Pages

Reviu Cincai: Megamind

Tadi. pegi. tengok. mega.mind.

Cerita.ok.tapi.tak.fun.

Mula dengan cerita orang jahat lawan orang baik. Kemudian orang baik mati. Orang jahat bermaharajalela. Bila lama sangat bermaharajalela, orang jahat jadi bosan. Orang jahat buat balik orang baik. Orang jahat latih orang baik jadi hebat sebab orang jahat nak lawan orang baik. Kemudian, Orang baik jadi hebat. Semasa training orang baik, orang jahat hampir-hampir jadi baik. Lepas itu, orang jahat mahu jadi baik. Orang baik pulak kecewa. Orang baik kecewa sampai nak jadi orang jahat. Disebabkan kecewa, orang baik yang dah jadi orang jahat tu musnahkan bandar. Orang jahat yang dah jadi baik tu, berusaha nak selamatkan bandar. Lawan punya lawan punya lawan punya lawan. Rupanya orang baik yang mula-mula mati tu, hidup lagi. Jadinya, orang baik yang jadi jahat lawan dengan orang baik yang mati awal-awal bergabung kuasa dengan orang jahat yang jadi baik.

Dan akhirnya orang jahat yang jadi baik tu menang. Hepi ever after.

Banyak lagi plot saya tak cerita. Tapi cerita dia lebih kurang macam tu lah. Stori dia saya rasa original. Tapi takde lah kelakar sangat. Nak tonton 3D pun tak rasa berbaloi.

Oh, btw. Sekarang nak dekat musim cuti sekolah. Budak-budak sekolah dah pandai ponteng. budak kecik masuk panggung bising. Tak fun nak tengok. Tapi masa saya tengok tu, takde lah budak bising mana. Kalu bising, saya jerkoh. Kihkih.

Ok lah. Rating saya kasi untuk muvi Megamind ini adalah;

3/5 bintang randum.

Kalu kamu tak setuju dengan reviu saya, sila berikan pendapat anda di ruang "Anda Bagaimana?"

5 comments:

Qhamel said...

ohoho.. mekaseh la untuk sinopsis..

RedNema (-_-") said...

apehal dengan tulisan bernoktah dimerata tempat? cirit?

Darkkadabra said...

Qhamel, sama-sama.

Dude, stail cakap macam Steve Malcom in the Middle. Dia cakap noktah-noktah la.

helomynameisjaye said...

annoying parents bawak anak2 kecik masuk panggung pastu melalak.rase nk marah.grrrr

Darkkadabra said...

Aku kena, budak tu nak keluar. Nasib baik tak keluar. Aku padang sinis dekat bapak dia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails