Aku dah tahu. Aku dah tahu. Aku dah tahu kenapa aku rajin sekarang ini.
Hal ini disebabkan aku mahu bercuti selama 2 bulan di kampung halaman. Patutlah baru-baru ini aku secara spotan menolak 3 tawaran menjadi fasilitator, 2 tawaran pengarah program anak angkat, dan juga beberapa lagi tawaran ahli jawatankuasa persembahan kebudayaan.
Aku sudah berasa letih dan perlukan rehat yang secukupnya untuk menempuh tahun akhir di universiti. Tahun Akhir yang memenatkan. Tahun yang memaksa aku bertempur dengan Projek Sarjana Muda, Subjek- Subjek Repeat dan juga Subjek - Subjek Yang Tak Repeat.
2 Bulan nanti, aku mahu menghabiskan masa aku dengan membaca. Membaca. Tahun ini aku tidak menyentuh lagi novel yang aku suka. Kali terakhir aku beli buku ialah bulan lepas. Itu pun nopen ( koleksi cerpen yang dibukukan). Jika tahun lepas, aku menghabiskan 5 Novel Harry Potter. Tahun ini, aku lebih suka membaca buku-buku yang bertemakan politik, agama, propaganda manusia. Dan itu menyebabkan aku menyelongkar almari buku bapak aku. Aku harap aku tidak berjumpa lagi dengan Koleksi Majalah Gila-Gila bapak aku. Ya, aku membesar dengan membaca koleksinya.
Maaf sekiranya entri ini membosankan kamu. Jadi aku tinggalkan kamu dengan pepatah kata;
"Jadilah seperti Kumbang Tanduk. Walau Terhantuk, Tetap Maintain."

1 comment:
tiap2 hari aku jumpa kumbang tanduk kt atas tangga ofis aku.. tgh pening2.. nak aku kim seekor dua..? XD /ryu
Post a Comment