Pages

4000 Rasa Kecewa

4000 rasa kecewa yang disimpan sampai berkarat hati. Bila lepas 1, kena marah. Datang lagi 10 kecewa. Sekarang sudah ada 4009 rasa kecewa. Nak lepaskan, buleh. Tapi adakah berbaloi sekiranya menambah lagi rasa kecewa itu? dari 4009 jadi 5000. atau 10 000.

Bila di simpan kecewa, dikata lemah. Jadi apa cara yang betul untuk melepaskan kecewa ini tanpa menambah lagi rasa-rasa kecewa ini?

Diam lah kan?

atau..

Cara lain?

2 comments:

Used Car for Sale said...

sabar je la

atnur @ Iza said...

ikut cara masing-masing. kalo dengan berdiam tu cara yang terbaik and berkesan buat awak, then diam je le. tak salah pun.

saya bila kecewa (tengok jenis kekecewaan terhadap apa), sometimes jalan yang paling mudah untuk saya ialah dengan melayan anime atau game. tengok anime yang sedih-sedih and saya nangis. tengok yang kelakar, saya gelak. tengok yang serious, saya berfikir. dan begitulah seterusmya. eventhough anime tu hanyalah dunia khayalan tapi ada jugak yang bawak berbagai mesej yang berguna ikut macam mana penerimaan kita... bab game, as usual la untuk lupakan sebentar dunia sebenar eventhough tau mana boleh nak lupa terus... tapi it did help me most of the time. orang lain saya tak tau and malas nak ambik tau.

kalo ada orang yang nak dengar rasa kecewa saya terhadap sesuatu, then saya luahkan je kat orang tu. kalo dia pun lewa tak lewa je, then saya luah je kat blog. saya je yang tau saya kecewa pasal apa. so tak kisah pun apa orang lain nak fikir...

sometimes kita cuma nak orang dengar je, bukannya nak dengar leteran or khutbah coz kita sendiri tau yang mana betul and yang mana salah. sometimes kita sendiri dah ada jalan penyelesaiannya cuma kita belum bersedia untuk melakukannya... bukan semua orang boleh faham pun kan? cuma kadang nak meluah supaya dapat ringankan sket beban yang ditanggung. tu je.

kalo takde orang nak dengar, then mengadu je pada Allah... mintak supaya dia ringankan rasa kecewa kita.

pada saya rasa kecewa tak perlu disimpan lama-lama nanti memakan diri. kita akan selalu rasa kecewa sometimes terhadap benda yang mungkin kecik di mata orang lain tapi besar giler di mata kita. tapi tak kira la besar ke, kecik ke, kita still kena handle jugak. jangan dibiarkan je. kalo boleh buang rasa kecewa tu lagi bagus. hidup nie ada banyak benda yang mungkin kita akan terlepas kalo kita masih berpegang pada benda-benda yang lalu... yang penting jangan peduli sangat kata orang. kalo kita kuat, takde sape boleh patahkan semangat kita. tapi kalo kita memang lemah, then cubalah untuk bangkit kembali...

kalo bab cinta, patah tumbuh hilang berganti. buang yang keruh, ambik yang jernih and mulakan hidup baru. semua yang berlaku ada sebab-musababnya tak kira la bab apa pun...

p/s :- tak tau awak kecewa sebab apa tapi semoga awak tabah and jangan putus asa. tu jelah. sekian, bebelan dari saya. salam Jumaat! :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails