Pages

Karipap 2 Ringgit

Tiba-tiba Nadia teringat sesuatu. Sesuatu yang memaksa dia perlu meninggalkan kokpitnya. Dia teringat yang dia tertinggal pursue. Mana buleh bawa mesin perang kalau tak bawa pursue.Di Dalam pursue Nadia, ada MyKad, Lesen Memandu, Kad Debit dan pelbagai kad lagi. Nadia tak mahu kena saman apabila sedang dia meronda di angakasa lepas. Pernah sekali dia terkena gara-gara itu. Dia tidak mahu pisang berbuah kembali. Pursue nya tertinggal di Lobi Kapal Angkasa, lantas dia keluar dan menyuruh salah seorang orang teknikal mesin perangnya mengambil pursuenya.

Tergesa-gesa orang teknikal ke Lobi. Seperti takut dengan arahan Nadia. Maklumlah, Nadia pangkat lagi tinggi dari dia. Jadi nak tak nak. Terpaksa. Lagi pun, gadis cantik seperti Nadia mesti dipatuhi arahannya. Dasar lelaki.

Selepas mengeluarkan arahan itu, Nadia masuk kembali ke dalam kokpitnya, menunggu pursuenya sampai. Sedang asyik menunggu, Nadia terdengar suara melalui intercom mesin perangnya.

"Nad..Nad..Nanti Kau dah habis meronda, tolong belikan aku Karipap 2 ringgit"

2 comments:

ajaa~ said...

kaipap 2 ringgit dapt 6 ketul jea.

EM AN said...

pursue atau purse?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails