Pages

Malam Jumaat & Tongkat Ali

Sedang asyik Idris membuat sambungan kepada litar atas arahan penyelianya, dia terdengar suara seperti memanggil-manggil namanya. Tapi bukan namanya. Lebih kepada Hoi. Atau pun Oi.

"Oi, Hoi, Kamu. Kamu yang sedang membuat sambungan tu" panggil seorang pemuda yang sudah berumur 30-an. Barangkali sudah berkahwin dan mempunyai anak dua kerana perutnya besar ke depan.

"Hoi kamu"

Idris berpaling.

"Saya ke, Encik?"

"Ya, Kamu"

"Tapi nama saya bukan Hoi atau pun Oi. Saya Idris. Pure Melayu. Saya tak de nama keluarga nama Hoi atau pun Oi" jelas Idris.

"Ha, tak kesah la. Aku bukan tahu nama ko. Sebab itu aku panggil camtu"

"Owh" respon Idris

"Kamu boleh tolong aku tak?"

"Tolong ape cik? Saya busy cam labah-labah sekarang ni" sambil membuat gaya labah-labah tengah sibuk.

"Alah, kejap je. Kamu tolong belikan air untuk kami semua"

"Dahaga la" jelas pemuda itu.

"Er Buleh la. Air apa encik?"

"Kau nak air ape, Lan?" tanya pemuda itu kepada rakannya yang juga sedang membuat sambungan litar.

"Sirap Mirinda. Kalau tak de, ape-ape je lah. Asal Bukan Air Longkang" rakannya cuba melawak. Akan tetapi, lawaknya tidak mendapat sambutan hangat. Tiada suasana gelak tawa.

"Ha, Sirap Mirinda untuk dia"

"Encik lak nak air apa?" tanya Idris. Seperti tidak sabar untuk pergi membeli. Dia masih membuat gaya labah-labah tengah sibuk.

"Ha..aku nak Air tongkat Ali. Malam ni kan Malam Jumaat. Malam penuh kerahmatan. Malam best"

"Baru la best kena tongkat ali. Hahaha!!" gelak pemuda itu sambil mengosok perutnya yang ke depan itu.

Gelakan pemuda itu turut disahut oleh rakannya. Ternyata. Pernyataan itu membuat suasana sepi bertukar menjadi hingar bingar dengan gelakan mereka.

Aku? Turut ketawa bersama. Tapi sebenarnya. Aku tidak faham dengan keterangan itu. Apa kaitan Malam Jummat dengan Tongkat Ali? Setahu aku, air yang dicampur dengan tongkat ali memberi tenaga kepada kita. Tetapi kaitan Malam Jumaat?

Aku cuba mentafsir Makna Malam Jumaat dengan air Tongkat Ali. Malam Jumaat ada ape ek? Biasa di tv ada cerita hantu. Puaka Niang Rapik. Takkan la nak tengok Puaka Niang Rapik pun nak kena minum tongkat ali. Musykil.

TV1 ada rancangan Forum Perdana Hal Ehwal Islam. tapi takkan lah. Nak tengok Hal Ehwal Islam kena ada tenaga? Makin tidur ada la.

Gadis Melayu? Bukan kena kayuh basikal pun kalau nak tengok Gadis Melayu.

Dan kini, Persoalan itu menimbulkan tanda tanya kepada ku. Persoalan yang buleh menjadi kemisterian di dalam diri ini. Tongkat Ali dan Malam Jumaat. Apa kaitannya? Anda Bagaimana?

p/s: Aku sengaja tinggal soklan untuk meningkatkan lagi kemisterian entri ini.Ah, seri pulak poll tuh. Ada sapa-sapa nak mengubah undian dia?

15 comments:

macha_sezs said...

alah ko.pura2 naif. nyampah

Darkk said...

@macha
erk? saya tak tahu apa yang anda cuba sampaikan..

kumbangkecil said...

sengaja tinggal soalan untuk meningkatkan kemisterian. hahaha.

pura pura tak tahu je tu. :D

paiseh said...

biar lah misteri dengan isterinya saja...

Darkk said...

@kumbangkecil
ah, saya memang tak tahu

@paiseh
misteri dengan isteri? apa ini

Irfan F-one-R said...

haha.. aku gelak joke psl dier wat lawak takder org gelak.. wakakkaa..

kalo ngan adek beradek aku.. diorang akan ckp "lame...."

malam jumaat ialah malam ntuk bace yasin.. har3... perlukan tenage... ngeh3..

Hidemichi said...

ni mcm entry 'mintakpuji' je...aku pun baru je nak wat entry 'mintakpuji', tp skrg waktu berkabung.

HazirahMahadzir said...

err..hari lain air tongkat ali takde jual kot??
ehmm..
>.<

BudAk hijAu said...

sumpah misteri soklan kau neh...

nyaaammmmmpah!!!

agagagagaga!!

Darkk said...

@f-one-r
ah, mungkin betul. tapi tak minum tongkat ali pun xde dok? ada gak tenaga

@Hidemichimomotani
waktu bergabung? eh, berkabung?..
pesal hidemi?

@this.is.not.me
ah, mungkin jugak. hari lain xde ke? aku tak pernah beli tongkat ali..

@BudAk hijAu
budak hijo..tu lah..kasi misteri sket..

KARKADEWA said...

malan jumaat mmg kene minum tongkat ali...
xde ape ape sebab...
lu xtaw ke...??
tu soklan kbkk budak darjah 2 anggerik...
haish....

Isumaru said...

sudah gaharu cendana pula

sudah garu, gatal lagi pula. lalalala~

yarn said...

ah, anda mmg suka tanam gaharu utk d garu....

*keskeskes....*

Darkk said...

@karkadewa,ismal,yarn
betul, saya tak tahu ape2 pun. *naive*

FarhanaLicious said...

oh. saya pun tak tau menahu tentang ini.

*terpinga pinga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails