Terima Kasih kepada Kaxx yang telah menyediakan fasiliti dan hospitaliti yang sangat bagus, tip top kelas S kepada aku yang melawatnya di Bangi tempoh hari. Aku dijaga seperti putera turun dari kayangan. Ditatang seperti minyak yang penuh. Nasi yang dimakan terasa penuh kasih sayang walaupun itu hanya masakan Mamak. Panduan Motorsikal olehnya sangat cemerlang, terasa seperti menaiki awan guling dan lain-lain lagi perkara bagus.
Tujuan aku menulis di blog ini adalah kerana aku tidak sempat mengucapkan terima kasih kepadanya secara berhadapan dengannya. Jadi di kesempatan aku ingin mengucapkan terima kasih kepadanya. Aku masih teringat kata-kata terakhir di biliknya.
"Kau ada tinggal apa-apa tak? Kang tertinggal susah nak kasi balik. Aku buat harta. Tapi kalau setakat air kencing kau, daki-daki kau, karbon dioksida kau. Aku kasi junior je"
Keh, Keh. Aku tergelak. Ha-Ha. Dia gelak. Lepas itu, aku gelak lagi sebab teringat rambut dia yang sangat panjang macam sasterawan negara. Masa dulu.

No comments:
Post a Comment