"Saya Tuan Belog. Saya dijemput untuk mengisi masa lapang encik Darkk yang kadang kala tidak dapat menulis untuk update blog beliau"
Ah, sejak bila anda ditugaskan di dalam penulisan blog Avakadabra?
"Humm..dah lama. Sejak awal lagi. Tapi Encik Darkk suruh rahsiakan hal ini. Tak mahu cetus publisiti katanya"
Oh, begitu. Tapi kenapa sekarang baru anda menonjolkan diri?
"Oh, saya dah bosan sebenarnya. Lantas saya meminta persetujuan dari Encik Darkk dan beliau bersetuju"
Boleh ceritakan serba sedikit tentang latar belakang anda?
"Nama sebenar Abdul Rahim bin Saad. Berumur 25 tahun. Dilahirkan di Sarawak. Sekarang menetap di Nilai, Negeri Sembilan. Hobi membaca blog, berkenalan dan menulis cerpen"
Bagaimana anda boleh berkenalan dengan Encik Darkk?
"Ah, saya kenal di forum. Forum yang saya rahsiakan. Biar menjadi persoalan. Beliau yang mengajak menulis blog bersama-sama dengan beliau. Pada asalnya, saya menolak kerana kekangan waktu. Setelah mendengar penjelasan panjang lebar dari Encik Darkk yang memerlukan saya menulis secara 'runcit-runcit'. Barulah saya terima."
Anda tidak kisah menulis di blog orang lain dan tak teringin membuat blog sendiri?
"Jawapan untuk soalan pertama, saya tidak kesah. Asal saya dapat menulis. Sudah memandai bagi saya. Dan Untuk soalan yang kedua. Itu Semua dalam perancangan. Tidak lama lagi. Saya tidak menjanjikan tarikh kerana saya sendiri tidak pasti bila"
Jadi apakah pandangan anda tentang perubahan wajah baru blog Avakadabra?
"Ah, itu yang satu perkara luar jangkaan. Pada mula-mulanya, Encik Darkk memberitahu saya bahawa beliau akan menukar templete blog. Tapi saya tidak menyangka templete berwarna putih seputihnya"
Jadi bagaimanakah anda dapat mengekalkan gaya penulisan anda tidak lari dari gaya penulisan pemilik blog, iaitu Encik Darkk
"Saya biasanya akan membaca berpuluh-puluh kali sebarang cerita yang ditulis oleh beliau. Tatabahasanya. Ejaannya. Serba-serbi. Untuk topiknya pula, Encik Darkk akan menyebut sahaja. Seperti contoh, McD. Saya akan mencari kata kunci yang tidak pelik. Dipandang remeh oleh orang lain dan terus menjadikan topik entri pada masa itu"
Jadi apa harapan anda terhadap blog Avakadabra?
"Saya mengharapkan blog ini dapat mencetus fenomena terulung lalu mencetuskan revolusi dalam dunia blog ini."
Penulisan blog yang tidak mengenalpasti peringkat umur akan berhenti di sini. Siapakah barangkali yang anda akan bertemu.
Apabila anda hampir 72jam tidak tidur, Anda akan menulis seperti saya. Idea tidak menarik dan merepek - Darkk
7 comments:
"Apabila anda hampir 72jam tidak tidur, Anda akan menulis seperti saya. Idea tidak menarik dan merepek - Darkk"
gua setuju sangat. hakhakhak..!!!
hahha. ade ghostwriter upenye cik darkk ni..
72 jam x tdo? uish. makan kopi kapal api ke?
aku scroll je..
baru nak cakap bosan nak mapuh.
terbaca plak tulisan kaler oren. oke.anda dimaafkan.
lain kali kena tunggu 100 jam, baru best
nasib baik wa terlebih tido...
xmola xcukup tido
padah tak tido ni..
sgt bahaye...
72 jam tak tido? ganah deme.
Post a Comment