Pages

Reviu Cincai: Super 8


Kredit gambar: Blog Serius.


Alahai.. Kenapa lah kecik-kecik umur 13 tahun dah comel macam gini. Besor nanti tak tahu lah. Btw, Elle Fanning ini adik kepada Dakota Fanning, 17 tahun yang sekarang dah comel macam gini *tunjuk dua ibu jari*

Reviunya. Super 8. Bukan mengisahkan superhero ke, supermoms ke, superdads ke, supercars ke, supersupi ke, bukan. bukan itu.

Super 8 adalah format filem yang dikeluarkan oleh Kodak pada tahun 1965. Apa kaitan dengan format filem dengan muvie ni? Ya. Sebenarnya cerita ini mengisahkan sekumpulan remaja yang passion untuk bikin filem zombie. Pada latar masa itu, super 8 adalah medium paling terbaik sekali untuk merakam movie. Pada awalnya, hanya bikin movie. Tetapi lama kelamaan mereka terlibat dalam satu agenda ketenteraan atau dipanggil operasi "Walking Distance"

Saya suka dengan filem ini. Jalan cerita yang kemas. Walaupun, ada satu part tak masuk diakal. Tapi saya rasa okay. Cerita ini balance. Komedi, Love story, kekeluargaan, persahabatan, serius, saspen, terkezut, boring, meletup, CGI. Semua ada.

Lebih baik anda pergi tonton sendiri. kerana saya yakin, jalan cerita cerita ini memberi impak yang mendalam sekiranya, anda tidak membaca atau mengetahui apa-apa tentang jalan cerita cerita ni.

Untuk cerita Super 8 ini, saya kasi 4.5/5 bintang randum.

Saya marathon dua movie semalam. Tengok X-Men: First Class

Tak mengecewakan. Malah, terbaik dari mana-mana movie X-Men yang lepas. Cuma Prof X kumpul mutan yang tak power sangat pada zaman nak lawan orang Jahat tu.

Bintang? 4.5/5 bintang randum.

2 comments:

helomynameisjaye said...

sebab mutan wolverine dah awai2 ckp fuk off.*hisap sigar*

helomynameisjaye said...

oh baidewei bapak gila beso gambar elle fanning.CRUSHING ka?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails