada.. ada.. ada lah yang semua terbang-terbang. Tak ingat dah, dia kata.

Aku sengih.

"Berapa bayaran sekali snorkel?"

"Entah lah.. Hari tu pergi bawah sempena kem motivasi sekolah. Jadi sekali sekolah yang bayarkan" Jawab dia sambil usik-usik gogle yang baru dia beli. Jenama ternama katanya. Mahal juga.

Aku sengih lagi. Kali ini, aku sengih panjang. Aku tak mahu punahkan harapan dia. Aku harap dia sedar yang awan bukannya biru. Langit yang biru. Jadi, bagaimana mahu snorkel di awan biru. Dah jadi satu kerja nak merantau di langit tercari-cari awan biru. Kalau aku rasa payah sangat, aku buat-buat lupa akan hal ini. Kalau dia merajuk, aku belikan batu permata atau cincin delima mata naga.

Ya. Mudah. Memang mudah.

Earth Hour, Blog, Fesbuk, Twitter dan Saya

Lately, saya rasa blogging ini dah tak hip dah macam dulu. Kalu dulu, kemain lagi tulis berpatah-patah kata ayat, berperenggan renggan. Sekarang, tak sampai 5 patah kata. Yang lebih yang ayat kopi paste. Nak update bukan main liat. Sebulan sekali. Atau sebulan dua kali. Itu atas mood lah.

Mungkin blogging ini dah ramai sangat orang buat, itu pasal saya rasa tak hip. Dan ramai juga yang dah kurang blogging buat saya rasa down nak menulis. Itu belum campur blogwalking lagi. Banyak sangat blog yang tak berkualiti sekarang. Semua cerita pasal mekap. Beli tepung mekap. Kengkawan dia. Hello. Saya tak kenal kawan awak. Tapi kalu awak kenalkan, eg. kasi link ke blog kawan awak ke, atau fesbuk kawan awak ke. Takpe lah jugak. Buleh saya pantas ke sana atau add kawan awak tu dalam fesbuk saya. Ini tidak. Duk tunjuk gambau je. terliur la saya. Ingat senang ke menahan perasaan menonton awek tapi tidak dapat berbuat apa-apa. Tensen tahu. Tensen.

Oleh itu saya banyak menghabiskan masa di fesbuk. Fesbuk pun ada suka dan keji dia jugak. Macam contoh. Di dunia luar, dia nampak macam baik. Tapi bila di fesbuk, status dia. Status benci. Aok tahu macam mana status benci tu? Sikit-sikit mengeluh pasal hidup. 5 minit selang, mengeluh lagi. Tak termasuk kaki update seminit dua sekali. Nak berok kabor, nak makan kabor, nak mandi kabor, nak tido kabor, silap-silap tengah mimpi pun kabor jugok. contoh; "Saya sedang bermimpi Maya Karim tidak berbaju. Aok mimpi ape? Misti tak best macam mimpi saya" - Status fesbuk. Lama-lama orang yang kita kenal di real life, kita jadi menyampah dengan dia. Itu yang tak best. Status la berpada-pada. Ha. Itu pro dan con dia. Yang pro, tak soh cakap ler. Banyak. Seperti awek cun tegur, mengutuk rakan sebaya, kongsi berita best kepada orang lain dan lain-lain.

Di samping fesbuk, saya jugak meluangkan masa di twitter. Twitter adalah tempat meroyan saya. Kalu di fesbuk, kena tulis status dua hari sekali, atau tiga hari sekali. Twitter adalah tempat saya meroyan sejam sekali, atau lebih. Lagi pula, berita yang disampaikan melalui twitter amat lah lagi laju dari fesbuk, emel dan mesej sms. Memang dia berbunyi twit twit. pasal saya set kalu ada mention saya dia berbunyi. Mention tu apa? Mention tu macam reply lah. Saya meroyan di twitter, orang pun tanye kenapa. dia nak reply kena mention saya. Kalu tak mention, memang saya buat dunno la. Sekarang ada trend main twitter tak mention. Macam celaka. Nak mention kena tahu twitter handle. Twitter handle tu apa pulak? Kira macam id saya lah. id saya ialah @darkkadabra Memula saya letak @darkkavakadara. tapi panjang sangat. tak puas nak taip twit. Twitter buleh tulis dalam 140 askara je. askara tu tak tahu apa? kira macam ruang lah. space pun dia kira satu. Nak belajar guna? Tak payah la. Nanti kamu kata tak fun.

Apasal apa tak fun? Pasal tak de orang nak baca twit kamu mula-mula. Takde follower. Saya lain lah. Ada lebih kurang 250 follower. Pengikut setia. Tapi bukan menganut agama saya. Bukan. Saya no ayah pin. Saya orang biasa je. Yang saya follow, sikit je. Dulu banyak lah. Tapi unfollow sebab banyak meroyan pasal cinta la, loneli la. Jual emas lah. Nak bawak awek dating la. Candle lite dinner lah. Lalu saya unfollow. Saya follow makwe, nerd, geek, gamer, techo savvy dan rakan taulan yang paham apa itu sarcasm.

Sebut pasal sarcasm. Ah. Nanti lah saya cerita pasal ni. Dah panjang sangat. Awak bukan nye baca panjang-panjang gini.

Oh ye. Sebut pasal sarcasm. Teringat pulak saya pasal Earth Hour. Jam Bumi.

Saya tak buat apa-apa. Tak tutup lampu, tak tutup pc. tak tutup kipas. Dan saya rasa okay. Pasal hari Sabtu kan hari tanpa beg plastik. Cukup la saya berkorban satu aje. Iaitu beg plastik. Tak payah berkorban banyak-banyak. Lain kali buat lah Earth Hour hari lain.

Konklusinya, saya mahu mengingatkan orang lain bahawa blogging ini fun. Kalu kontent menarik. Yang tak fun nya kalu cerita pasal life sendiri sangat. Tulis lah general sikit. Tak pun kalu tak buleh jugak, tulis blog pesen kelakar macam akak Tasek. Dengar cerita sekarang dia dengan dumbell macam tak buleh berpisah. Lepas makan je kasi sepam dumbbell.

Esok pulak saya sambung, kalu saya tak bizi macam perdana menteri Italy yang sibuk di mahkamah dengan kes buat seks dengan budak perempuan bawah umur. Orang macam tu punya scandal pun tak letak jawatan lagi. Apatah lagi Anwar yang dituduh gay dan kaki perempuan pada masa yang sama. Ah. Kalu dah cerita memang lambat lah nak berhenti ye dok?

Bai.

Pray For Japan

Yes. Please do.

Update semata-mata untuk ini.

Oh ya. Jumpa kisah tweet yang menyentuh hati di internet bagaimana tertip dan teraturnya rakyat jepun walaupun dilanda musibah. Yes. I do cry.

**********

At Tokyo Disneyland:

Tokyo Disneyland was handing out its shops’ food and drinks for free to the stranded people nearby. I saw a bunch of snobby looking highschool girls walking away with large portions of it and initially though “What the …” But I later I found out they were taking them to the families with little children at emergency evacuation areas. Very perceptive of them, and a very kind thing to do indeed.

Reminded of the goodness of the Japanese people

This earthquake has reminded me of that Japanese goodness that had recently become harder and harder to see. Today I see no crime or looting: I am reminded once again of the good Japanese spirit of helping one another, of propriety, and of gentleness. I had recently begun to regard my modern countrymen as cold people … but this earthquake has revived and given back to all of us the spirit of “kizuna” (bond, trust, sharing, the human connection). I am very touched. I am brought to tears.


Card board boxes, Thank you!

It was cold and I was getting very weary waiting forever for the train to come. Some homeless people saw me, gave me some of their own cardboard boxes and saying “you’ll be warmer if you sit on these!” I have always walked by homeless people pretending I didn’t see them, and yet here they were offering me warmth. Such warm people.


BBC Reports

The words of BBC’s reports are so moving they make me cry. They were praising us with words of admiration! “One of the worst earthquakes in recorded history has hit the world’s most well-prepared, well-trained nations. The strength of its government and its people are put to the test. While there have been casualties, in no other country could the government and the people have worked together in such an accurate and coordinated way in the face of such tragedy. The Japanese people have shown their cultural ability to remain calm in the face of adversity.”


Japanese people don’t shove

I'm looking at Yurakucho station from above. I see people standing in line, not pushing or shoving to get onto the Yamanote Line (probably the busiest line in central Tokyo), even at a time like this


Japan is a wonderful nation!

Both the government and the people, everyone is helping one another today. There are truck drivers helping evacuees move. I even heard that the “yakuza” (gangsters, organized crime groups) are helping to direct traffic in the Tohoku region! There have been many recent developments that have made me lose my sense of pride in my country, but not anymore. Japan is an amazing place! I’m just simply touched. Go Japan!


Gotenba traffic

Japan is really something! Yesterday, not a single traffic light was functioning in Gotenba City. But drivers knew to take turns at intersections and give way to others when needed. Local people were using flags to direct traffic at intersections. I drove for 9 hours but never saw a single car trying to get in front of another. Every single driver on the road contributed to the traffic situation and as a result there was no confusion at all.


“All of us”

I spoke with an old taxi driver and some elderly staff at the train stations. All of them had been working non-stop and had not been able to go home for a long time. They were visibly very tired, but never once did they show any sign of impatience; they were gentle and very caring. They told me “… because all of us are in this together.” I was touched at what the notion of “all of us” meant to these elderly people. It is a value I will treasure and carry on to my generation.



More stories, visit here. Semua dicopypaste dari sana - Japan Quake as Seen from Twitter

Konklusi; They think for others.


Jepun dan Happy Meal

Pengajaran : Happy Meal edisi Spongebob di Jepun buleh buat kanak-kanak meroyan.


"Kuala Lumpur, Aku Okay"

Eh awak! Kenapa hati saya retak, lelaki?

Sebab hati awak terjatuh di atas hati saya yang keras. Sekeras konkrit padu, perempuan.

Perempuan itu merenung hatinya. Lalu perempuan itu naik semula ke platform, melintasi garisan kuning dan kemudian melompat jatuh ke dalam landasan elarti. Hanya menunggu waktu. Dia berdiri di situ. Hanya menunggu waktu.





p/s : Cerita di atas bukan spoiler. Tapi hasil nukilan saya sendiri.
p/s : teaser "Kuala Lumpur, Aku okay" adalah teaser yang saya rasa bagus. Tapi mereka masih memerlukan sponsor untuk meneruskan projek mereka. berminat pun tahu lebih lanjut? Like fanpage facebook "Kuala Lumpur, Aku Okay"

Wao wao wao wo wo wa~ Wo wo wo wo wo wa~

Lagu tradisi keamanan untuk semua. Dengan sedikit sentuhan moden. Ada bunyi unggas unggas. Burung burung berkeliaran.Dan binatang binatang seperti dihutan rimba. Sesuai untuk anda merehatkan minda yang kepenatan bekerja mengadap komputer 12 jam dan mengetahui server di US telah down sekaligus banyak masalah anda perlu tangani secepat mungkin dan tunggu hari gaji.



KAH KAH KAH KAH KAH KAH~!

p/s : Ketahuilah anda yang menyanyi tu adalah seorang professor berkelayakan Ph.D. Di Malaysia kita hanya ada Ajai shelaku sheorang juri di mana mana pertandingan. Shebut Esh pon shushah!

.

Susah sebenarnya nak datang mood untuk menulis cerita pendek. Bila kau terlampau deep dengan persoalan;

"Bila dapat ngorat makwe korea ni? Mak dah kata okay. Ngorat je belum."

Reviu Cincai Muvi - Muvi yang Saya Tonton pada 2010

Banyak muvi saya tengok pada tahun lepas dan kebanyakkannya muvi, saya rasa puas hati. Ada juga yang saya tak puas hati. Dan ada juga saya menyampah gila. Dan yang menyampah gila tu, saya buat pedoman untuk tidak menonton mana-mana lagi muvi keluaran syarikat Metrowealth. Letak lah Lisa Surihani berbogel pun. Saya tak akan pergi tengok. Kalu nak tengok pun, saya tengok part tu sahaja. Itu pun secara download.

Secara keseluruhannya, muvi yang paling tiptop saya tonton tahun 2010 adalah Toy Story 3. Syabas Pixar dan Disney buat saya teruja pasal cerita ini. Nombor dua, jatuh kepada Inception. Chris Nolan buat saya berputar-putar teruja mengenai idealogi mimpi dalam mimpi dalam mimpi dalam mimpi.

Ketiga, Hantu Mak Limah Balik Rumah. Yey. Muvi melayu. Agak susah sebenarnya muvi melayu nak mencuri perhatian saya ini. Cerita yang buat saya ketawa terbahak-bahak. Kelakar bijak. Kelakar sinis. Kelakar menyindir. Dan stori yang bagus.

Tahun 2010 juga, saya telah menonton Star Trek (2009). Cerita yang marbeles. Sai-Fai terbaik. Dan buat saya mahu mengenali lebih lanjut apa hal hip sangat dengan Star Trek. Lalu macam biasa-biasa, saya akan bukak wikipedia. Baca wiki sampai pagi.

Babel (2006) lakunan Brad Pitt. Ini direkemenkan oleh Jay. (Jay ada hutang sandwich Subway yang paling besar dengan saya). Ceritanya dimulakan dengan 4 cerita berlainan tapi lama kelamaan, 4 cerita itu akan berkait satu sama lain. Memang genre kegemaran saya. Cuma satu sahaja saya tak berpuas hati dengan muvi ini. (Spoiler alert) Kaitan cerita orang Jepun dengan orang Arab itu sangat lah tidak logik. Kalau boleh, ceritakan lagi kenapa orang Jepun itu pergi jauh sangat memburu sampai ke Asia Tengah.

Ok lah. Saya pun rasa nak kencing sekarang ni. Rasa macam dah menulis panjang. Okey la kut kalu nak post sekarang. Ye dok?

Soalan terkumpul.

Siapa boleh garu telinga guna Siku?

Quot #2

"Sedapnya susu kacang soya. - Tapi kacang ada buah dada? Agaknya susunya datang dari mana?"

- Shin Chan, Dik Cerdas vol 42

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails