Pages

Payung Avon: Re-Publish

Sekiranya anda terfikir saya akan membawa payung Avon ke bulan, apakah sebabnya?

Payung Avon warna Oren - Sumber: Blog sape tah saya save aje

Pasti tuan-tuan dan puan-puan terpinga-pinga. Apakah kepentingan payung itu? Kenapa tidak bawa saja Neil Amstrong ke sana? Buleh dia jadi tour guide saya di bulan. Almaklum lah, manusia pertama di bulan. Pasti tahu selok belok di sana.

Tapi saya memilih Payung Avon. Terima kasih kepada Yosh yang memberikan idea tentang payung jenama ini. Di dalam entrinya banyak menyebut pasal payung ni. Kalau tak percaya. Sila pergi khatamkan blog beliau.

Payung Avon. Ramai yang tidak menyedari kehadirannya. Malah memandang remeh terhadap payung ini. Ek leh, payung Avon. Apa kelas. Kedengaran Suara Incek Sordi memperli saya. Saya tahu. Incik Sordi jeles. Tapi Takpe. Ada Payung Avon. Dari beliau tak dak. Nanti-nanti, dia mesti datang pinjam. Masa itulah saya memerli beliau tanpa belas kasihan, kalau boleh saya cerita sampai ke anak cucu beliau. Biar padan muka beliau.

Seperti biasa, saya akan membuat point-point untuk memudahkan saudara-saudari sekalian membaca dan menilai, sekiranya tidak berpuas hati. Encik-cik, buleh la menambah dalam ruangan "Anda Bagaimana?"

1. Payung Avon mempunyai pemegang yang lurus.

Ya, Payung Avon mempunyai pemegang yang lurus. Tidak seperti payung-payung yang lain. Mempunyai hujung yang bengkok. Apabila saya di bulan, saya tidak mempunyai teman. Itu sudah pasti. Saya akan memerhatikan pemegang yang lurus itu dan mula memikirkan kenapa pemegang itu lurus. Dan secara tidak langsung, entri blog saya akan bersifat lurus, ataupun naif. Tidak melencong dan berlebihan merepek. More straight forward. Menjurus kepada isi atau pun berkenaan dengan tajuk. Tidak lari tajuk bak kata guru bahasa melayu SPM saya. Saya selalu buat karangan lari tajuk.

2. Coraknya pelbagai, menarik hati.

Sudah tentu. Saya tidak memilih lagi warna apa hendak saya bawa ke sana. Yang pasti, mesti mempunyai corak pelbagai dan warnanya tidak membosankan. Mesti Ceria. Dan jika corak payung Avon ceria, entri blog saya juga ceria. Tidak ada unsur emosi, duka-lara, dendam mendendam, kutuk mengutuk menjatuhkan orang, basi keterlaluan dan lagi semua perkataan yang berlawanan dengan Ceria. Saya tidak suka orang membaca entri saya lalu jadi panas hati lalu terbakar, panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba. Jadi dengan corak payung avon yang menarik hati, dapat membantu saya mengeluarkan entri yang lebih menghiburkan hati dan menceriakan hari-hari anda.

3. Jenama Avon hanya untuk gadis.

Saya sengaja menggunakan jenama Avon ini kerana ramai gadis meminati jenama ini. Walaupun sesetengah gadis mengalami alahan mengunakan produk ini, tetapi mereka mengetahui produk ini hanya untuk gadis. Jika terdapat pemuda yang menggunakan produk Avon, ternyata mereka bukan lagi pemuda. Mungkin pemudis, gadis + pemuda = gamuda dan lain-lain perkataan yang lebih sesuai untuk menggambarkan sifat mereka itu. Dan apa pula kaitan dengan entri saya? Seperti kita tahu sekarang, gadis lebih ramai dari pemuda. Ada kajian pula menyatakan gadis lebih ramai menggunakan internet daripada pemuda. Jadi saya selaku pencinta gadis ingin memberitahu yang bahawasahanya saya lelaki yang prihatin terhadap keperluan gadis.

Sekian saja hujah saya kenapa saya memilih payung Avon sebagai sumber inspirasi ke bulan. Bukan bermaksud untuk meminggirkan payung-payung jenama yang lain. Tapi fahami lah dan dalami maksud yang tersirat di sebalik pemilihan itu.

Izinkan saya berpantun empat kerat sebelum mengundur diri.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh lah saya menuai padi;

Kalau kamu sudah baca ini blog,

Boleh lah kamu menulis komen nanti.

Bapak tak sedap pantun saya.

16 comments:

Darkk said...

@encik azli ke encik azri
ah, mintak maap sebab terdelete komen anda.

jebon pakai savon.

paiseh said...

avon... ada x dlm list pemboikotan aa??

FarhanaLicious said...

perenggan last tu macam ada unsur promot diri aje. huhu

macha_sezs said...

haha..siap pantun..anda memang melayu sejati...

hai dark, makin ramai maknusia singgah blog ko nampak...~~~

demmit.

Izzah Abd Malik said...

ah..aku tetap tak suka avon,sebab,lipstick dia buat bibir aku kering n pecah.makcik yang jual avon dekat tempat aku menggatal sama bapak aku, then purak2 baik sama mak aku.


aku tak suka avon

NaBiLaLaLaLa said...

ahahaha..lwk2..ye terima kasih sbb entri2 anda menceriakan idup sya..=)
hah..komen2 dr para pengkomen pn sgt lawak..ahaha..bgus2..keep it up!!

KARKADEWA said...

ni la yg dinamakan metroseksual ye..??

kumbangkecil said...

haha. gamuda. aku belajar satu perkataan baru hari ni. bagus2.

mrblind said...

gua pun ada payung avon..gadis ke gua..hahaha..

EM AN said...

ada juga sifat feminin dalam diri lu ni kan, haha.

HazirahMahadzir said...

wahh..kekaguman terhadap point ke-3 anda itu..sangat prihatin!
ahaha~

Darab Dua said...

lu ade bape percent share dalam avon ni?
haha

Sasha Sharifuddin said...

saya masih berpendapat kamu sepatutnya bawak hajime-transformer the animated....

curious mcm mane hajime berfungsi di bulan..kat bumi pun sengal!hahahah!

BudAk hijAu said...

tipu ah lu...payung avon gua pemegang die bengkok jew..haih!!!

BudAk hijAu said...

anda di-TAG!!lupa lak nk gtau..

Irfan F-one-R said...

pantun tuh... blakang g jer same.. bunyi tak same.. hahahak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails