Pages

Reviu Cincai: Harry Potter & Deathly Hollows Part 1

Semasa menulis ini, saya dah menonton 2 hari lepas muvi ini dan macam biasa, saya akan ingat-ingat lupa tentang scene-scene yang tiptop.

Cerita sikit pasal Harry Potter. Harry Potter merupakan ahli sihir yang boleh dianggap "The Chosen One" kerana mempunyai kuasa atau setara kekuatan untuk berdepan dengan Lord Voldemort yang merupakan villan dalam cerita ini. Kekuatan itu sebenarnya tidak disedari beliau kerana beliau masih kecil dan memerlukan tunjuk ajar daripada orang lain. Sebanyak tujuh siri, semua cerita melibatkan Harry Potter dan Lord Voldemort. Bagaimana Lord Voldemort mahu bangkit semula, bagaimana Lord Voldemort mahu membunuh Harry. Bagaimana Harry Potter mahu menghalang kebangkitan Lord Voldemort. Semua telah diceritakan di dalam 6 siri muvi yang lepas.

Dan kini, kita sedang berada di bahagian penghujung siri ini dan terpaksa dipecahkan kepada 2 bahagian.

Secara jujurnya, ini adalah muvi untuk fan Harry Potter. Peminat novel Harry Potter. Kerana, hampir semua yang ditulis di dalam novel, diadapatasi dengan baik di layar perak. Sebab itu muvi ini terbahagi kepada dua bahagian, kerana novel terakhir sangat tebal boleh dibuat baling anjing. Oleh kerana saya peminat Harry Potter, saya dapati. Semuanya memuaskan. Apa adegan yang saya gambarkan ketika membaca novelnya, hampir sama ketika difilemkan.

Dan saya kasi 4/5 untuk ini.

Tetapi, secara penonton yang tak tahu apa Apa bloody hell gua tengok cerita ni. Zup Zap Zap. Lawan-lawan sikit, lepas tu lari. Nak cari mende ni? Horcrux tu apa bende ni? Kalu bunuh Lord Voldemort terus tak buleh ke? Apasal dia takde hidung? Orang power sangat memang takde hidung ke? dan sebagainya. Ya, banyak persoalan timbul sekiranya anda tak tahu apa-apa mengenai Harry Potter. Jadi saya sarankan anda, pergi lah baca novel sebelumnya atau menonton siri yang lepas-lepas supaya tidak menjadi noob yang sebelum masuk panggung, "Wah. Harry Potter! Jum tengok. Sebab ramai yang tengok. Misti best yedok?" dan kemudian lepas keluar panggung, "Apa bende cerite ni?"

Dan saya kasi 3.5/5 untuk POV orang tak tahu apa-apa.

p/s: "Let Me In" adalah muvi yang terbaik dan wajib ditonton sekiranya anda peminat vampire. Ya. In fact, saya tak pernah approve Twilight movie vampire.


4 comments:

sarahunny said...

bergegas nak dapatkan tiket. tapi FULL FULL FULL. menyala2 dengan meriahnya. jadi hari ni dah beli awal.

and yeppppppp! saya sanggup tgk sorang2, sebab orang sekeliling tak pernah ikut cerita ni. saya taknak bawak diorang sebab nnt ganggu saya nak tgk movie. nnt byk tanya tak dapat tgk harry 'expecto potronum!'



can't wait nak tgk!

Darkk said...

Yep. Its better watching with someone you know he/she have same interest with. ;)

PURPLE is LOVE said...

waaaaa.. can't wait! tapi terpaksa tunggu next week baru blh tgk..

kt perlis xde cinema.. hampeh.. kena pergi jitra/alor star baru blh tgk..

natasha MDG said...

haha. bile part voldemort je mcm cite hantu pun ade. hehe
lepas tu bleh tdo mse tgk hp smlm. keke

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails