Pages

Kaki

Ko penah makan kaki tak?, tanya Sordi mengejutkan aku.

Tak, kenapa?, tanya aku balek. Sordi. Masa itu aku mamai-mamai lagi. Baru bangun tidur. Huh. Kacau daun betul la Sordi ni. Aku tengah syok mimpi princess tiba-tiba princess tanya pasal kaki lak. Tapi realitinya itu suara Sordi.

Tengah syok-syok layan princess dalam mimpi. Ada suara Sordi. Terus jadi mimpi ngeri.

Aku nak masak kaki ayam ini, ko mahu?, tanya Sordi. Lagi. Mata dia terkebil-kepil macam budak kecik.

Tak, aku tak makan, jawab aku.

Ko mahu tak?, tanya Sordi. Kali ini suara ditegaskan. Macam polis tengah soalsiasat penjenayah. Nak je aku jerit "AKU TAK BERSALAH". Tapi macam tak pasal-pasal pulak.

Aku jawab, tak aku tak makan. Mak aku tak pernah ajar aku makan kaki ayam.

Kau nak tak? tanya Sordi. Hati aku dah panas. Panas macam panasnya periuk.

Nak, kau? Aku tanya dia balek. Dia angguk.

Petang itu, Sordi mulut berdarah. Gigi dia rongak. Dan hidung dia patah. Dia maki-maki aku. Sebab aku bagi dia makan kaki aku.

p/s: first time aku post entri guna Ubuntu. Best jugak ubuntu nie. Tapi kena ada tahap kesabaran tinggi cam tinggi bulan, kalau internet selow. Sebab dia perlu update banyak lagi.

3 comments:

kaxx said...

ha-ha
rilek sudah

FarhanaLicious said...

hahaha. kirim salam kat sord.

*sord=sordi

KARKADEWA said...

gua dah rase makan kaki...
feeling sampai boleh nanges2 weyh!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails