Pages

Desktop & Soklannya


Angkara BSOD, aku merana. Ah, BSOD itu adalah dalam terma inggerisnya adalah Blue Screen of Death. Biasanya jika anda mendapati secara tiba-tiba PC anda memaparkan skrin biru dan disertakan dengan tulisan-tulisan hapa jadah yang anda tidak pahami seperti Bad Sector dan lain-lain, maka PC anda itu mempunyai masalah. Gila ah, infomatif aku kali ini.

Banyak cara untuk menyelesaikan nya tanpa menganggu data-data simpanan anda. Tapi aku telah memilih cara yang paling sesuai dengan aku. Iaitu format PC. Agak kecewa dengan kehilangan data-data ku. Tetapi tidak mengapa. Nasib baik lah aku telah membuat beberapa partian dan mengupload beberapa file penting ke Internet pada zaman dahulu kala.

Anda nampak gambar di atas? Itu lah gambar desktop aku yang terbaru. Aku memilih warna hijau daun untuk memanjangkan nyawa. Ada kajian menyatakan bahawa memandang hijau dapat memanjangkan nyawa. Tetapi apa jadah ada zirafah comel di situ?

Soklannya;

Abad kelahiran Doreamon, masih adakah Internet? Jika ada, mengapa doreamon tidak menggunakan Google?

Jawapan Aku;

Ada. Mase tu dah ade internet v8.8 Laju duh.

Anda Bagaimana?

Bila Idea Terlampau Banyak

Datang bulan

Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika di tugaskan gurunya mencari sesuatu peristiwa menarik untuk di ceritakan dan di gambarkan keesokan harinya di sekolah. Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk menggambarkan hal menarik yang di temuinya. Ia pun menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya "Datang Bulan"

Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu peristiwa yang menarik.

Ali pun menjawab dengan selamba. "Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah bunuh diri."


"Nak tumpang? Buleh. Naik lah" - Drebar yang hilang

Aku & Dendang Perantau

Setelah mengalami tidur yang amat cukup, aku bangkit dengan segarnya. Seraya dengan itu, perut aku terasa lapar. Lagi pun, sudah lama aku tidak menjejakkan kaki di luar rumah. Gara-gara menyiapkan kerja yang aku terasa bangang.

Mandi. Pakai baju. Seluar tak dilupakan. Aku pantas keluar. Menuju ke stesen makanan yang berhampiran di rumah ku. Agak lama aku tidak makan dengan makanan yang berkhasiat. Masakan penuh kasih sayang. Lantas aku ke kedai mamak. Meluncur laju secara roket di tempat kejadian. Tiba di sana;

"Eh, Wong. Hong He Fok Chai!!" Aku tidak pasti dengan ucapan aku. Asal ada bunyi sudah cukup syarat.

"Aiya. Apa pasal lu ucap sama wa? Wa tala sambut ma." Wong membalas. Wong keseorangan. Di kedai itu, hanya Wong sahaja berbangsa cina.

"Eh, apa pasal Wong?"

"Bukan hari ini Chienese New Year ke? Apa Pasal Tarak sambut?

"Wa sambut. Cuma wa tarak sambut dengan famili"

"Eh, apa pasal?" Apa pasal sudah menjadi perkataan kegemaran aku ketika itu.

"Wa tak buleh balik woo. Tiket bus suda abis ma" balasan Wong sangat sayu.

Aku memerhatikan wajah Wong. Mukanya merah. Air mata berlinangan. Menahan sebak barangkali. Aku selaku rakannya haruslah menenangkan dia. Aku faham perasaan orang yang tidak dapat balik ke kampung untuk meraikan perayaan bersama-sama keluarga.

Aku menepuk-nepuk belakang Wong dan berkata "Sabar Wong. Sabar."

"Kalau umur panjang. Tahun depan buleh balik lagi"

Setelah tindakan bernas aku itu, aku yakin Wong kembali pulih dari kesedihanya. Senyuman mula terukir dari wajahnya.

"Eh, Wong. Lu tahu itu lagu Dendang Perantau by P. Ramlee dok?

"Tau. Tau. Apa pasal?" Wong pun sudah berjangkit dengan perkataan apa pasal dari aku. Ini buleh mencetuskan fenomena 'Apa Pasal'.

"Cuba lu convert lagu tuh dalam bahasa cina" request aku.

Tak kala mendengar ucapan permintaan aku, Wong berdiri. Dia menekup mukanya. Tangannya basah. Seperti sedang menangis. Aku terkesima dengan tindakan Wong itu. Sebelum sempat aku mengutarakan persoalan. Wong telah berlari meninggalkan aku.

Terkejut dengan tindakan Wong, lantas aku...

"Mamak!! Kira"

Aku terpaksa membayar makanan Wong.

Selamat Menyambut Hari keDua Chinese New Year!!

Penulisan Blog Di Pagi Hari

Penulisan yang tidak ada kena mengena dengan diri anda. Pertama. Siapakah anda?

"Saya Tuan Belog. Saya dijemput untuk mengisi masa lapang encik Darkk yang kadang kala tidak dapat menulis untuk update blog beliau"

Ah, sejak bila anda ditugaskan di dalam penulisan blog Avakadabra?

"Humm..dah lama. Sejak awal lagi. Tapi Encik Darkk suruh rahsiakan hal ini. Tak mahu cetus publisiti katanya"

Oh, begitu. Tapi kenapa sekarang baru anda menonjolkan diri?

"Oh, saya dah bosan sebenarnya. Lantas saya meminta persetujuan dari Encik Darkk dan beliau bersetuju"

Boleh ceritakan serba sedikit tentang latar belakang anda?

"Nama sebenar Abdul Rahim bin Saad. Berumur 25 tahun. Dilahirkan di Sarawak. Sekarang menetap di Nilai, Negeri Sembilan. Hobi membaca blog, berkenalan dan menulis cerpen"

Bagaimana anda boleh berkenalan dengan Encik Darkk?

"Ah, saya kenal di forum. Forum yang saya rahsiakan. Biar menjadi persoalan. Beliau yang mengajak menulis blog bersama-sama dengan beliau. Pada asalnya, saya menolak kerana kekangan waktu. Setelah mendengar penjelasan panjang lebar dari Encik Darkk yang memerlukan saya menulis secara 'runcit-runcit'. Barulah saya terima."

Anda tidak kisah menulis di blog orang lain dan tak teringin membuat blog sendiri?

"Jawapan untuk soalan pertama, saya tidak kesah. Asal saya dapat menulis. Sudah memandai bagi saya. Dan Untuk soalan yang kedua. Itu Semua dalam perancangan. Tidak lama lagi. Saya tidak menjanjikan tarikh kerana saya sendiri tidak pasti bila"

Jadi apakah pandangan anda tentang perubahan wajah baru blog Avakadabra?

"Ah, itu yang satu perkara luar jangkaan. Pada mula-mulanya, Encik Darkk memberitahu saya bahawa beliau akan menukar templete blog. Tapi saya tidak menyangka templete berwarna putih seputihnya"

Jadi bagaimanakah anda dapat mengekalkan gaya penulisan anda tidak lari dari gaya penulisan pemilik blog, iaitu Encik Darkk

"Saya biasanya akan membaca berpuluh-puluh kali sebarang cerita yang ditulis oleh beliau. Tatabahasanya. Ejaannya. Serba-serbi. Untuk topiknya pula, Encik Darkk akan menyebut sahaja. Seperti contoh, McD. Saya akan mencari kata kunci yang tidak pelik. Dipandang remeh oleh orang lain dan terus menjadikan topik entri pada masa itu"

Jadi apa harapan anda terhadap blog Avakadabra?

"Saya mengharapkan blog ini dapat mencetus fenomena terulung lalu mencetuskan revolusi dalam dunia blog ini."

Penulisan blog yang tidak mengenalpasti peringkat umur akan berhenti di sini. Siapakah barangkali yang anda akan bertemu.

Apabila anda hampir 72jam tidak tidur, Anda akan menulis seperti saya. Idea tidak menarik dan merepek - Darkk

Ah, Bosannya

Bila mengatuk, lapar dan dahaga. Ada satu yang boleh menghiburkan hati ni. - Darkk

Morning Musume - Nai Chau Kamo

Untuk sapa yang bosan dengan lagu melayu leleh sahaja.

Evolusi

Cam haram imagehosting blogspot. Terpakse aku guna 3rd party image hosting. Kalau guna yang sedia ada memang kecik gambor tuh. - Tuan Belog

Evolusi manusia. Darwin menyatakan bahawa manusia ini berevolusi dari monyet. Ya, memang betul. Tapi Darwin seorang sahaja manusia yang berasal dari monyet. Sebab itu lah beliau berkata demikian. Barangkali beliau sudah jatuh cinta dengan monyet betina dan cinta mereka dihalang oleh keluarga monyet betina itu kerana perbezaan darjat.

Lalu Darwin mengaku beliau dari spesis monyet. Untuk mengukuhkan lagi hal itu, beliau telah menyebarkan teori beliau supaya mendapat kepercayaan dari orang ramai. Setelah orang ramai percaya, baru lah keluarga monyet yakin Darwin adalah dari spesis mereka juga. Darwin dan monyet betina itu hidup aman sejahtera. Itu pendapat tidak masuk akal aku.

Evolusi tidak semestinya dari fizikal manusia sahaja. Malah politik, drama soap opera, kisah teladan, basikal. kelab-kelab disko, muzik turut boleh berevolusi. Evolusi ini ada yang baik dan ada yang buruk. Kadang-kadang, evolusi ini boleh datang dalam 2 perkara serentak. Seperti politik dan muka politik.

Photobucket

Ini semua konsep evolusi. Kalau tak paham, buka semula buku sains darjah 3. Eh, sains dah ada masa darjah 3 ke?

Sekadar Gambar II

"Alang-alang nak tunjuk gambar. Biar lah banyak skit. yedok? Jangan lak terlepas pandang Sekadar Gambar Episod Satu" - Tuan Belog






Photobucket
Kucing ini sangat panjang kan?


Sekadar Gambar

Aku telah menjanjikan gambar rawak untuk kamu. Jadi ni lah aku mampu cari. Sekian Terima kasih - Tuan Belog

"Masuk, Masuk. Belakang kosong lagi"


Lepas ini kita suruh pakcik tarik lori pula

Junior & Sebior

Amaran: Entri ini amat panjang dan tidak sesuai dibaca secara curi-curi ketika di pejabat. Untuk elakkan kantoi dengn majikan. Sila baca entri ini di masa lapang

p/s: aku tengah cuba nak buat cerita bersiri. kalau tak dak aral melintang, tiap-tiap Rabu aku update cerita bersiri ini.

Sekadar mengisi masa lapang. Aku menulis entri ini berbentuk nasihat. Nasihat kepada budak-budak asrama agar mereka menghormati senior-senior mereka.

Respek lah mereka walau teruk bagaimana pun anda dibuli. Berilah salam kalau bertembung dengan mereka. Turuti lah nasihat mereka. Ambil yang baik. Buang yang tak baik. Ada juga, senior-senior yang memberi nasihat yang bodoh. Seperti "Kalau kau jumpa kambing, ko lempang kambing tu sampai lembik" atau "Kau nak ponteng kelas kan? Kau makan sabun. Pasti Mulut kau berbuih. Kompen tak pegi kelas".

Tetapi ada juga yang menghormati senior hingga mencium tapak kaki senior itu, turut dibuli. Apakah fenomena ini benar? Apakah jenis hormat yang perlu dilakukan untuk memuaskan hati senior? Biar aku buat satu cerita untuk meceritakan kisah ini.

...........................................................................................................................................................................

Aku Abu

Aku. Aku Abu. Aku sekarang belajar di Sekolah Berasrama Penuh. Aku ditakuti dan digeruni oleh semua junior. Pantang salah sikit. Pasti hari itu, hari paling sadis dalam sejarah hidup mereka. Aku seorang yang baran. Ya, Panas yang baran. Baran yang panas. Panas Baran.

Setiap hari ada saja yang aku rana kan. Dari budak tingkatan 1 sampai budak tingkatan 5. Habis aku rana kan. Aku bergerak secara individu. Aku bukan bacul seperti geng Mamat Hitam. Bila kita nak jadi jahat, biar kita jadi jahat sorang-sorang. Itu Prinsip Aku.

Ramai juga yang hendak menjadi pengikut aku ditolak borang keahliannya bulat-bulat. Bukan kerana mereka terlupa hendak meletak setem hasil di borang itu, tetapi mereka tidak tahu yang aku tidak pernah mengeluarkan borang keahlian untuk menyertai aku. Akibat penolakan itu, mereka telah menyertai geng Mamat Hitam. Lagi pun untuk menyertai geng Mamat hitam hanya perlu setem 20 sen sahaja. Tak Perlu Isi Borang.

Geng Mamat Hitam

Geng Mamat Hitam. Diketuai oleh Sarip. Hobinya adalah ponteng kelas, belasah budak, kacau gadis dan mengumpul setem. Kekuatan, 100 Ribu Petala Langit. Heh, Acah sahaja kekuatan tu. Tapi Sarip memang kuat. Pergaduhan kami yang lepas, aku nyaris kalah. Tumbukan yang padu seperti isipadu silinder penyukat mampu membuat gigi seseorang bertaburan di atas lantai.

Aku masih tidak faham dengan matlamat kumpulan ini. Dahulu, matlamat geng Mamat Hitam adalah memperjuangkan hak asasi pelajar dari dibuli oleh geng senior yang lepas, Kumpulan Bapuk Berantai. Apabila matlamat itu berjaya, mereka mengubah matlamat ini kepada "Rumah Merah Mesti Jadi Juara Hari Sukan Tiap-Tiap Tahun". Apakah?

Pernah satu tahun itu, Rumah Merah mendapat naib johan. Sarip mengamuk tak ingat dunia. Bertubi-tubi tumbukan Sarip lancarkan kepada pengikutnya. Ada yang tak sempat kena tumbuk, dah tukar sekolah. Takut angkara amukan Sarip. Perkara itu berlarutan 3 hari 2 malam. Dalam tempoh itu juga lah Sarip tidak tidur. Semua hidup dalam ketakutan. Tapi segalanya bermula di sini, pertempuran Sarip dan aku.

bersambung


Poll Terbaru

Soklannya berbunyi senyap. Mana ada soklan berbunyi kat ruangan aku ini. Jadi soklan dia aku dah taip.

Soklan yang ditaip adalah:

Patutkan blog Avakadabra ini diswastakan?

-Ye
-Tak Patut

Itu je pilihan jawapan. Anda Bagaimana?

p.s:Makluman terkini. Projek aku ditangguhkan. Jadi boleh la update entri hari-hari.

Hidup Ini Randum

10. Pentingkan diri sendiri

INternet lembab. Rasa nak bakar rumah? Memang tak dak kerja. Kalau bakar pencawang internet okay jugak. Ni Apa Kejadah Bakar Rumah. Lagi satu, kat mana ada pencawang internet ni area-area Malaysia ni. Buleh la kut nak tweak sini sana sikit.

9. Kerja Tak Siap

Ni satu lagi fenomena melanda kat sapa-sapa je. Kerja tak siap. Dah tahu esok ada presentation tapi masih lagi pegang remote Astro, tukar chenel dari 101-900. Lepas tu ulang-ulang. tak pun randum. Ibarat motto blog ini, hidup ini randum. Tekan remote pun nak randum. 440. Memang tak kuar chenel pun.

8. Alasan Seribu Daya

Rakan aku selalu dengar aku mengukapkan perkataan ini. Ianya diguna apabila mereka bersungguh-sungguh mengeluarkan alasan yang masuk akal dan juga tak masuk akal. Kalau buleh mereka hendak menang dengan alasan. Ini lah yang kita panggil Alasan Seribu Daya

7. Malas Pergi Kerja

Ah, Ini selalu dialami oleh orang-orang kerja. Budak Patikal pun buleh tahan malasnya. Nak-nak hari Isnin.Dah syok-syok dapat cuti 2 hari. Hari Isnin dok cuti pulak. Orang cakap sindrom bad Monday. Kalau belah Terangganu, Kelantan, Kedah orang cakap bad Sunday. Kadang-kadang ada jugak bad Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday ni. Itu tanda nya orang itu memang nak jadi penganggur terhormat berpangkat Dato'.

6. Teh O Limau Ais Suam

Sila elakkan mengorder air berikut jika tidak mahu digam oleh kedai tersebut. Hal ini akan menyusahkan para tukang buat air yang terpaksa membuka buku fizik SPM. Mengkaji semula molekul-molekul air, kedudukan jirim, dan sebagainya buleh membarankan tukang buat air itu.

5. Buleh ke?

Buleh ke kalau aku sambung menyambung entri ini? Rasa malas lok nak tulis. Bukan tulis la. Taip-taip. Taip rajin. Tapi idea lak tak dak mari la. Buleh ke?

*best jugak tengok hulk vs wolverine. tak tahu siapa menang. jangan buat alien vs predator. tapi manusia menang.pelik dok?

p/s: gambar rawak tu aku ingat nak ambik gambar jerawat kat blog orang lain. pikir-pikir balik. nanti lah. aku cari yang lain

Tekanan & Perasaan

Pernahkah kamu rasa down yang amat? Kecewa bercinta? Putus Semangat? Malas Nak Pergi Kerja? Nak Terajang Orang? Iri Hati dengan Jiran Sebelah? Bosan dengan cerita Memey & Norman Hakim? risau Abby Abadi bercinta lagi?

Jangan Bimbang. Di Sini Aku ada solusi yang menarik. Tak perlukan modal satu sen pun. Duit Minyak pun tak dak kesan. SMS pun tak payah guna. Tak perlu pegi beratur panjang-panjang. Tak payah buat kad pengenalan baru. Lesen L pun tak pakai.

Yang hanya ada perlukan sedikit kudrat jari. Jangan Risau. Tenaga yang anda baru jana lepas makan tengah hari atau makan malam tak terjejas pun. Lepas hisap rokok pun boleh buat buat.

Pasti selepas ini, anda akan;

-Hidup lebih ceria
-Senyum sepanjang waktu
-Duit dalam wallet anda tak bertambah
-Kebosanan anda akan diisikan dengan kekaguman
-Hidup positif
-Kepuasan hati terjamin

Jika semua itu tidak menjadi, jangan risau. Wang anda akan dikembalikan. Sapa suruh kamu kasi duit bagi kat aku. Kan dah cakap tak payah keluar modal. Kalau nak kasi pun takpa. Aku tak kesah. Sekadar berkongsi.

"So Encik Darkk, apa solusi nya?" tanya Brahim yang baru pulang dari matahari
"Kami dah tak sabar ni" sambung Rubiah Star
"Betul tu, cepat la Encik Darkk" Ruzaida menambah sambil menghunuskan parang ke arah ku.

Eh, sabar kalian. Buat bertenang, jangan bertendang. Bertandang ke blog aku tak pe. Jangan Lupa bawak nasik. Masa aku tulis entri ini aku tengah lapar. Kembali ke topik asal.

Apa solusinya? Apa cara nya? Kamu baca bawah ini dan tekan klik kiri di tetikus anda. Tak perlu tekan tikus sebenar. Cukuplah tetikus atau dalam bahasa melayu lamanya "Mouse"

"Solusi Menarik Menghilangkan Bosan"

Pergi lah sepak beliau itu.

Link sumbangan dari Eins.

p.s: berehat dari membuat projek. Penat otak. Tulisan merapu ini sumbangan darkk

Pemberitahuan

Jangan tanya mengapa, bagaimana, siapa, kenapa, berapa, perlu ke, buleh dok, seringgit berapa, muroh ke, buleh dok, labah-labah ke, mahal dok, macam mana, biri-biri ke, doh tu, dan dan lain-lain bentuk soalan kepada aku.

Aku sekarang sedang sibuk membuat projek baru.

Tak de nak kirim strawberi. Aku bukan pergi Cameron Highland.

Mainan pun tak dak. Bukan pergi Jepun.

Mungkin pasni update pun seminggu sekali. MUNGKIN. Aku sengaja besarkan huruf mungkin sebab lama tak guna capslock.

Ni ada gambar rawak yang lucu sangat aku kasi untuk tatapan kamu semua.

[Gambar rawak coming soon]

Sekian

Angkara Sordi

Semalam

"Teet..Teet..Teet" Handpon aku berbunyi.

Ah, mesej masuk. Pasti mesej Lily ini. Malas pula nak bangun capai handpon. Aku sedang sibuk ini. Sibuk bermain game dalam NDS baru aku. Nak ketuk drum pun kaco. Tapi dalam nak tak nak pun, aku bangun mencapai handpon ku. Agak Cikai Handpon aku. SE850i sahaja. Murah.

Bangun. Tekan Handpon. Mesej dibaca. Dan mana ada mesej berbunyi. Aku tak paham dengan istilah "Suratnya berbunyi begini ..." yang selalu digunakan dalam filem melayu lama. Mana ada surat berbunyi. Kalau emel tu buleh la berbunyi.

"Hye U, esok I kena pie MITC la. Xtahu ada ape. Bosannyerr.."

Lebih kurang begitu lah mesej dia. Aku tak berapa ingat dah. Dengan pantasnya aku membalas balik text itu dengan tiga huruf yang memberitahu beliau yang aku sedang sibuk, sila mesej sem depan.

"Owh" Dan aku terus off Handpon.

Kembali ke katil ku untuk bermain games. Sedang asyik bermain, kedengaran suara rakan serumahku.

"Wei esok ada Perhimpunan Protes Perang Gaza la kat MITC. Seluruh Melaka terlibat"

"Pegi jom" balas rakan ku yang lagi sorang.

"Jom"

"Jom" Sordi pun menyampuk.

"Woi Sordi. Ko kerja la esok. Mane buleh ikut"

"Err..takpe lah kut. Aku rasa semua orang Melaka turun."

Maka hari ini, aku tak pergi kerja gara-gara Sordi tak kejut aku. Dan die lesap pergi ke Perhimpunan tersebut.

Nasib baik litar starter panel dah siap. Tunggu testing aje.

Entri Kekurangan Idea

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.

"Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang"

Pesan doktor itu.

Setelah tiga hari berlalu si Doktor menalefon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.

Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang di mana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang adalah;

"Harap janggut saja panjang. Berenang tak pandai!!!"

Jerkah Salim kepada kambingnya.

Ya. Salim sedang melatih kambing untuk berenang.

p/s: entri RedNema sangat menghiburkan hati yang duka lara ni.

Payung Avon: Re-Publish

Sekiranya anda terfikir saya akan membawa payung Avon ke bulan, apakah sebabnya?

Payung Avon warna Oren - Sumber: Blog sape tah saya save aje

Pasti tuan-tuan dan puan-puan terpinga-pinga. Apakah kepentingan payung itu? Kenapa tidak bawa saja Neil Amstrong ke sana? Buleh dia jadi tour guide saya di bulan. Almaklum lah, manusia pertama di bulan. Pasti tahu selok belok di sana.

Tapi saya memilih Payung Avon. Terima kasih kepada Yosh yang memberikan idea tentang payung jenama ini. Di dalam entrinya banyak menyebut pasal payung ni. Kalau tak percaya. Sila pergi khatamkan blog beliau.

Payung Avon. Ramai yang tidak menyedari kehadirannya. Malah memandang remeh terhadap payung ini. Ek leh, payung Avon. Apa kelas. Kedengaran Suara Incek Sordi memperli saya. Saya tahu. Incik Sordi jeles. Tapi Takpe. Ada Payung Avon. Dari beliau tak dak. Nanti-nanti, dia mesti datang pinjam. Masa itulah saya memerli beliau tanpa belas kasihan, kalau boleh saya cerita sampai ke anak cucu beliau. Biar padan muka beliau.

Seperti biasa, saya akan membuat point-point untuk memudahkan saudara-saudari sekalian membaca dan menilai, sekiranya tidak berpuas hati. Encik-cik, buleh la menambah dalam ruangan "Anda Bagaimana?"

1. Payung Avon mempunyai pemegang yang lurus.

Ya, Payung Avon mempunyai pemegang yang lurus. Tidak seperti payung-payung yang lain. Mempunyai hujung yang bengkok. Apabila saya di bulan, saya tidak mempunyai teman. Itu sudah pasti. Saya akan memerhatikan pemegang yang lurus itu dan mula memikirkan kenapa pemegang itu lurus. Dan secara tidak langsung, entri blog saya akan bersifat lurus, ataupun naif. Tidak melencong dan berlebihan merepek. More straight forward. Menjurus kepada isi atau pun berkenaan dengan tajuk. Tidak lari tajuk bak kata guru bahasa melayu SPM saya. Saya selalu buat karangan lari tajuk.

2. Coraknya pelbagai, menarik hati.

Sudah tentu. Saya tidak memilih lagi warna apa hendak saya bawa ke sana. Yang pasti, mesti mempunyai corak pelbagai dan warnanya tidak membosankan. Mesti Ceria. Dan jika corak payung Avon ceria, entri blog saya juga ceria. Tidak ada unsur emosi, duka-lara, dendam mendendam, kutuk mengutuk menjatuhkan orang, basi keterlaluan dan lagi semua perkataan yang berlawanan dengan Ceria. Saya tidak suka orang membaca entri saya lalu jadi panas hati lalu terbakar, panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba. Jadi dengan corak payung avon yang menarik hati, dapat membantu saya mengeluarkan entri yang lebih menghiburkan hati dan menceriakan hari-hari anda.

3. Jenama Avon hanya untuk gadis.

Saya sengaja menggunakan jenama Avon ini kerana ramai gadis meminati jenama ini. Walaupun sesetengah gadis mengalami alahan mengunakan produk ini, tetapi mereka mengetahui produk ini hanya untuk gadis. Jika terdapat pemuda yang menggunakan produk Avon, ternyata mereka bukan lagi pemuda. Mungkin pemudis, gadis + pemuda = gamuda dan lain-lain perkataan yang lebih sesuai untuk menggambarkan sifat mereka itu. Dan apa pula kaitan dengan entri saya? Seperti kita tahu sekarang, gadis lebih ramai dari pemuda. Ada kajian pula menyatakan gadis lebih ramai menggunakan internet daripada pemuda. Jadi saya selaku pencinta gadis ingin memberitahu yang bahawasahanya saya lelaki yang prihatin terhadap keperluan gadis.

Sekian saja hujah saya kenapa saya memilih payung Avon sebagai sumber inspirasi ke bulan. Bukan bermaksud untuk meminggirkan payung-payung jenama yang lain. Tapi fahami lah dan dalami maksud yang tersirat di sebalik pemilihan itu.

Izinkan saya berpantun empat kerat sebelum mengundur diri.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh lah saya menuai padi;

Kalau kamu sudah baca ini blog,

Boleh lah kamu menulis komen nanti.

Bapak tak sedap pantun saya.

Payung Avon

Ini lah akibat nya kalau tekan enter di ruangan title. Entri akan tiba-tiba terpublish.

Aku tak mahu delete. Sebab nanti ada orang bising aku delete entri lagi.

Ludah Amerika, Israel - Hujan Kilat

Entri encik di bawah sangat membuka mata saya.

http://tronohtranquility.blogspot.com/2009/01/doing-gaza.html

Aku terpanggil seru untuk berkata serius dalam entri kali ini. Seperti yang kita tahu, dunia di gemparkan dengan serangan Israel terhadap Gaza. Sempena tahun baru agak nya, mungkin tentera Israel mengatakan, "Apa barang tengok bunga api sambut tahun baru. Kita serang Gaza ar baru best."

Amerika turut bersetuju dengan Isreal. Tapi mereka tak buat. Mereka bekal je. Ibarat, "Kau nak guna barang aku. Guna la. Apa-apa hal rosak ke hape, aku hantar warranty. Kelentong baik"

Persidangan sana-sini. Kena veto. Rasa Baik Cam Tak Yah Pegi. Duduk rumah lagi bagus kalau dah tahu keputusan dia. Macam tengok pasukan bola Malaysia. Tak tengok pun dah tahu kalah. Bukan aku tak sokong pasukan Malaysia. Tapi Kalah dengan konsisten, membuatkan aku hilang minat terhadap bola sepak Malaysia. Jersi dah lawa. Nike tuh. Apa tak sama dengan Man Nu ke? Arsenal juga best.

Ah, termasuk bola pula. Boikot barangan Amerika? Sejauh Mana Kita buleh boikot? Intel, AMD, Nvidia, Dell. Barangan Komputer, Barangan Amerika tuh. Tak pakai? Boikot. Alamat tak buat kerja la. KFC, MacD, Pizza Hut. Buleh la kut kite boikot. Tapi lama mana boleh kita boikot. Nanti-nanti keluar menu baru, pergi jugak. Burger "Kemewahan dan Kekayaan" dah ada perisa Ayam. Mesti ada yang nak cuba. Lama-lama tak boikot jugak.

Demostrasi Amal? Aku baru dengar tadi.UKM tak silap.Best juga. Kita kumpul ramai-ramai bawa sepanduk jerit-jerit. "Mesti ramai awek cun turun kan?" tanya Sordi. "A'ah...kut" kata aku. "Dem, nyesal tak pergi." Sordi menyesal.

Niat tak betul.

Kesimpulan yang aku dapat rasa kan, Israel memang bacul. Tak berani lawan betul-betul. Serang budak-budak, wanita-wanita. Rumah-rumah keluarga yang ditembak. Buat apa. Dak dak fight ah. Pengecut. Alasan penembakan? Pejuang Hamas. Tanya balik, tetap jawapannya Pejuang Hamas.

Modal Lain tak de. Alasan sebenar? Dirahsiakan. Shush!!..Secret ar. What make a woman is a woman is her secret.

Apa boleh kita lakukan untuk rakyat Palestin?

Berdoa kepada-Nya agar kesengsaraan mereka tidak berpanjangan. Atau pun menghantar sumbangan dan bantuan kepada mereka. Dermalah kepada tabung Gaza.

Atau pun apa-apa lagi cara yang boleh anda fikirkan untuk membantu mereka. Aku dah mengatuk sekarang ni. Tak buleh pikir.

p/s: aku tahu aku eje israel salah. Aku malas nak betulkan. Taip Entri pun cam tiru-tiru entri orang lain skit. Sori kalu terplagiat.

Kalau Darkk Terbang ke Bulan, Apakah yang Perlu Di Bawa Sebagai Sumber Inspirasi untuk Berblog?

Kalau Darkk Terbang ke Bulan, Apakah yang Perlu Di Bawa Sebagai Sumber Inspirasi untuk Berblog?

Poll Result:

Payung Avon: 8
Transformer The Animated Hajime: 6
Komputer Riba "Hak Milik Kerajaan": 8

Total: 22

Anda Bagaimana?

Amanah & Haiwan

Aku tertarik dengan entri Pengejar Masa yang ini.

Dalam entri itu, Pengejar Masa telah meletakkan kucing untuk menjaga gerai ikannya. Aku terfikir. Amanahkah Binatang ini. Tidak mencurikah mereka? Aku masih meragui. Aku perlukan bukti binatang ini amanah dan tidak mencuri. Mereka mampu menjaga harta kita dengan baik. Akan tetapi, setelah melihat gambar ini. Aku menjadi kecewa. Apakah benar ini semua?





Seorang gadis terpedaya dengan sindiket "Itik Comel"


Baik tak payah suruh binatang jaga kedai.

Berani Kerana Benar.

p/s: masukkan entri dengan cara pantas. tetapi berkesan. buat cepat-cepat sebab gossip girl episod baru dah kuar. nak pie tengok sat.

Malam Jumaat & Tongkat Ali

Sedang asyik Idris membuat sambungan kepada litar atas arahan penyelianya, dia terdengar suara seperti memanggil-manggil namanya. Tapi bukan namanya. Lebih kepada Hoi. Atau pun Oi.

"Oi, Hoi, Kamu. Kamu yang sedang membuat sambungan tu" panggil seorang pemuda yang sudah berumur 30-an. Barangkali sudah berkahwin dan mempunyai anak dua kerana perutnya besar ke depan.

"Hoi kamu"

Idris berpaling.

"Saya ke, Encik?"

"Ya, Kamu"

"Tapi nama saya bukan Hoi atau pun Oi. Saya Idris. Pure Melayu. Saya tak de nama keluarga nama Hoi atau pun Oi" jelas Idris.

"Ha, tak kesah la. Aku bukan tahu nama ko. Sebab itu aku panggil camtu"

"Owh" respon Idris

"Kamu boleh tolong aku tak?"

"Tolong ape cik? Saya busy cam labah-labah sekarang ni" sambil membuat gaya labah-labah tengah sibuk.

"Alah, kejap je. Kamu tolong belikan air untuk kami semua"

"Dahaga la" jelas pemuda itu.

"Er Buleh la. Air apa encik?"

"Kau nak air ape, Lan?" tanya pemuda itu kepada rakannya yang juga sedang membuat sambungan litar.

"Sirap Mirinda. Kalau tak de, ape-ape je lah. Asal Bukan Air Longkang" rakannya cuba melawak. Akan tetapi, lawaknya tidak mendapat sambutan hangat. Tiada suasana gelak tawa.

"Ha, Sirap Mirinda untuk dia"

"Encik lak nak air apa?" tanya Idris. Seperti tidak sabar untuk pergi membeli. Dia masih membuat gaya labah-labah tengah sibuk.

"Ha..aku nak Air tongkat Ali. Malam ni kan Malam Jumaat. Malam penuh kerahmatan. Malam best"

"Baru la best kena tongkat ali. Hahaha!!" gelak pemuda itu sambil mengosok perutnya yang ke depan itu.

Gelakan pemuda itu turut disahut oleh rakannya. Ternyata. Pernyataan itu membuat suasana sepi bertukar menjadi hingar bingar dengan gelakan mereka.

Aku? Turut ketawa bersama. Tapi sebenarnya. Aku tidak faham dengan keterangan itu. Apa kaitan Malam Jummat dengan Tongkat Ali? Setahu aku, air yang dicampur dengan tongkat ali memberi tenaga kepada kita. Tetapi kaitan Malam Jumaat?

Aku cuba mentafsir Makna Malam Jumaat dengan air Tongkat Ali. Malam Jumaat ada ape ek? Biasa di tv ada cerita hantu. Puaka Niang Rapik. Takkan la nak tengok Puaka Niang Rapik pun nak kena minum tongkat ali. Musykil.

TV1 ada rancangan Forum Perdana Hal Ehwal Islam. tapi takkan lah. Nak tengok Hal Ehwal Islam kena ada tenaga? Makin tidur ada la.

Gadis Melayu? Bukan kena kayuh basikal pun kalau nak tengok Gadis Melayu.

Dan kini, Persoalan itu menimbulkan tanda tanya kepada ku. Persoalan yang buleh menjadi kemisterian di dalam diri ini. Tongkat Ali dan Malam Jumaat. Apa kaitannya? Anda Bagaimana?

p/s: Aku sengaja tinggal soklan untuk meningkatkan lagi kemisterian entri ini.Ah, seri pulak poll tuh. Ada sapa-sapa nak mengubah undian dia?

Misteri Test Pen

"Pawah!!" jerit Sordi memanggil namaku. Ya. Pawah namaku yang didialekkan dialek Terangganu belah Kuala Berang. Kalau belah Besut, mungkin Pawe. Sungguh Tak Beh.

Aku terkejut. Dengan pantas, aku meng"alt+tab" solitaire dan membuka Word. Bimbang beliau datang bersama bos. Kantoi aku bermain solitaire waktu pejabat. Tetapi tidak, Sordi datang seorang.

"Yes Dee, May I can help you?" Aku cuba berbahasa inggeris dengan Sordi. Ternyata grammar aku salah. Tapi sekurang-kurangnya aku mencuba. Aku memberi 3 markah terhadap diri sendiri.

"Ho, tadi mung gune teh peng aku ork?" tanya Sordi.

"Mana ada aku guna teh beng. Aku minum teh beng ada la."

"Bukan teh beng air la. Teh peng. Yang hok putar skru tuh"

"Ooo..test pen. Cakap biar terang"

"Ho..mende-mende ah. Pah mane bende tu gi?"

"Aku dah letak atas meja ko tadi"

"Tak dok ah. Pah ngate aku cari. Ke mung susuk?"

Susuk? Nasib baik aku mempunyai darah orang terangganu. Maka aku faham makna susuk itu adalah sorokkan.

"Mana ada la. Tak dak masa aku nak main sorok-sorok barang orang ini. Baik aku main solitaire." respon aku dengan tenang.

Marah benar Sordi. Aku tahu. Itu test pen kesayangannya. Dibelikan oleh kekasih hati sempena Hari Jadi Dia baru-baru ini. Awek kasi. Mana tak sayang. Buleh putus kasih kot kalau hilang , getus hati aku.

"Argh. Dok Caye. Baik Mung Kabor Mane. Kang Aku Sumpoh Mung Jadi Katok!!!"

"Lak, pesal lak nak sumpah-sumpah ini. Okeh-okeh. Aku bagitahu"

"Kau pegi kat korner yang ada cermin tu. Aku letak kat situ" akur aku.

Maka Sordi dengan gegasnya pergi ke arah korner itu. Tiba-tiba..

"Camne leh aku dok sedo selit ka telinge aku neh??" jerit Sordi setelah bertemu imejnya di cermin.

"..."

Sejak hari itu, poster kehilangan Sordi lebih hangat dari poster kehilangan Sharleene.

p/s:ah.entri pantas. penat buat kerja dan makan

Romantik Berdarah

Okeh, memandangkan Wang Pinjaman dah masuk. Aku rasa semester ini aku nak beli barang berfaedah kepada diri sendiri. Bukan mainan, bukan games. Aku terfikir nak beli kamus Inggeris - Melayu dan beberapa novel Inggeris. Untuk menyiapkan diri aku untuk berhadapan dengan dunia pekerjaan yang sekarang memerlukan seorang yang fasih berbahasa inggeris, aku terpaksa.

Dalam rasa terpaksa pun, aku suka juga membaca ini. Membaca menambah pengetahuan. Betul dok? Betul aku rasa. Seperti aku membaca blog-blog kamu. Banyak aku perolehi. Contoh blog Macha. Dia nak beli barang dia tanya pandangan kamu orang. Bagus dia tu. Jimat Duit, Masa Usha Barang. Cam Blog Eins. Dia Bagitahu Ada Emoticon Katun Best-Best. Aku Baca. Aku tahu. Lalu aku sedut Emoticon tuh. Best dok? Best.

Lagi pun aku bercadang untuk menulis beberapa karya pendek. Jadi aku memerlukan idea. Bukan lah bermaksud aku ingin menciplak idea-idea novel orang lain. Tidak ada originaliti langsung. Tapi aku ingin belajar cara mereka mengolah cerita. Jalan cerita penamatan gembira agak cliche bukan? Ya. Tapi cara mereka mengolah jalan cerita itu membuatkan cerita itu lain daripada yang lain.

Jadi di sini aku meminta sebahagian dari kamu. Sila lah mengrekemenkan aku beberapa novel yang agak best dan anda rasa EPIC ( Maksud EPIC adalah kegemaran sepanjang hidup).

Berbalik kepada aku ingin menulis karya pendek. Apa bentuk karya aku ingin hasilkan? Aku terfikir ingin membuat satu genre baru. Aku memanggilnya. Genre Romantik Berdarah. Kemas dan Kejam Bunyinya dok? Memang.

Kisahnya begini..

Sarah dan Peter merupakan pasangan bakal berkahwin. Perkahwinan mereka sebenarnya dirancang oleh keluarga masing-masing. Mereka sebenarnya sudah mempunyai pilihan hati tersendiri. Tetapi atas dasar tidak mahu melawan, mereka pun terpaksa.

Pada hari perkahwinan mereka, Robert yang merupakan kekasih Sarah datang ingin menuntut Sarah dari tangan Peter. Peter tidak menyangka Robert sebegitu berani datang untuk mengambil kekasihnya. Peter menganggap perbuatan itu sangat romantik. Sarah juga berasa begitu. Tidak sangka kekasihnya Robert berani mempertahankan cinta mereka. Romantik sungguh Robert itu.

"Kau sungguh romantik, Robert" bisik Peter.

"Aku tahu. Semua ini demi mempertahankan kasih dan sayangnya aku terhadap Sarah" balas Robert.

Sedang kalut dalam kekecohan akibat pencerobohan Robert. Sir Hamment, Ayah Sarah mengarahkan orang - orangnya membaling batu ke arah Robert. Lalu arahan itu dilaksanakan. Tempat Robert berdiri dihujani batu yang dilontarkan oleh orang-orang Sir Hamment.

Tiba-tiba, Sarah menjerit.

"Arghh, kepala aku berdarah!!"

Salah satu batu yang dilontarkan oleh orang-orang Sir Hamment terkena kepala Sarah. Lalu Berdarah.

Tamat

Photobucket

Okeh dok karya aku yang bergenre romantik berdarah?

Tentang Aku

Entri ini Kali Ini Mengenai Aku. Aku. Aku. Aku seorang budak yang tidak melawan kata-kata ibubapa. Aku tahu. Melawan kata-kata ibu bapa itu tidak baik. Derhaka. Aku sangat suka kepada Aku.

Aku dilahirkan di sebuah kampung yang tidak begitu terkenal. Kampung Aku tidak jauh dari pada pusat. Jika Aku hendak berhibur, Aku akan ke pusat bandar yang tidak sampai 1jam untuk ke sana.

Aku sekarang berumur 30 tahun. Sekarang sudah kaya. Dah Jadi Pelakon Pun. Sekarang Aku Ditawarkan berlakon di dalam sebuah rancangan drama kanak-kanak. Aku Rasa Aku Buleh Lakukan. Sekadar Berlakon dengan budak-budak. Kacang dan Ayam, Aku Rasa.

.....

Tiba-tiba sedang asyik menulis cerita ini, aku terasa keyboard melayang. Badanku terbang. Kepalaku Bingit. Terdengar suara samar-samar sayup.

"Wei!, Bukan Aku la!. Tapi Ako!. Ako Mustapha!!!." sambil Ako Mustapha membersihkan tapak kasut beliau.

"Eh, yeke? aku ingat Aku. typo masa daftar surat beranak. Aku betulkan la. Nama penuh sepatutnya Aku Mustapha. Bapak ko Mustapha. Nama ko Aku"

"Ke dok?"
tanyaku sambil tersengih.

Ako Mustapha sebagai Kapten Buleh Dok? Dan Sapa Jadah Tina tuh? - Sumber Gambar dari Kosmo. (Kosmo memang suka merepek)

*Best gak cerita Kapten Boleh kat Astro Ceria. Aritu aku tengok satu episod dia lawan raksasa Sampah. Bapak mudah je raksasa tu kalah. Rasa cam tak nak tengok dah.

Hari Ini

Hari ini aku rasa cam rugi je. Sebab? Hari ini Hari Jumaat. Semalam Cuti. Kalau Hari Ini Cuti gak. Dah dapat 4 hari Cuti. Tapi apakah daya. Kerja Tetap Kerja.

Bangun Pagi. Pukul 8. Masuk Kerja Pukul 8. Ah, takpe la kut. Bukan selalu lewat. Rilek dulu.

Pukul 8.30 baru sampai tempat kerja. Ah, lapar la pulak. Mulakan hari anda dengan sarapan. Mak pesan makan pagi itu penting. Terpaksa ikut cakap mak. Pegi Makan kat Kafe dulu.

Kuew Tiuw RM0.60, Teh Tarik RM1. Makan-makan, borak-borak. Diusha gadis. Eh, dah pukul 9 lebih. Jom. Ajak Kawan ku.

Jom. Aku balas. Jom kawan aku lagi sorang balas. Bangun terus ke project site.

Sampai sana, project site tak buka. Eh, pukul 9.30 ni. Apasal tak bukak lagi. Dem.

Lepak-lepak jap. Mengharap site dibuka. Tengok Jam. Pukul 10.

Tiba-tiba Kedengaran satu suara.

"Jom Balik!"

"Jom!"

"Jom!"

Dah rugi waktu tidur 2 jam. Kalau tak aku dah boleh bangun pukul 11.

Bila Semester Bermula

Entri ini sebenarnya ulangan dari Entri Blog Friendster Aku. Aku teringat entri ini sebab minggu ini ramai pelajar universiti sudah pulang ke kampus untuk meneruskan semester baru mereka. Aku? Lambat lagi kut. Hehe.

Kalau masuk sem baru mesti Semangat pun baru. Tapi tahan ke?

One Day Before Semester Start
Photobucket

First Week
Photobucket

Second Week
Photobucket

Other Week
Photobucket

During the Test Week
Photobucket

After Semester Break
Photobucket

Before Final Exam
Photobucket

Once know the final exam schedule
Photobucket

Day 1 Study Week
Photobucket

Day 2 Study Week
Photobucket

Day 3 Study Week
Photobucket

Day 4 Study Week
Photobucket

Day 5 Study Week
Photobucket

Day 6 Study Week
Photobucket

Day 7 Study Week
Photobucket

Nite before Final Exam Start
Photobucket

One hour or less before Final Start
Photobucket

During The Final Exam
Photobucket

Once walk out from Exam Hall
Photobucket

After the exam,During Holiday
Photobucket

Memang Tahan Semangat tu. Anda Bagaimana?

Karya Buruk IV

Karya Buruk Kembali lagi. Ah mane karya nye? Header itu sebagai karya buruk terbaru aku. Buruk kan? Aku rasa buruk yang amat. Tak tahu mana yang kurang.

Aku Guna Adobe Photoshop CS2 sahaja. Ambik Gambar Dari Internet. Tukar Black & White Gradient. Brush Touchup sket. Sharpen. Setel. Font sedut kat dafont.com.

Komen kalau rasa buruk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails