Pages

Manakala di Tempat Lain;

Hujan turun dengan lebat sekali pada pukul 3.43 petang. Hari Sabtu. Hari ketika ramai orang kerajaan bercuti. Amar pun orang kerajaan. Jadi dia cuti juga pada waktu itu. Tapi, Amar tak da gelfen. Dia tak gay. Maka dia juga tiada boifen. Lalu dia golek-golek kebosanan di atas katil bujangnya dan pada hemat dia, dia mahu tidur kembali. Kalau diikutkan, Amar baru sahaja tidur untuk 10 jam.

Amar pandang kipas siling . Kipas siling pandang Amar. Tapi tak ada panahan cinta antara Amar dan kipas siling itu. Makin lama, Mata Amar makin berat. Makin lama, makin berat. Amar mengalah. Amar kembali tidur untuk kesekian kalinya.

Dan untuk kesekian kalinya juga, Amar bermimpi bidadari. Selama ini bermimpi, Amar tak pernah tahu nama bidadari itu. Dan buat kali pertama juga, Bidadari itu memberitahu namanya kepada Amar.

"Nama I Shelly" beritahu Bidadari. "Nama you?"

"Oh. Shelly. Sedap nama you. Macam jeli. Nama I Akahash" tipu Amar. Tipunya bersebab. Sebab mahu ada status tinggi. Supaya tidak dipandang hina bidadari bernama Shelly itu.

"Ah. Tipu lah Akahash. I tengok muka you pun I dah tahu nama you Amar. Lagi pula, nametag kat baju you tulis Amar" cerita Shelly. Muka Shelly kiut. Macam orang kiut.

"Oh. Maaf. Maafkan I, Shelly. I kadang-kadang konfius dengan nama I. Nama sebetul I Akashah." sambung tipu Amar kembali.

Amar mula meletakkan tangan di atas meja. Meja yang entah dari mana-mana datang. Tapi Amar tak peduli. Tangannya harus lah diletakkan di atas meja. Baru lah nampak kewl. Baru la seiring dengan nama tipunya, Akashah. Letak tangan atas meja. Kewl. Itu misi Amar sekarang.

Manakala di tempat lain;

1 comment:

Aizuddin Jaafar said...

Tipu dosa mati seksa masuk neraka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails