Pages

Intergalaksi - Nadia

Tahun 3010. Perang Galaksi telah pun bermula.

Nadia mengaktifkan Mesin Pertempurannya iaitu sebuah mesin humanoid yang setinggi 14 kaki. Dilengkapi dengan penuh senjata. Laser, mata pisau cukur, pasu bunga dan lain barang yang boleh mencederakan pihak lawan turut dilengakapi di dalam mesin itu.

Dia menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. Sebelum itu, dia telah membaca doa menaiki kenderaan. Mesin Pertempuran adalah satu kenderaan jika tidak digunakan untuk bertempur. Nadia sering menyalahgunakan mesin itu jika hendak ke pasar atau balik ke kampungnya di Pulau Rusa, Kuala Terangganu. Katanya lebih laju dan tak perlu isi minyak kerana mesin itu hanya menggunakan tenaga solar. Oleh sebab itu jugalah, Nadia sering turun naik Mahkamah Tentera atas kes menyalahgunakan mesin pertempuran. Kini Nadia berada di tahap amaran terakhir kali pertama. Jika dia menyalahgunakan lagi, dia akan berada di tahap amaran terakhir kali kedua dan seterusnya.

[Aku dalam proses menyiapkan cerita ini dan perlukan tajuk yang sesuai. Minta kerjasama dari semua]

[Okay, aku dah buat keputusan. Nadia aku letak tajuk dia.]

3 comments:

suya said...

nadia the wirawati.

macha_sezs said...

Nadia Pergi Ke Pasar

FarhanaLicious said...

tukar jadi nama farhana lah. taruk tajuk farhanawoman. buleh laaaaaa.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails