Pages

Selepas Hati Hancur

Paling ajaibnya lepas hati saya hancur, retak seribu, saya terserempak seorang yang pernah saya berkenalan dalam bas. Latar masa itu circa tahun 2009 atau 2010. Ketika itu dalam perjalanan pulang ke Melaka dari Kuantan. Kami duduk sebelah menyebelah. Saya borak dengan dia. Dapat nombor dia. Kemudian, saya mesej lebih kurang. Pasal masa tu bizi yang amat. Adegan jumpa balik bermula lepas saya tengok wayang tadi. Dia baru lepas balik kerja part time. Kami selisih, kami berjalan nak terlanggar. saya elak dia, dia elak saya. kemudian saya senyum, dia senyum balik. Selepas tu, dia jalan kemudian, saya perhatikan dia nak langgar orang lagi. dia elak dan senyum. saya renung muka dia lama-lama sama ada dia antara orang-orang yang wajahnya yang saya familiar atau saya kenal.

Sedang sampai satu tahap renungan, saya cuba nak abaikan firasat familiar saya. Tiba-tiba dia dah stop. Dia nak masuk surau. Saya pun stop, sebab nak bukak pintu tangga dekat surau tu. Saya tengok dia. Dia tengok saya. Lagi. Rasa familiar. Kemudian, saya kata,"Ha. Rasa macam cam lah. Saya Shafiq." "Awak sapa ye?" tanya saya.

"Qistina" dia kata. Senyum.

"Oh. Qistina" saya respon. Senyum.

Zup zap zup terus otak saya recall. Dia pernah cakap yang dia suka pokok. Dia cerita juga yang dia suka tengok awan. Tapi antara pokok dengna awan, dia lagi suka pokok. Dan dia bercita-cita nak bukak nurseri pokok. Saya mintak nombor telefon dia, lagi sekali. Rupanya, saya tak pernah delete nombor dia. Selepas itu, kami berpisah. Saya pasang azam. Mahu SMS dia lepas tu. Tapi sampai sekarang saya tak mesej dia. Rasa malas pun ada. Kalau mintak fesbuk snuid kan senang. Buleh like status dia je.


Masuk ini dah 6 bulan saya dapat nombor dia. Dan saya masih dengan sikap malas mesej. Ego lelaki, orang kabor.

2 comments:

tasekM said...

kasi buang sikit la ego tu...

:)




.

Anonymous said...

ish...sih...lawo tak orgnya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails