Pages

Mari Tonton Bahasa Jepun

Sedang Aku asyik dengan setting-setting Ubuntu. Aku dibuzz melalui Y!M oleh pujangga Nik Hasby. Terkejut aku. Nasib baik kaki tak terangkat ke atas dan kepala terseret di bawah. Kalau tak, tak ke haru. Dia buzz disertakan link. Pujangga memberikan aku link youtube. Apakah?

Mungkin dia ingin mempamerkan video-video kesukaannya. Mungkin pornografi ringan-ringan, mungkin juga iklan celaka. Ah, aku tak mahu bermungkin-mungkin lagi. Lantas aku bertanya, Mende ni dude. Aku berdude dengan pujangga. Seperti biasa. Ni video aku buat untuk projek bahasa Japang, balas pujangga. Owh, aku balas. Kembali.

Lantas aku klik link itu. Celakak. Baru ingat. Youtube hari ini bermain lemah dengan aku. Server down hok-hek la. Apa la. Tak jumpe server la. Link tak buleh bukak la. Mak sakit la. Pembaris tak panjang la. Kuku nak kerat la. Cikgu rotan 20 kali sampai bebirat la. Semua tu alasan saja tak kasi aku membuang masa kat youtube. Aku hampa.

Aku tak mahu kecewakan pujangga. Aku mintak link embed. Buleh letak la aku letak kat belog. Dia kasi. Murah hati. Memang dia murah hati, penyabar, arif, amanah, azam, ikhlas, takwa, azam, amanah, azam, takwa, dan bila dia mengorat, dia kena marah. haha. Tu la, ada lagi makwe. Tak buleh ngorat awek lain.



Lepas tengok video pendek dia tu, aku rasa gatal-gatal nak kritik.

Pehal Sayonara banyak kali. Lagi pun mana ucap salam jepun bila nak keluar rumah. "Aterasay". Nak makan, tak baca bismillah. Convert ar bismillah dalam bahasa jepun. Baru ar Islam itu global. Ah, aku bising-bising pun. Benda dah jadi. Tak buleh nak tukar. Aku pasrah sambil tenung kelangit kira bintang, termasuk lah lampu heli dan kapal terbang.

Aku hanya mampu ucap kata terakhir untuk video pendek itu:

Kurang pelakon awek. Sila tambah pelakon awek, baru cergas & cerdas otak aku nak belajar bahasa jepun.

2 comments:

Anonymous said...

tak lupe juge video mu jage enjin bot tu pon ade juge..ahaha

amirahsyuhada said...

depa speaking tak macam jepun pun, macam jawa je!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails