Pages

Kenapa Avakadabra?

Ada yang bertanya. Apa itu Avakadabra? Aku rasa sudah sampai masa nya untuk membuat entri mengenai itu.

Kenapa Avakadabra?

Avakadabra ini adalah satu ungkapan yang sering dikaitkan dengan permainan ahli silap mata. Abakadabra. Ejaan yang sepatutnya. Tetapi aku ubah mengikut sebutan sendiri. Dan ada kaitan dengan nama-nama Pokemon Psykik yang aku suka. Avra dan setelah berevolusi, Kadabra.

Ungkapan ini aku rasa sesuai dengan keranduman entri - entri di blog ini. Aku cuba mewujudkan element suprises, terkejut. Dan cuba mengkagumkan orang dengan setiap entri yang aku tulis. Setakat ini, tiada lagi yang terasa kagum dengan entri aku. Tetapi aku tetap menulis dan terus menulis dengan sedaya yang termampu.

Kenapa Hidup Itu/Ini Randum?

Randum atau bahasa inggeris betulnya Random. membawa maksud Rawak atau rambang. Dan dalam hidup kita ini, sentiasa berlaku peristiwa yang kita tak jangka atau luar dugaan kita. Hal ini dipanggil peristiwa tidak dijangka atau rambang. Peristiwa Rambang.

Oleh itu, aku gunakan falsafah ini sebagai tema blog aku. Iaitu, entri rambang. Ikut suka hati. Kerana bukan setiap hari aku bersuka. Ada tempoh aku berduka, ada tempoh aku merana. Dan ada tempoh tak rasa apa-apa. Entri Kopipasta atau entri copy & paste juga kadang-kadang berlaku kerana aku membayangkan dalam hidup ini kita terpaksa meniru. Pelbagai lagi benda-benda yang kita tak jangka sebenarnya. Seperti juga blog ini, aku mahu mewujudkan situasi itu, iaitu entri-entri randum.

Kesimpulan

Maaf sekiranya tak dapat memuaskan hati anda dengan entri yang bosan gila. Sebab sekarang aku sudah mengatuk gila. Dan Sudah mula ngarut. tetapi tidak sempat mencarut.

2 comments:

@tune® said...

kite xkn dapat puaskan hati smua orang

paiseh said...

gua ingat tu lafaz mencarut..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails