Pages

Romantik Berdarah

Okeh, memandangkan Wang Pinjaman dah masuk. Aku rasa semester ini aku nak beli barang berfaedah kepada diri sendiri. Bukan mainan, bukan games. Aku terfikir nak beli kamus Inggeris - Melayu dan beberapa novel Inggeris. Untuk menyiapkan diri aku untuk berhadapan dengan dunia pekerjaan yang sekarang memerlukan seorang yang fasih berbahasa inggeris, aku terpaksa.

Dalam rasa terpaksa pun, aku suka juga membaca ini. Membaca menambah pengetahuan. Betul dok? Betul aku rasa. Seperti aku membaca blog-blog kamu. Banyak aku perolehi. Contoh blog Macha. Dia nak beli barang dia tanya pandangan kamu orang. Bagus dia tu. Jimat Duit, Masa Usha Barang. Cam Blog Eins. Dia Bagitahu Ada Emoticon Katun Best-Best. Aku Baca. Aku tahu. Lalu aku sedut Emoticon tuh. Best dok? Best.

Lagi pun aku bercadang untuk menulis beberapa karya pendek. Jadi aku memerlukan idea. Bukan lah bermaksud aku ingin menciplak idea-idea novel orang lain. Tidak ada originaliti langsung. Tapi aku ingin belajar cara mereka mengolah cerita. Jalan cerita penamatan gembira agak cliche bukan? Ya. Tapi cara mereka mengolah jalan cerita itu membuatkan cerita itu lain daripada yang lain.

Jadi di sini aku meminta sebahagian dari kamu. Sila lah mengrekemenkan aku beberapa novel yang agak best dan anda rasa EPIC ( Maksud EPIC adalah kegemaran sepanjang hidup).

Berbalik kepada aku ingin menulis karya pendek. Apa bentuk karya aku ingin hasilkan? Aku terfikir ingin membuat satu genre baru. Aku memanggilnya. Genre Romantik Berdarah. Kemas dan Kejam Bunyinya dok? Memang.

Kisahnya begini..

Sarah dan Peter merupakan pasangan bakal berkahwin. Perkahwinan mereka sebenarnya dirancang oleh keluarga masing-masing. Mereka sebenarnya sudah mempunyai pilihan hati tersendiri. Tetapi atas dasar tidak mahu melawan, mereka pun terpaksa.

Pada hari perkahwinan mereka, Robert yang merupakan kekasih Sarah datang ingin menuntut Sarah dari tangan Peter. Peter tidak menyangka Robert sebegitu berani datang untuk mengambil kekasihnya. Peter menganggap perbuatan itu sangat romantik. Sarah juga berasa begitu. Tidak sangka kekasihnya Robert berani mempertahankan cinta mereka. Romantik sungguh Robert itu.

"Kau sungguh romantik, Robert" bisik Peter.

"Aku tahu. Semua ini demi mempertahankan kasih dan sayangnya aku terhadap Sarah" balas Robert.

Sedang kalut dalam kekecohan akibat pencerobohan Robert. Sir Hamment, Ayah Sarah mengarahkan orang - orangnya membaling batu ke arah Robert. Lalu arahan itu dilaksanakan. Tempat Robert berdiri dihujani batu yang dilontarkan oleh orang-orang Sir Hamment.

Tiba-tiba, Sarah menjerit.

"Arghh, kepala aku berdarah!!"

Salah satu batu yang dilontarkan oleh orang-orang Sir Hamment terkena kepala Sarah. Lalu Berdarah.

Tamat

Photobucket

Okeh dok karya aku yang bergenre romantik berdarah?

16 comments:

KARKADEWA said...

ah...
sgt romantik robert...

tapi yg berdarah itu mahu dikira apa ya..??
romantik ka seram..??

Greenri said...

novel epic yg sye rekemenkan adalah Little Women..woot..kisahnyer sedih,dsamping itu novel ini juga dpt menambahkan keyakinan diri anda..huhu..tp novel sye da ilang, spe amik agknyer eh?..huh..

karya pendek anda sgt berdarah..haha..teringat citer senario yg mse wardina kne baling ngan batu oleh pakciknyer..huhu..sangat sadis..

Irfan F-one-R said...

naper citer ko...

hahak... malas nak ckp..

wat citer lawak weih~~ hahak.. karya nih pendek sgt nih..

shila said...

hua.hua..cerita yg trus ke kemuncak n trus down... huhuhu..truskan usaha anda

macha_sezs said...

satu2 nye buku omputih aku penah baca selain hp..

da vinci code

okeh la jugak kalo bahsa penjajah ko tahap tggi...

@tune® said...

kepala sarah berdarah parah?

Darkk said...

@karkadewa
ni genre romantik berdarah. xde seram2.=D

@greenri
ah,little woman ek? nanti saya cari.

@f-one-r.
jangan cakap.taip.cite lawak? tak pandai ar. serius komedi buleh?

@shila
tu panggil, anti-klimaks's klimaks

@macha
eh.
baik lah.
nnt saya cari.
children version ade dok?

@tuner
berdarah.luke kecil.hehe

FarhanaLicious said...

oh. sungguh berdarah romantik tu. sekarang aku memang sedang berusaha menghabiskan membaca sebuah novel. agak seram tapi kurang romantik. tetapi berdarah.

paiseh said...

gua pesen tak berapa nak membaca... buku tebal2 tu gua buat ubat utk tido jer..
tapi cite lu nih buat mata gua cerah balik...! nasib baik x berdarah...

hajime said...

(background lagu chenta berdarah)

Izzah Abd Malik said...

cuba baca the zahir by paulo coelho.
kalau melayu..hum..belum lagi jumpa yang epic, sebab mostly, cinta.
:D

Hidemichi said...

(gelak yang bunyi keluar angin kot idung, senyum leret, perut kembang kempis!)

Just Me said...

^..^ meow

padelkopak said...

kamus bahasa arab - b. melayu lu x nak beli ke?

fazemy said...

haha..bolehla...ada bakat..ee..nape ending cam sadis je..nape batu tu msti kena kpala sarah?kesian dia.huhu

EM AN said...

ciss, kalau macam ni la lu nak buat novel. confirm aku selak mukasurat last je, baca ending terus.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails