Mandi. Pakai baju. Seluar tak dilupakan. Aku pantas keluar. Menuju ke stesen makanan yang berhampiran di rumah ku. Agak lama aku tidak makan dengan makanan yang berkhasiat. Masakan penuh kasih sayang. Lantas aku ke kedai mamak. Meluncur laju secara roket di tempat kejadian. Tiba di sana;
"Eh, Wong. Hong He Fok Chai!!" Aku tidak pasti dengan ucapan aku. Asal ada bunyi sudah cukup syarat.
"Aiya. Apa pasal lu ucap sama wa? Wa tala sambut ma." Wong membalas. Wong keseorangan. Di kedai itu, hanya Wong sahaja berbangsa cina.
"Eh, apa pasal Wong?"
"Bukan hari ini Chienese New Year ke? Apa Pasal Tarak sambut?
"Wa sambut. Cuma wa tarak sambut dengan famili"
"Eh, apa pasal?" Apa pasal sudah menjadi perkataan kegemaran aku ketika itu.
"Wa tak buleh balik woo. Tiket bus suda abis ma" balasan Wong sangat sayu.
Aku memerhatikan wajah Wong. Mukanya merah. Air mata berlinangan. Menahan sebak barangkali. Aku selaku rakannya haruslah menenangkan dia. Aku faham perasaan orang yang tidak dapat balik ke kampung untuk meraikan perayaan bersama-sama keluarga.
Aku menepuk-nepuk belakang Wong dan berkata "Sabar Wong. Sabar."
"Kalau umur panjang. Tahun depan buleh balik lagi"
Setelah tindakan bernas aku itu, aku yakin Wong kembali pulih dari kesedihanya. Senyuman mula terukir dari wajahnya.
"Eh, Wong. Lu tahu itu lagu Dendang Perantau by P. Ramlee dok?
"Tau. Tau. Apa pasal?" Wong pun sudah berjangkit dengan perkataan apa pasal dari aku. Ini buleh mencetuskan fenomena 'Apa Pasal'.
"Cuba lu convert lagu tuh dalam bahasa cina" request aku.
Tak kala mendengar ucapan permintaan aku, Wong berdiri. Dia menekup mukanya. Tangannya basah. Seperti sedang menangis. Aku terkesima dengan tindakan Wong itu. Sebelum sempat aku mengutarakan persoalan. Wong telah berlari meninggalkan aku.
Terkejut dengan tindakan Wong, lantas aku...
"Mamak!! Kira"
Aku terpaksa membayar makanan Wong.
Selamat Menyambut Hari keDua Chinese New Year!!
17 comments:
i suka Wong.
lps ni nk buat2 nangis smbil berlari naek kereta memecut pergi.
abesla kwn2 aku bukan saja kena byr makanan aku, malah kene tahan lori nk balik kolej. ;P
hahahaa. lwk btoi la si wong 2.
@ismal
ah, kijam
sapa report sama bapak aawk!
@anilrah
lawak? ayah dia badut. memang ade keturunan badut png
wong cam pompuan :P
@ajaa~
ah tu la pasal. cam pompuan je wong tuh.
lu dah kene beb!
rancangan baru wong tgk praktikkan tu...
@karka
wakenabeb!!!..
*lalu berlalu pergi sambil menangis*
taktik yg baik!!
pehh..solid jgk modus operandi wong tu!
xD
@tuner
ah, betul.
nnt pi kfc. buleh buat taknik neh
@not
itu la pasal. aku terkena.
makanan kat kedai mamak pun penuh dengan kasih sayang ke?
wong seorang yg emo
jauh ke kampung wong tu weh..
buatkan la dia yee sang. kau ni pun...
ni aku ajar ko tamil...
cha!
kaniki cha!
kaniki = kira
sigeraw2!
care sebut...
ge = cam dgr tak dgr
raw = cam wwe raw
sigeraw = cepat2
kesian ko kene bayar. Wong tu ntah2 takde kampung, taktik raih simpati je tu!
@farhana
ah! kasih sayang seorang mamak tiada tanding jika beliau mendapat untung.
@pengejar masa
die mmg touching skit2. lama2 jadi bukit. time die jadi bukit, kita tarah die skit2.
@mrblind
kelantan. jauh jugak kalau die tuh skang duk nigeria.
@rajuna
ah.saya terlupe.nnt jumpe saya buat.
@hajime
si camne lak sebut?
@hide
ah, aku tertipu. darkk tertipu. buleh buat lagu neih
Post a Comment