Pages

Reviu Cincai Muvi - Muvi yang Saya Tonton pada 2010

Banyak muvi saya tengok pada tahun lepas dan kebanyakkannya muvi, saya rasa puas hati. Ada juga yang saya tak puas hati. Dan ada juga saya menyampah gila. Dan yang menyampah gila tu, saya buat pedoman untuk tidak menonton mana-mana lagi muvi keluaran syarikat Metrowealth. Letak lah Lisa Surihani berbogel pun. Saya tak akan pergi tengok. Kalu nak tengok pun, saya tengok part tu sahaja. Itu pun secara download.

Secara keseluruhannya, muvi yang paling tiptop saya tonton tahun 2010 adalah Toy Story 3. Syabas Pixar dan Disney buat saya teruja pasal cerita ini. Nombor dua, jatuh kepada Inception. Chris Nolan buat saya berputar-putar teruja mengenai idealogi mimpi dalam mimpi dalam mimpi dalam mimpi.

Ketiga, Hantu Mak Limah Balik Rumah. Yey. Muvi melayu. Agak susah sebenarnya muvi melayu nak mencuri perhatian saya ini. Cerita yang buat saya ketawa terbahak-bahak. Kelakar bijak. Kelakar sinis. Kelakar menyindir. Dan stori yang bagus.

Tahun 2010 juga, saya telah menonton Star Trek (2009). Cerita yang marbeles. Sai-Fai terbaik. Dan buat saya mahu mengenali lebih lanjut apa hal hip sangat dengan Star Trek. Lalu macam biasa-biasa, saya akan bukak wikipedia. Baca wiki sampai pagi.

Babel (2006) lakunan Brad Pitt. Ini direkemenkan oleh Jay. (Jay ada hutang sandwich Subway yang paling besar dengan saya). Ceritanya dimulakan dengan 4 cerita berlainan tapi lama kelamaan, 4 cerita itu akan berkait satu sama lain. Memang genre kegemaran saya. Cuma satu sahaja saya tak berpuas hati dengan muvi ini. (Spoiler alert) Kaitan cerita orang Jepun dengan orang Arab itu sangat lah tidak logik. Kalau boleh, ceritakan lagi kenapa orang Jepun itu pergi jauh sangat memburu sampai ke Asia Tengah.

Ok lah. Saya pun rasa nak kencing sekarang ni. Rasa macam dah menulis panjang. Okey la kut kalu nak post sekarang. Ye dok?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails