Pages

Selamat Hari Raya Korban

Masa sekolah dulu, aku satu asrama dengan budak india. budak india ini memang baik, dan sporting. Walaupun dia seorang sahaja budak india dalam sekolah aku tu. Tapi dia rilek je. Siap buleh baca al fatihah dan doa makan.

Tapi apa-apa pun, dia kuat berpegang pada agama dia. Tiap-tiap hari Selasa, dia akan berpuasa,dan berbuka dengan makanan sayur-sayuarn. Kalau tak puasa pun. Dia akan jadi vegan.

Pada hari selasa itu jugak lah, ayah dia akan datang ke asrama dan bawak makan untuk dia dan sudah termaktub dalam undang-udang dan adab tatasusila budak asrama, kalu mak ayah bawak makanan, diwajibkan makanan itu dikongsi kepada rakan-rakan yang lain. Nak tak nak, saya dan kawan-kawan berkongsi makanan tersebut. Sayur pun sayur lah. Kadang-kadang ada Ladhu. Ladhu pun Ladhu lah. Sedap jugak.

Tapi kadang-kadang budak ni buat dajal jugak dekat budak india ni. Walaupun dia selalu berkongsi makanan dengan orang lain. Orang lain, tak semestinya kasi makanan dekat dia. Walhal megi sekali pun, member gua tuduh dia dah letak daging lembu dalam tu. Jadinya, budak india tu tak buleh makan. Pasal respek kat tuhan dia.

Scene ni masih terngiang-ngiang dalam fikiran saya. Jadi tauladan cerita di atas, adalah..

Ah. Dah besar dah kan. Baik buruk pun nak kena cerita lagi.

1 comment:

RedNema (-_-") said...

ade daging..ade daging..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails