Pages

Metamofosis Amat


Pagi itu, Amat tersedar dari tidur dan merasakan sesuatu yang pelik telah berlaku pada dirinya. Oh. Memang sesuatu telah berlaku pada diri dia. Atau lebih tepat, kepada kaki kanan Amat.

Kaki kanan Amat telah tertukar menjadi kucing hitam. Warna hitam, berbulu. dan ianya sedang mengiau-ngiau. Dia tak pasti apa baka nya. Yang penting, kaki Amat sekarang seekor kucing, hitam, berbulu lebat, dan sedang mengiau-giau.

Amat pejam kan mata. Dalam-dalam. Mana tahu itu hanya ilusi, atau pening-pening biasa. Tapi bila dia buka mata balik, kaki dia tetap seekor kucing.

Gila, fikir Amat. Ini semua gila.

Mana ada orang berkaki kan seekor kucing. Nak pulak tu, sebelah je. Kalau dua-dua belah. Okay gak. Amat cuba fikir positif.

Atau aku terjangkit dengan selsema kucing. Selsema jenama baru. Selsema yang membuatkan salah satu anggota badan bertukar menjadi seekor kucing. Dan sebaran selsema ini melalui udara atau air. Hmm..mungkin juga. Amat berteori saintifik pula.

Tapi, Mana aku dapat selsema ini. Semalam aku pergi mana?

Aku pergi kedai mamak depan. Lepak di sana. Berborak bersama kawan-lawan. Tapi..

Kawan-lawan aku semuanya okay. Tak bermasalah. Tak dak seorang pun yang anggota badannya bertukar kucing. Kecuali mamak itu yang bermasalah. Order lain, dapat lain.

Kalau semua orang okay, kenapa aku yang kena?

Bahaya. Serius. Ini Bahaya.

Amat bangun dari katil, terhincut-hincut. Tak biasa berjalan dengan kaki yang bentuknya kucing hidup. Lagi pun dia nak kencing. Bangun dari tidur mesti lah kencing dulu.

Kaki kanan/kucing Amat mengiau-ngiau bising. Tak larat menahan berat badan Amat. Agaknya. Amat tak faham bahasa ngiau. Ah, lantaklah. kata Amat. Sapa suruh jadi kaki. Nak tak nak, terpaksa la tanggung azab.

Lepas kencing, Amat kembali duduk di katil. Fikir-fikir apa yang seharusnya dia buat dengan keadaan yang sebegini rupa.

Jumpa doktor? Mungkin.

Jumpa bomoh? Ah, Amat tak percaya dengan bomoh.

Jumpa tok kadi? Ini tak dak kaitan dengan jodoh.

Dia tunduk sambil perhatikan kaki kanan/kucing itu. Kemudian pelan-pelan dia usap kepala kucing/kaki kanan itu. Ah, comel pulak kaki kanan buat muka stim kena usap. Amat usap lagi. Ah, ini kucing manja, getus Amat selepas kaki kanannya mengiau comel. Amat tersenyum spotan.

Kecomelan dan kemanjaan kaki kanan/kucing Amat seolah-olah memujuk hati Amat supaya kekalkan dia di tempatnya. Dan Amat seolah-olah termakan pujuk rayunya.

Biarlah, Amat kata. Biarlah dia dekat situ. Mungkin ada sesuatu yang baik akan berlaku.

Dan Kalau tak baik, Esok Aku potong, Tegas Amat. Sambil dia buat mata sepet, merenung tajam ke arah kaki kanannya.

Hari pun semakin petang.

[Cerita ini ditulis pada bulan 7 hari tu. Kalau tak silap la. Kot. Entah la, buleh tanya Farhana. Dia orang pertama baca, masa baru siap tulis.]

9 comments:

macha_sezs said...

mana header baru untuk aku?

Darkkadabra said...

Macha, nanti. Dalam progress. Semalam baru pileh kaler. Dan cari brushes. Sekarang, tengah cari font pulak.

Aizuddin Jaafar said...

aku follow kau dari bulan 7 kot. tak penah terbaca cerita ni pun.

anyway, cerita kau mmg menarik. bila keluar ending?

Darkkadabra said...

aizu,
saya tulis pada bulan 7 dan tak publish kat sini. :)

Owh, itulah ending dia. Tak dak bersambung. :)

Amoi said...

aku nak gak header utk blog aku. "edisi lepas final". sebab tak de masa nak bt header and sgt2 malas. sgt tak de idea. sgt lambat load masuk ps. T_T

hanie said...

dr siang td..
mcm dh ulang bace dkat 3 kali...

:P

Darkkadabra said...

amoi, ambik no tunggu giliran ya?

hanie,cik. apa sal baca sampai 3 kali?

FarhanaLicious said...

gambar tu, comel!

Darkkadabra said...

farhana, ya. Macam selalu-selalu. Tiada yang comel melainkan yang comel-comel belaka di Avakadabra. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails