Pages

Sebelum Tidur

Sebelum tidur, biasanya aku akan mesej seseorang. Tanda aku ingat akan dia. Biasa satu mesej SMS sudah memadai, aku rasa lah. Walaupun satu mesej, aku tulis padat. Jangan terbazir nilai 1 sen mesej itu. Bukan kedekut tapi jimat.

Aku tulis (taip);

"Selamat tidur, Gadis. Moga tidur mu sempurna. Selamat tidur, Gadis. Moga mimpi indah bersama. Selamat tidur, Gadis. Moga esok lebih dari semalamnya. Selamat Tidur, Selamat Malam. Moga hari indah sentiasa. Salam."

Aku menekan butang Send dengan pantas, tanpa bicara.

******************************

Teet!! Kedengaran bunyi mesej masuk. Bunyi dari luar bilik ku. Kemudian suara orang terbahak-bahak ketawa. Gila. Kemudian itu orang menjerit-jerit memanggil nama aku.

"Hahaha!!! Jiwang ah ko siot. Tapi jiwang-jiwang apasal kau hantar mesej kat aku. Aku bukan gadis la" terang Sordi. Bahak Sordi disambung keluar rumah.

Aku terdiam sepi dengan pantas tanpa bicara.

.....

Sebelum tidur, biasanya aku akan mesej seseorang. Tanda aku ingat akan dia.

10 comments:

paiseh said...

gile ah... main2 romantik ngan sordi.. hakhakhak.>!!

Darkk said...

@paiseh

salah antar la..salah antar!!

baling batu kang?!

=D

Hidemichi said...

ko taip selamat tidur gadis tu byk sgt...membazir!

Darkk said...

@encik hide

ah..okeh..lain kali selang seli dengan gudnite. ok dok?

mrblind said...

hahaha..nasib baik sordi..kalau bapak lu camne?

Irfan F-one-R said...

aaaa... malunyeee... kalo aku dah terus buat2 tido dah... lalalalalalalalalala..

seyes kalo aku kat tempat kau pun aku malu... hahak..

Darkk said...

@mrblind

kalau bapak gua dapat mesti die reply

"Duit dah masuk"

haha..

@foner

malu toksah cite ar..malu gila-gila. lepas tu campak diri sendiri kat sungai melaka.

haha..

macha_sezs said...

ko da sampai tahap aku dah ni.

sila segera mencari awek.

jgn susahkan orang lain-sordi

EiNS said...

Haha malu gila beb kalo terkantoi...aku pon penah tersilap antar nasib baik msg biasa2 je...

tapi ayat ko sangat la jiwang, bergadis2 lg =P

@tune® said...

mmg ko xlupakan orang itu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails