Pages

Selamat BerSPM 2

Masa minggu SPM dulu, kitorang 10 orang lelaki kat asrama, mintak kebenaran warden nak masukkan meja dalam dorm. Lepas tu, mintak kebenaran warden nak pindahkan tivi dari dewan makan ke bilik stadi. Semua permintaan, warden luluskan tanpa banyak songeh. Maklumlah, warden baik hati. Eh. Mintak dengan warden? ke Cikgu Penolong Kanan? ke Cikgu Disiplin? Entah lah. Tapi cikgu tu memang kasi.

Jadinya, masa SPM kitorang hip dari selalu. Lagi pula semua budak lain dah balik bercuti. Yang tinggal, 10 orang lelaki je kat asrama. Hip tak hip. Bosan pun datang. Nak buli junior pun junior takde. Nak ngorat makwe junior pun, makwe junior pun balik kampung. Yang ada, makwe senior. Tapi itu kita cerita lain.

Bila dah bosan, campur budak-budak semua pandai-pandai. Maka ada sorang rekemen seludup masuk Playstation. Ok. Aku pula ditugaskan membawa Playstation 2. Jadinya, pada minggu itu kami berstadi playstation dan playstation 2 di bilik stadi.

Dan hasilnya, takda sorang pun dapat straight A dalam SPM.

3 comments:

AkuOsi said...

hahaha

ciksiti said...

haha..playstation kt blik study? mmg xjadi study.

(-_-") said...

dud. straight A tak penting.
yang penting setel Final Fantasy.haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails