Pages

Reviu Cincai: Talentime

Maafkan aku jika ada yang tidak bersetuju dengan pandangan aku yang menyatakan bahawa karya terbaru Yasmin Ahmad sangat berbaloi dilihat dengan mata kepalang sendiri di pawagam.

Talentime. Satu kisah yang bosan, lembap dan selow la lu ni jika di mata perspektif masyarakat yang tidak mendapat menghayati cinemotograpi (Ya, aku reka istilah sendiri) yang cuba disampaikan oleh Yasmin.

Seperti kebanyakan filem-filem Yasmin terdahulu, filem beliau mesti ada multiraces, multi-language, dan multimedia. Terlampau banyak mesej di dalam cerita ini, sehingga aku tidak mampu menulisnya (dan sehingga aku terlupa kebanyakkan mesej yang cuba disampaikan.)

Aku suka scene di mana, Datin Kalsom (Ida Nerina) mempersoalkan kenapa Mei Ling yang sudah memeluk islam masih dipanggil Mei Ling. Hal ini dibalas dengan dialog,

"Mei Ling masuk islam, bukan masuk Melayu atau Arab."

Dan aku juga dapat belajar sesuatu benda baru apabila menonton filem Talentime ini. Iaitu;

Jika cinta anda ditolak, berpalinglah dan jalan perlahan. Kemudian Kentut di situ jugak. Sesungguhnya itu menunjukkan anda amat kecewa dengan cinta yang tidak dibalas.

Hehe..

Aku bagi skor 4/5 untuk filem yang biasa-biasa ini. Biasa sungguh filem ini, sehingga hati aku yang biasa ini terasa puas pabila aku melangkah keluar dari panggung yang biasa itu.

[Reviu Cincai adalah segmen baru untuk blog ini. Segmen ini lebih kurang macam reviu, tetapi tak macam reviu. Lebih kepada pengalaman dengan item tersebut. Dan aku tak semestinya mereviu cincai filem. Mungkin makanan, orang, papan tanda jalan raya dan sebagainya.]

8 comments:

macha_sezs said...

mcm bosan..tapi skor tggi?

cane tu?

best ke takbest?

helomynameisjaye said...

saya sungguh agree dgn anda darkk.filem melayu terbaik untuk tahun ini walaupun baru masuk quarter tahun.

Darkk said...

cerita dia ikut pandangan orang lain. kalau orang tu suka filem aksi, tunggu rumah meletup. memang tak de nye.

bagi aku cerita ni best. filem biasa, tak guna ape effect komputer, yang sangat best.

@cik belacan melaka
tengok, cik belacan pun bersetuju dengan saya. terbaek untuk setakat ini.

FarhanaLicious said...

tapi tade pelakon hemsem.

Darkk said...

manesh tu okay ape. harith iskandar 2 kali ganda hensem dari bard pitt, tom cruise dan james pattinton.

AKU said...

betol3x... aku pon setuju... filem adalah filem melayu terbaik bg thn ni... abis baju boyfren aku basah ngan air mata aku, kalu air mt je xpe..ni abis suma mekap aku luntur...hahaha...

naga_ombak said...

yasmin ahmad.. what so nice about her movies.. always into sentimentol stuff - slice of life's story.. human emotions.. heart's matters and.. love.

aku kasik 4 out of 5 too.. while it may be the best malay movie of the year.. *semua unsur2 multi-racial dan multi-cultural ada yg jarang diketengahkn dlm local movies.. beautiful theme songs esp the haunting "Angel"!!* me don't think it's Yasmin's bestest.. aku terasa mcm ada kekurangan je tak mcm movie2 yasmin yg lain sblm nie..

Melur n Mahesh cam takde chemistry.. kisah lovey dovey parents pun dah trlampau byk digambarkan dlm semua movie Yasmin.. cikgu besar "wassup!" adibah mmg kelakar tapi mcm tak real jer.. tapi masa sesi audition ala2 akademi fantasi gitu mmg kelakar!

pd pendpt aku.. kisah Hafiz dan ibunya dan kisah mak Mahesh dan adik lelakinya.. adalah dua part yg plg touching.. sb menyentuh hubungan kekeluargaan..

btw.. watak jit murad tu.. death angel ke..?

ps.. darky.. aku tgk movie ni kt megamall last friday night.. pengalaman menonton yg paling luar biasa.. ada.. tak sampai seploh org dlm panggung.. org kuantan tak minat movie kisah masyarakat ke..? atau sb hari tu hari jumaat? ^^/ryu

Darkk said...

ah, dah agak nie mesti ryu kasi komen.

sape lagi nak paggil aku darky..kalu bukan ryu dan dak2 gforum.

10 org? sangat menyedihkan. nampak sangat metaliti masyarakat kita hanya mahukan cerita lokal yang berunsur lawak bodoh.

hmm..darkk hampa..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails