Evolusi manusia. Darwin menyatakan bahawa manusia ini berevolusi dari monyet. Ya, memang betul. Tapi Darwin seorang sahaja manusia yang berasal dari monyet. Sebab itu lah beliau berkata demikian. Barangkali beliau sudah jatuh cinta dengan monyet betina dan cinta mereka dihalang oleh keluarga monyet betina itu kerana perbezaan darjat.
Lalu Darwin mengaku beliau dari spesis monyet. Untuk mengukuhkan lagi hal itu, beliau telah menyebarkan teori beliau supaya mendapat kepercayaan dari orang ramai. Setelah orang ramai percaya, baru lah keluarga monyet yakin Darwin adalah dari spesis mereka juga. Darwin dan monyet betina itu hidup aman sejahtera. Itu pendapat tidak masuk akal aku.
Evolusi tidak semestinya dari fizikal manusia sahaja. Malah politik, drama soap opera, kisah teladan, basikal. kelab-kelab disko, muzik turut boleh berevolusi. Evolusi ini ada yang baik dan ada yang buruk. Kadang-kadang, evolusi ini boleh datang dalam 2 perkara serentak. Seperti politik dan muka politik.
Ini semua konsep evolusi. Kalau tak paham, buka semula buku sains darjah 3. Eh, sains dah ada masa darjah 3 ke?
8 comments:
kot ye pon rotate la beb. saje nak kasik aku patah tengkok.
gua teringat lagu...
'Mei Hua.. Mei Hua.. Menangis kau kerana cinta...' nyanyian kumpulan EVOLUSI 1990an. huhuhuhu...!!
hahaha...obama ni ada pertalian darah ke dengan bush..
muka sama xpelagi..
jangan pentadbiran same udah le..
mau ada perang dunia ke 3 nanti..
@macha
he he he
@paiseh
aku terigt evolusi pokemon
pikachu berubah kepada raichu
@mr blind
ah, tu lah. mari kita buat pokok keluarga.
@meroll
betul2. harap2 tidak.
Pandaikan orang yang buat gmbar ni.. ala2 'metamorphosis'! :P
@tny
bukan la. cam transformer.
hahaha.transformasi.
Post a Comment