Pages

Kasut Yang Mencebik

Hari-hari penat. Hari-Hari penat. Kasut itu mula mencebik. Kasut itu tidak pernah mencebik. Sekarang ia sudah pandai mencebik. Entah terpengaruh dengan siapa. Aku tidak tahu.

Kasut, Oh Kasut, aku berkata. Kenapa kau sudah pandai mencebik sekarang ini? Maka kasut membalas, Ini semua kerana kau lah. Tak pernah bercakap tidak guna nada mencebik. Semuanya pasal kau. Aku belajar dari kau.

Aku dipersalahkan. Celaka punya kasut, kata aku dalam hati. Aku tidak mahu menyinggung perasaan kasut itu. Dalam situasi ini aku perlu mengalah dan perlu perlahan-lahan membuat comeback. Comeback untuk memenangkan aku dalam situasi ini.

Owh, balas aku. Kasut itu mula diam. Merajuk barangkali. Aku telah menang. Owh aku tanda aku tak kesah dengan masalah ia. Biasa aku guna perkataan Owh apabila malas layan dengan kerenah orang itu. Tetapi kadang-kala aku guna jika aku tiada idea.

Owh...

Tanda aku tiada idea.

2 comments:

Anonymous said...

ke takde idea nak post? ;D

- dakpensel

@tune® said...

owh...
camtuh...
owh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails