Pages

Nyaris Tak Letak Tajuk

Maaf kerana tukar layout lagi.

Aku bosan dengan hitam dan rindu dengan putih. Jadi untuk mengekalkan kesetiaan aku terhadap hitam, aku masih guna warna itu tetapi dengan kadar minimum.

Shoutbox aku di"blend"kan warnanya agar tidak nampak janggal dengan layout baru ini.

Twitter box aku juga dibuang kerana aku sudah tidak lama meng"update"nya angkara lupa kata laluan. Celaka.

Header belum ditukar kerana masih tiada masa untuk bermain-main dengan Kedai Foto Adobe, dan jika ada masa, aku masih belum ada tema yang sesuai untuk header baru.

Sebarang kesulitan harap dibalas dengan kata-kata pujian, bukan makian.

Cadangan dan Idea-Idea bernas mahupun tidak bernas boleh disalurkan mengikut saluran yang betul, seperti saluran ceria anda ataupun saluran infotaiment anda. Kalau jadi pemalas, buleh salurkan di "Anda Bagaimana?" ataupun shoutbox blog ini. Jangan jerit kat shoutbox blog lain.

Sekian, Harap Maklum.

Pecah kaca, pecah gelas;
Sudah pecah, Harap Ganti,
Gelas dan kaca tingkap rumah aku bukan harta mak pak hang.

P/S: Pergh, semat pulak blog ini bila aku buang header ungu tu, anda bagaimana?

3 comments:

farhanaLicious said...

kenapa guna nama avakadabra? minat pokemong?

Darkk said...

Sebab Avakadabra itu Misteri dan Randum

helomynameisjaye said...

pantun lawakkk :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails