Pages

Ludah Amerika, Israel - Hujan Kilat

Entri encik di bawah sangat membuka mata saya.

http://tronohtranquility.blogspot.com/2009/01/doing-gaza.html

Aku terpanggil seru untuk berkata serius dalam entri kali ini. Seperti yang kita tahu, dunia di gemparkan dengan serangan Israel terhadap Gaza. Sempena tahun baru agak nya, mungkin tentera Israel mengatakan, "Apa barang tengok bunga api sambut tahun baru. Kita serang Gaza ar baru best."

Amerika turut bersetuju dengan Isreal. Tapi mereka tak buat. Mereka bekal je. Ibarat, "Kau nak guna barang aku. Guna la. Apa-apa hal rosak ke hape, aku hantar warranty. Kelentong baik"

Persidangan sana-sini. Kena veto. Rasa Baik Cam Tak Yah Pegi. Duduk rumah lagi bagus kalau dah tahu keputusan dia. Macam tengok pasukan bola Malaysia. Tak tengok pun dah tahu kalah. Bukan aku tak sokong pasukan Malaysia. Tapi Kalah dengan konsisten, membuatkan aku hilang minat terhadap bola sepak Malaysia. Jersi dah lawa. Nike tuh. Apa tak sama dengan Man Nu ke? Arsenal juga best.

Ah, termasuk bola pula. Boikot barangan Amerika? Sejauh Mana Kita buleh boikot? Intel, AMD, Nvidia, Dell. Barangan Komputer, Barangan Amerika tuh. Tak pakai? Boikot. Alamat tak buat kerja la. KFC, MacD, Pizza Hut. Buleh la kut kite boikot. Tapi lama mana boleh kita boikot. Nanti-nanti keluar menu baru, pergi jugak. Burger "Kemewahan dan Kekayaan" dah ada perisa Ayam. Mesti ada yang nak cuba. Lama-lama tak boikot jugak.

Demostrasi Amal? Aku baru dengar tadi.UKM tak silap.Best juga. Kita kumpul ramai-ramai bawa sepanduk jerit-jerit. "Mesti ramai awek cun turun kan?" tanya Sordi. "A'ah...kut" kata aku. "Dem, nyesal tak pergi." Sordi menyesal.

Niat tak betul.

Kesimpulan yang aku dapat rasa kan, Israel memang bacul. Tak berani lawan betul-betul. Serang budak-budak, wanita-wanita. Rumah-rumah keluarga yang ditembak. Buat apa. Dak dak fight ah. Pengecut. Alasan penembakan? Pejuang Hamas. Tanya balik, tetap jawapannya Pejuang Hamas.

Modal Lain tak de. Alasan sebenar? Dirahsiakan. Shush!!..Secret ar. What make a woman is a woman is her secret.

Apa boleh kita lakukan untuk rakyat Palestin?

Berdoa kepada-Nya agar kesengsaraan mereka tidak berpanjangan. Atau pun menghantar sumbangan dan bantuan kepada mereka. Dermalah kepada tabung Gaza.

Atau pun apa-apa lagi cara yang boleh anda fikirkan untuk membantu mereka. Aku dah mengatuk sekarang ni. Tak buleh pikir.

p/s: aku tahu aku eje israel salah. Aku malas nak betulkan. Taip Entri pun cam tiru-tiru entri orang lain skit. Sori kalu terplagiat.

7 comments:

paiseh said...

segan plak gua tengk lu siyes lain pesen je nih.. hhahaha..!!

macha_sezs said...

aduh.paiseh, aku pon sama...

tahniah atas kelahiran entry serius anda yang pertama..

@tune® said...

marah...
dendam..
sedih...
kecewa..

Ape Pak Lah leh buat?

FarhanaLicious said...

yeah. betul tu. tade ape boleh nak buat selain dari berdoa. nak berdemonstrasi amal. memang la boleh, tapi kita kat sini sibuk menjerit jerit dan marah tapi dorang kat sana tetap terseksa. itu luahan hati adik aku.

hajime said...

hmm..
(bermuke serius)

|yanA Azizi| said...

yer!. btol. aku sokong.

aku x paham kenape perlu mengadakan demonstrasi menjerit2 dan berkumpul beramai2 itu. cukup lah dgn solat hajat dan doa ramai2.

demonstrasi itu kdg2 hanya menyusahkan pihak2 tertentu. contoh, polis. perlu mengawal keadaan sekeliling. kesian. kdg2 sampai tak terkawal, kekecohan dsb.

sekian terima kasih.

Darab Dua said...

serius benar lu ni.
gegau gua beb!
haha~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails