Pages

10 Komen, 10 Hari, 10 Cerita - Satu

Adeh, susah juga nak buat cerita. Grammar lintang pukang. Entah Apa-Apa Entah Ntah Tah aku tulis. Bahasa tak best langsung. - Darkk

"Dah lama awak tunggu?" Gadis itu bertanya. Aku sibuk hendak membuka payung Avon itu, maka aku lebih fokus membuat tugasan itu. Jadi soalan itu tidak berjawab.

"Dah lama awak tunggu?" Gadis itu bertanya. Lagi. Nada Tegas. Perlu aku letak tanda seru barangkali.

Tika ini tugasan aku selesai. Aku boleh menjawab soklan itu. Ya,apa dia? tanya aku. Dah lama awak tunggu Fasha? tanya gadis itu buat kali ketiga. Soklan yang sama. Tak bosan ke? Aku tersengih.

"Dah lama jugak la. Ada dalam tiga minggu" sambil aku menunjukkan 4 jari aku. Cepat-cepat Fasha cubit aku dekat lengan sambil kata;

"Awak ni selalu camni. Fasha tanya serius. Awak main-main pulak" Gadis yang membahasakan dirinya Fasha itu memulas cubitan sampai aku rasa nak lempang dia. Sakit sungguh. Tapi aku tahan. Buat muka ketat. Tanda tak sakit. Kebal. Aku sengih dalam kesakitan. Sampai aku cakap Adeh baru dia berhenti pulas cubit tapi masih cubit lengan aku. Kemudian dia lepas perlahan-lahan.

"Baru 2 minit dah kata 4 minggu punya cerita" marah Fasha. Fasha marah. Lepas itu, Dia buat muka merajuk. Muka minta dipujuk. Aku jadi serba salah. Tak pujuk rasa bersalah. Pujuk, dia yang menang. Keputusan harus dibuat.

"Err..Jangan la camtu, Fasha. Tak elok merajuk" Ya, Aku pujuk dia. Ya. Dia menang. Aku kalah. "Kita kan nak pergi makan. Tak elok merajuk-merajuk ini. Berdosa. Kesian nasi tengok muka merajuk awak" aku kata. Ya. Lagi. Memujuk boleh menyebabkan seseorang itu berkata-kata yang tidak masuk di akal seperti nasi yang kesian.

Fasha masih buat muka merajuk. Muka minta dipujuk. Aku pujuk lagi, "Jangan la merajuk. Nanti saya belikan Fasha AisKream ok?" Kali ini pujuk aku tambah dengan unsur materialistik. Dengan harapan menjadi pujukan aku.

"Tak mau!" tegas Fasha.
"Kalau tak mau aiskream, ayam KFC nak?" aku tukar item.
"Tak mau"
"Beg Baru?"
"Tak mau"
"Kasut Baru?"
"Tak mau"
"Baju Baru?"
"Tak mau"
"Intel Core i7?"
"Tak mau"
"XFX ATI Radeon HD 4870 X2 2GB GDDR5?
"Tak mau"
"Nikon D90?"
"Tak mau"
"Honda Vios?"
"..."

Dia diam. Aku bimbang. Mungkin diam tanda dia tak mahu bercakap lagi dengan aku. Betul-betul punya merajuk. Aku bimbang. Aku guna modal akhir.

"Kalu camtu, Porsche 911 GT2?"

Riak Wajah Fasha berubah. Dia senyum sambil kata, Nak, Nak. Berulang kali. Celakak. Kata hati aku. Berulang kali.

"Awak mesti beli tau?" Fasha tanya dengan gembira
"Ye la. Tapi dengan syarat. Jangan merajuk da ek?"
"Huhuhu...eh, tadi mana merajuk. Fasha berlakon je la" Nafi Dalam Dusta Dia berkata. Celakak ,hati aku berulang kata.
"Eh, yeke berlakon? Macam real je? Hebat la Fasha berlakon" Aku Nafi dalam Dusta jugak. Celakak, hati aku berulang kata.

"Nanti saya kenal kan Fasha dengan pengarah filem-kawan saya. Mana tahu Fasha buleh berlakon filem nanti" aku sambung ayat tadi.
"Haha..betul ke awak? Terima kasih awak" sambil Fasha senyum.

Kasih diterima. Setelah adegan pujuk memujuk tamat, aku mengajak Fasha naik Hilux. "Jom" aku ajak. "Jom" Fasha ajak aku. Kami bergerak dengan berhati-hati. Seiring. Di bawah satu payung. Payung Avon.

Sampai di Hilux. Aku buka pintu untuk Fasha naik. Hilux itu tinggi. Fasha kena angkat kaki tinggi, selepas itu tolak badan ke atas. Aku pimpin tangan Fasha masa dia naik. Kemudian;

Bam!!. Lepas itu Gedebuk!!. Diikuti "Adoi Sakit nya!!". Fasha Jatuh. Macam Nangka Busuk.

Imbas kembali. Kepala Fasha terhantuk masa masuk kereta. Lepas itu dia hilang keseimbangan masa tolak badan di ke atas. Ingat tak yang aku pimpin tangan dia? Aku pegang tangan dia masa dia hilang keseimabangan. Aku panik. Lepas itu aku tertarik dia ke bawah. Lalu dia jatuh terhempas.

Macam Nangka Busuk dia jatuh. Ketika itu, aku sudah tahan gelak. Fasha tengok muka aku tahan gelak. Dia cepat-cepat lari masuk rumah. Aku tahu dia malu tambah bengang. Belum sempat aku cakap apa-apa, dia sudah hilang dalam pandangan aku.

*********************

Sejak kejadian itu, aku tidak lagi bertemu dengan Fasha. Dan Khabar nya dia telah menjadi seorang pelakon terhebat di Malaysia. Muka dia terpapar di dada akhbar dan majalah hiburan. Ada orang kata dia tukar nama dari Fasha Katijah kepada..

"Fasha Sandha?haha.." - Cik Belacan Melaka

Adeh, susah juga nak buat cerita. Grammar lintang pukang. Entah Apa-Apa Entah Ntah Tah aku tulis. Bahasa tak best langsung.

12 comments:

hajime said...

weh...
xkan dah abih dah kot cite ni...
aku baru beli popcorn ngan coke ni...
isk...

Izzah Abd Malik said...

tau xpe..baru nak amik bantal kot2 cite sedey ke..haha:D

Irfan F-one-R said...

aku tak penah tgk org memujuk dgn item yg namenyer panjang dan pelik.. hahak.. terbelit lidah aku nak bace satu2..

KARKADEWA said...

awak..
saya pon nak vios!
haha...

paiseh said...

fasha khatijah??? hahahahahahahahaa..!!

Darkk said...

@hajime
mesti ar..cite cekgu yang marah mane?

@izzah
bantal? tak perlu. bahu saya kan ada..

menangis lah di bahu ku nie

@foner
hahaha..biasa..item randum..

@karkadewa
hoh, beli sendiri!!..

@paiseh
Hahahaha!!!...entah sape letak..

macha_sezs said...

fuii...siap ade imbas kembali...hebakk ....hebakk.

Darkk said...

@macha
huh? hebak tu apa ye?

macha_sezs said...

ntah.aku cube meniru org kelantan...
hebat kot..

eyemeroll said...

idea ko ni x pernah kering ke?
hahaks..

lain kali bagi dia toyota mark x..
hehe

Darkk said...

@macha
haha..hebak mu ork..tra bahase ganu lok cha..

@meroll
pernah. semalam. bila lupe minum air.

hehe..okay..

helomynameisjaye said...

akhirnyaa..terima kasih untuk entry yg menceritakan asalusul nama fasha sandha ini.hahaha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails