Pages

Heroes: Aku Tidak Istimewa

Dulu semua kecoh dengan cerita Heroes. Jadi ada segelintir blogger tiba-tiba ada kuasa yang menarik.

Aku juga cuba mencari apakah kuasa aku, apa istimewanya aku. Lantas aku berfikir. Lama.

Aku mengharapkan kuasa apabila aku melihat awek, terkeluar nombor talifon, no ic dan statusnya. Ala-ala mata dewa maut dalam Death Note. Tapi dewa maut dapat lihat bila orang itu mati. Aku cuma mahu nombor talifon. no ic untuk memastikan dia warganegara Malaysia dan status single. Itu sahaja.

Akan tetapi, aku bukan lah istimewa seperti itu. Aku tiada kuasa. Aku biasa. Biasa-biasa je.

Aku set kan mindset aku. Tiada kuasa istimewa bukan bermakna tidak boleh jadi hero.

"Save the Cheerleader, Save the World" bermaksud "Selamatkan Pom-Pom Girl, Selamatkan Dunia" itu yang selalu diungkapkan dalam Heroes.

Aku perlu menyelamatkan pom-pom girl untuk menyelamatkan dunia.

Jadi JAIM, JAIS, JAKIM. Sila jangan salah faham jika terdapat sekumpulan pasukan pom-pom girl di dalam rumahku, aku hanya mahu menyelamatkan mereka.

Dan biarkan mereka berseronok di dalam parti buih anjuran aku itu.

3 comments:

KARKADEWA said...

gua nak join!

@tune® said...

aiseh..
fail betul la..

macha_sezs said...

alah atun. lu nak join jugak kan?
hahaha~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails