"Teet..Teet..Teet" Handpon aku berbunyi.
Ah, mesej masuk. Pasti mesej Lily ini. Malas pula nak bangun capai handpon. Aku sedang sibuk ini. Sibuk bermain game dalam NDS baru aku. Nak ketuk drum pun kaco. Tapi dalam nak tak nak pun, aku bangun mencapai handpon ku. Agak Cikai Handpon aku. SE850i sahaja. Murah.
Bangun. Tekan Handpon. Mesej dibaca. Dan mana ada mesej berbunyi. Aku tak paham dengan istilah "Suratnya berbunyi begini ..." yang selalu digunakan dalam filem melayu lama. Mana ada surat berbunyi. Kalau emel tu buleh la berbunyi.
"Hye U, esok I kena pie MITC la. Xtahu ada ape. Bosannyerr.."
Lebih kurang begitu lah mesej dia. Aku tak berapa ingat dah. Dengan pantasnya aku membalas balik text itu dengan tiga huruf yang memberitahu beliau yang aku sedang sibuk, sila mesej sem depan.
"Owh" Dan aku terus off Handpon.
Kembali ke katil ku untuk bermain games. Sedang asyik bermain, kedengaran suara rakan serumahku.
"Wei esok ada Perhimpunan Protes Perang Gaza la kat MITC. Seluruh Melaka terlibat"
"Pegi jom" balas rakan ku yang lagi sorang.
"Jom"
"Jom" Sordi pun menyampuk.
"Woi Sordi. Ko kerja la esok. Mane buleh ikut"
"Err..takpe lah kut. Aku rasa semua orang Melaka turun."
Maka hari ini, aku tak pergi kerja gara-gara Sordi tak kejut aku. Dan die lesap pergi ke Perhimpunan tersebut.
Nasib baik litar starter panel dah siap. Tunggu testing aje.
7 comments:
aku orang first..yeyey~~
macamana sordi buleh pegi tanpa ko? bukan ke die tumpang moto ko??
eleh..alasan xmo g
@macha
sordi pegi ngn budak umah aku la.
@tuner
*blush* ah kantoi
a ah,cakap saje la tanak pegi keje
haha. kantoi sudah.
alasan lu dah kira ok la tu tuang keje..hehhee..
licik care lu nak monteng ye...
Post a Comment