Pages

Junior & Sebior

Amaran: Entri ini amat panjang dan tidak sesuai dibaca secara curi-curi ketika di pejabat. Untuk elakkan kantoi dengn majikan. Sila baca entri ini di masa lapang

p/s: aku tengah cuba nak buat cerita bersiri. kalau tak dak aral melintang, tiap-tiap Rabu aku update cerita bersiri ini.

Sekadar mengisi masa lapang. Aku menulis entri ini berbentuk nasihat. Nasihat kepada budak-budak asrama agar mereka menghormati senior-senior mereka.

Respek lah mereka walau teruk bagaimana pun anda dibuli. Berilah salam kalau bertembung dengan mereka. Turuti lah nasihat mereka. Ambil yang baik. Buang yang tak baik. Ada juga, senior-senior yang memberi nasihat yang bodoh. Seperti "Kalau kau jumpa kambing, ko lempang kambing tu sampai lembik" atau "Kau nak ponteng kelas kan? Kau makan sabun. Pasti Mulut kau berbuih. Kompen tak pegi kelas".

Tetapi ada juga yang menghormati senior hingga mencium tapak kaki senior itu, turut dibuli. Apakah fenomena ini benar? Apakah jenis hormat yang perlu dilakukan untuk memuaskan hati senior? Biar aku buat satu cerita untuk meceritakan kisah ini.

...........................................................................................................................................................................

Aku Abu

Aku. Aku Abu. Aku sekarang belajar di Sekolah Berasrama Penuh. Aku ditakuti dan digeruni oleh semua junior. Pantang salah sikit. Pasti hari itu, hari paling sadis dalam sejarah hidup mereka. Aku seorang yang baran. Ya, Panas yang baran. Baran yang panas. Panas Baran.

Setiap hari ada saja yang aku rana kan. Dari budak tingkatan 1 sampai budak tingkatan 5. Habis aku rana kan. Aku bergerak secara individu. Aku bukan bacul seperti geng Mamat Hitam. Bila kita nak jadi jahat, biar kita jadi jahat sorang-sorang. Itu Prinsip Aku.

Ramai juga yang hendak menjadi pengikut aku ditolak borang keahliannya bulat-bulat. Bukan kerana mereka terlupa hendak meletak setem hasil di borang itu, tetapi mereka tidak tahu yang aku tidak pernah mengeluarkan borang keahlian untuk menyertai aku. Akibat penolakan itu, mereka telah menyertai geng Mamat Hitam. Lagi pun untuk menyertai geng Mamat hitam hanya perlu setem 20 sen sahaja. Tak Perlu Isi Borang.

Geng Mamat Hitam

Geng Mamat Hitam. Diketuai oleh Sarip. Hobinya adalah ponteng kelas, belasah budak, kacau gadis dan mengumpul setem. Kekuatan, 100 Ribu Petala Langit. Heh, Acah sahaja kekuatan tu. Tapi Sarip memang kuat. Pergaduhan kami yang lepas, aku nyaris kalah. Tumbukan yang padu seperti isipadu silinder penyukat mampu membuat gigi seseorang bertaburan di atas lantai.

Aku masih tidak faham dengan matlamat kumpulan ini. Dahulu, matlamat geng Mamat Hitam adalah memperjuangkan hak asasi pelajar dari dibuli oleh geng senior yang lepas, Kumpulan Bapuk Berantai. Apabila matlamat itu berjaya, mereka mengubah matlamat ini kepada "Rumah Merah Mesti Jadi Juara Hari Sukan Tiap-Tiap Tahun". Apakah?

Pernah satu tahun itu, Rumah Merah mendapat naib johan. Sarip mengamuk tak ingat dunia. Bertubi-tubi tumbukan Sarip lancarkan kepada pengikutnya. Ada yang tak sempat kena tumbuk, dah tukar sekolah. Takut angkara amukan Sarip. Perkara itu berlarutan 3 hari 2 malam. Dalam tempoh itu juga lah Sarip tidak tidur. Semua hidup dalam ketakutan. Tapi segalanya bermula di sini, pertempuran Sarip dan aku.

bersambung


10 comments:

paiseh said...

ceh.. kemahen gua standy curik masa panjang2... pendek gak citernye.. pundek!

hajime said...

pergh!
tiap rabu ek?
best2...
nanti aku kompilkan then jual leh dok?
aku nak try wat gak la...
bersiri ni...
=op

Darkk said...

@paiseh
ah, sori2.
cadangnya memang panjang.
tapi cmne tah.pendek.

@hajime
ah, sila-sila.

Pengejar Masa said...

wow, macam best la citer ko ni. aku tak sabar!

mrblind said...

gua kat ofis..jadi gua tak baca..gua komen saja..hahaha

macha_sezs said...

gud.gud. kipit-ap!

aku akan nantikan!!

@tune® said...

ermm..xde la panjang sgt

AKU said...

huhu...cayalah..truskan usaha anda...

FarhanaLicious said...

x panjang pun. da siap bawa popcorn, ingat kan panjang sangat.

Sasha Sharifuddin said...

100ribu petala langit..pergh!!huahuahua..

ni dah mcm laki aku dah ni.dia beli komik setiap minggu..aku baca blog sudah!

saya nantikan sambungannya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails