Pages

Snorkel di Awan Biru

Katanya, dia mahu snorkel di awan biru. Katanya lagi, di awan biru. Ada batu karang terbang statik, ada kucing terbang, ada ikan terbang, ada pari terbang, ada siput terbang, ada singa laut terbang, ada kuda laut terbang, ada.. ada.. ada lah yang semua terbang-terbang. Tak ingat dah, dia kata.

Aku sengih.

"Berapa bayaran sekali snorkel?"

"Entah lah.. Hari tu pergi bawah sempena kem motivasi sekolah. Jadi sekali sekolah yang bayarkan" Jawab dia sambil usik-usik gogle yang baru dia beli. Jenama ternama katanya. Mahal juga.

Aku sengih lagi. Kali ini, aku sengih panjang. Aku tak mahu punahkan harapan dia. Aku harap dia sedar yang awan bukannya biru. Langit yang biru. Jadi, bagaimana mahu snorkel di awan biru. Dah jadi satu kerja nak merantau di langit tercari-cari awan biru. Kalau aku rasa payah sangat, aku buat-buat lupa akan hal ini. Kalau dia merajuk, aku belikan batu permata atau cincin delima mata naga.

Ya. Mudah. Memang mudah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails