Pages

Bila Berfikir

Sedang asyik aku tengah membuat wiring untuk robot, Aku terkesima seketika. Terkejut. Sebab terkejut? Macam mana aku nak letak bateri atas robot ini. Takkan nak pegang dengan tangan. Bapak tak kool. Malu lah dekat team lain.

Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, aku terpaksa bermenung seketika. Mencari idea. Berfikir.

Lama.

Sedar-sedar sahaja, aku telah menyelesaikan masalah bagaimana nak suruh bini aku sain untuk surat kahwin lagi satu.

Cilakak.

Jauh benar aku berfikir.

Kasut Yang Mencebik

Hari-hari penat. Hari-Hari penat. Kasut itu mula mencebik. Kasut itu tidak pernah mencebik. Sekarang ia sudah pandai mencebik. Entah terpengaruh dengan siapa. AKu tidak tahu.

Kasut owh, Kasut, aku berkata. Kenapa kau sudah pandai mencebik sekarang ini? Maka kasut membalas, Ini semua kerana kau lah. Tak pernah bercakap tidak guna nada mencebik. Semuanya pasal kau. Aku belajar dari kau.

Aku dipersalahkan. Celaka punya kasut, kata aku dalam hati. Aku tidak mahu menyinggung perasaan kasut itu. Dalam situasi ini aku perlu mengalah dan perlu perlahan-lahan membuat comeback. Comeback untuk memenangkan aku dalam situasi ini.

Owh, balas aku. Kasut itu mula diam. Merajuk barangkali. Aku telah menang. Owh aku tanda aku tak kesah dengan masalah ia. Biasa aku guna perkataan Owh apabila malas layan dengan kerenah orang itu. Tetapi kadang-kala aku guna jika aku tiada idea.

Owh...

Tanda aku tiada idea.

Kasut Yang Mencebik

Hari-hari penat. Hari-Hari penat. Kasut itu mula mencebik. Kasut itu tidak pernah mencebik. Sekarang ia sudah pandai mencebik. Entah terpengaruh dengan siapa. Aku tidak tahu.

Kasut, Oh Kasut, aku berkata. Kenapa kau sudah pandai mencebik sekarang ini? Maka kasut membalas, Ini semua kerana kau lah. Tak pernah bercakap tidak guna nada mencebik. Semuanya pasal kau. Aku belajar dari kau.

Aku dipersalahkan. Celaka punya kasut, kata aku dalam hati. Aku tidak mahu menyinggung perasaan kasut itu. Dalam situasi ini aku perlu mengalah dan perlu perlahan-lahan membuat comeback. Comeback untuk memenangkan aku dalam situasi ini.

Owh, balas aku. Kasut itu mula diam. Merajuk barangkali. Aku telah menang. Owh aku tanda aku tak kesah dengan masalah ia. Biasa aku guna perkataan Owh apabila malas layan dengan kerenah orang itu. Tetapi kadang-kala aku guna jika aku tiada idea.

Owh...

Tanda aku tiada idea.

Reviu Cincai: Talentime

Maafkan aku jika ada yang tidak bersetuju dengan pandangan aku yang menyatakan bahawa karya terbaru Yasmin Ahmad sangat berbaloi dilihat dengan mata kepalang sendiri di pawagam.

Talentime. Satu kisah yang bosan, lembap dan selow la lu ni jika di mata perspektif masyarakat yang tidak mendapat menghayati cinemotograpi (Ya, aku reka istilah sendiri) yang cuba disampaikan oleh Yasmin.

Seperti kebanyakan filem-filem Yasmin terdahulu, filem beliau mesti ada multiraces, multi-language, dan multimedia. Terlampau banyak mesej di dalam cerita ini, sehingga aku tidak mampu menulisnya (dan sehingga aku terlupa kebanyakkan mesej yang cuba disampaikan.)

Aku suka scene di mana, Datin Kalsom (Ida Nerina) mempersoalkan kenapa Mei Ling yang sudah memeluk islam masih dipanggil Mei Ling. Hal ini dibalas dengan dialog,

"Mei Ling masuk islam, bukan masuk Melayu atau Arab."

Dan aku juga dapat belajar sesuatu benda baru apabila menonton filem Talentime ini. Iaitu;

Jika cinta anda ditolak, berpalinglah dan jalan perlahan. Kemudian Kentut di situ jugak. Sesungguhnya itu menunjukkan anda amat kecewa dengan cinta yang tidak dibalas.

Hehe..

Aku bagi skor 4/5 untuk filem yang biasa-biasa ini. Biasa sungguh filem ini, sehingga hati aku yang biasa ini terasa puas pabila aku melangkah keluar dari panggung yang biasa itu.

[Reviu Cincai adalah segmen baru untuk blog ini. Segmen ini lebih kurang macam reviu, tetapi tak macam reviu. Lebih kepada pengalaman dengan item tersebut. Dan aku tak semestinya mereviu cincai filem. Mungkin makanan, orang, papan tanda jalan raya dan sebagainya.]

Perlu Mahal Ke?

Isu lama tetapi saja aku nak buat peringatan untuk diri sendiri dan orang lain.

http://ayobkelubi.blogspot.com/2009/03/kenapa-mahal-sangat.html

Pendapat aku: Masing-masing punya idea, punya bicara. Aku separa sokong, separa tak sokong. Jika berbaloi, mahal pun tak pa. Lagi pun, tak perlu ikut orang lain.

"Ukur baju dibadan sendiri" bermaksud tukang jahit yang ingin beraya dengan baju hasil jahitan sendiri. Apa guna ada skill kalau suruh orang lain buat.

Aku tak perlu fikirkan hal ini dalam masa terdekat. Jiwa masih muda remaja. Umur baru 12 tahun. Duduk diam, sudah.

Sudahlah, aku nak mencari masa untuk menonton Talentime dan CoaS. Masa betul-betul mencemburi aku. Bukan nya aku ada affair dengan siapa-siapa.

Nyaris Tak Letak Tajuk

Maaf kerana tukar layout lagi.

Aku bosan dengan hitam dan rindu dengan putih. Jadi untuk mengekalkan kesetiaan aku terhadap hitam, aku masih guna warna itu tetapi dengan kadar minimum.

Shoutbox aku di"blend"kan warnanya agar tidak nampak janggal dengan layout baru ini.

Twitter box aku juga dibuang kerana aku sudah tidak lama meng"update"nya angkara lupa kata laluan. Celaka.

Header belum ditukar kerana masih tiada masa untuk bermain-main dengan Kedai Foto Adobe, dan jika ada masa, aku masih belum ada tema yang sesuai untuk header baru.

Sebarang kesulitan harap dibalas dengan kata-kata pujian, bukan makian.

Cadangan dan Idea-Idea bernas mahupun tidak bernas boleh disalurkan mengikut saluran yang betul, seperti saluran ceria anda ataupun saluran infotaiment anda. Kalau jadi pemalas, buleh salurkan di "Anda Bagaimana?" ataupun shoutbox blog ini. Jangan jerit kat shoutbox blog lain.

Sekian, Harap Maklum.

Pecah kaca, pecah gelas;
Sudah pecah, Harap Ganti,
Gelas dan kaca tingkap rumah aku bukan harta mak pak hang.

P/S: Pergh, semat pulak blog ini bila aku buang header ungu tu, anda bagaimana?

Ubat Putus Cinta

Kau makan penadol, 2-3 biji. Kemudian kau baring. Biar fikiran kau khayal. Biar fikiran kau melayang. Biar mimpi jadi mainan kau. Gelap-gelita bersama kau. Tanpa apa-apa tentang dia dan terus berkhayal. Dan Jika kau masih mahukan dia selepas itu, ikut pesanan aku;

Kau makan penadol, 2-3 biji. Kemudian kau baring. Biar fikiran kau khayal. Biar fikiran kau melayang. Biar mimpi jadi mainan kau. Gelap-gelita bersama kau. Tanpa apa-apa tentang dia dan terus berkhayal. Dan Jika kau masih mahukan dia selepas itu, ikut pesanan aku;

Kau makan penadol, 2-3 biji. Kemudian kau baring. Biar fikiran kau khayal. Biar fikiran kau melayang. Biar mimpi jadi mainan kau. Gelap-gelita bersama kau. Tanpa apa-apa tentang dia dan terus berkhayal. Dan Jika kau masih mahukan dia selepas itu, ikut pesanan aku;

Kau makan penadol, 2-3 biji. Kemudian kau baring. Biar fikiran kau khayal. Biar fikiran kau melayang. Biar mimpi jadi mainan kau. Gelap-gelita bersama kau. Tanpa apa-apa tentang dia dan terus berkhayal. Dan Jika kau masih mahukan dia selepas itu, ikut pesanan aku;

Kau makan penadol, 2-3 biji. Kemudian kau baring. Biar fikiran kau khayal. Biar fikiran kau melayang. Biar mimpi jadi mainan kau. Gelap-gelita bersama kau. Tanpa apa-apa tentang dia dan terus berkhayal. Dan Jika kau masih mahukan dia selepas itu, ikut pesanan aku....dan kau mati overdose.

Jangan jadi gila. Cukup ikut pesanan aku sekali sahaja. Sampai 5 kali ikut, memang kau mati akibat satu papan penadol.

Ringan-Ringan

"Jom la, Sarah. Ringan-ringan je" kata Jamal. Jamal merupakan seorang jejaka tampan macho yang bergaji rendah. Ketampanan Jamal dapat memikat hati Sarah, tumpuan jejaka lain.

Hmm. Ye lah tu. Mula-mula ringan-ringan lepas tu berat basah, terang dan tolak Sarah. Kemudian, Sarah merenung ke langit. Memikirkan hal itu.

Ala, ringan-ringan je la. Tak berat pun. Mari lah. Jamal memaksa.

Hmm. Okay la. Sarah terpaksa akur dengan kehendak Jamal. Lantas Sarah memeluk Jamal. Jamal tersenyum girang. Lepas itu, dia berpesan;

"Helmet, ikat elok- elok. Lepas ikat baru boleh gerak"

Dan mereka berdua meredah hujan yang masih ringan-ringan untuk ke kedai makan.

GamerSeMalaya

Adalah bagus untuk berdiam jika anda tidak tahu. Dan jika anda tahu, sumbangkan sesuatu.

Percaya atau tidak. Darkk sudah menjadi salah satu penulis untuk satu blog games. Jadi, peminat games sama ada hardcore atau casual, console atau PC. Lanun atau tidak. Boleh lah berkunjung ke blog games yang berbahasa melayu itu.

Perlukan link ke blog itu?
Sila lawati Gamer SeMalaya ( http://www.gamersemalaya.com/)

Mereka masih memerlukan penulis untuk tujuan itu.

Sama-sama lah kita memartabatkan industri gaming di negara kita, Malaysia.

Limah Mahu Jadi Pengkritik AF - Anda Bagaimana?

Pandai ko putar ayat sampai 10 peranggan, mcm ada citer je... - Hidemichimomotani

aku berpelu.. smabil menepuk tangan..*clap clap*
hebak2... aku mau ceriter lagi...~!! - Irfan F-one-R

erk.baru aku pasan cite ko tu panjang sgt..masa ko kasik dalam word tu aku rasa normal je..ni cam melampau. mebi patut post sparuh2...
yeah!aku pengkritik.
btw, af7 sak! - macha_sezs
Limah The Story akan disiarkan kembali. Jadi cukuplah anda-anda membaca komen-komen mereka.

Terima Kasih

Terima Kasih kepada Kaxx yang telah menyediakan fasiliti dan hospitaliti yang sangat bagus, tip top kelas S kepada aku yang melawatnya di Bangi tempoh hari. Aku dijaga seperti putera turun dari kayangan. Ditatang seperti minyak yang penuh. Nasi yang dimakan terasa penuh kasih sayang walaupun itu hanya masakan Mamak. Panduan Motorsikal olehnya sangat cemerlang, terasa seperti menaiki awan guling dan lain-lain lagi perkara bagus.

Tujuan aku menulis di blog ini adalah kerana aku tidak sempat mengucapkan terima kasih kepadanya secara berhadapan dengannya. Jadi di kesempatan aku ingin mengucapkan terima kasih kepadanya. Aku masih teringat kata-kata terakhir di biliknya.

"Kau ada tinggal apa-apa tak? Kang tertinggal susah nak kasi balik. Aku buat harta. Tapi kalau setakat air kencing kau, daki-daki kau, karbon dioksida kau. Aku kasi junior je"

Keh, Keh. Aku tergelak. Ha-Ha. Dia gelak. Lepas itu, aku gelak lagi sebab teringat rambut dia yang sangat panjang macam sasterawan negara. Masa dulu.

Diari Bosan Sordi

Sabtu, Mac 21 2009

Hari ini aku bangun lewat. Sangat. Sangat-Sangat Lewat. Pukul 9 pagi. Tengok jam. Lepas tu aku sambung balek tidur. Bangun Pukul 2 petang.

Lepas tu, aku bangun dari katil. Check Email. Kemudian Mandi. Dan siap-siap pakai baju. Aku terus ke Seremban. Jalan kaki. Pasal duit tak da nak pegi sane. Tapi nak pergi jugak.

Aku pergi sana. Semata-mata nak jumpa pujangga. Sekain

Hacung!!!

Petang itu. Aku ponteng. Ponteng Bersebab. Resdung Bersebab. Datang. Bersin aku datang. Pening. Pening aku datang.

Tapi aku gagahkan juga ke kedai makan. Lapar. Sepanjang di Kedai Makan. Aku Bersin Sekali-Sekala. Makan sambil bersin. Yang lebih Nikmat adalah Bersin. Makan jadi Nikmat kedua. Sambil makan dan bersin, aku juga membaca suratkhabar. Membaca jadi nikmat ketiga. Aku Sangat Multitasking. Ketika itu.

Lepas makan, aku perlu ke toko buku. Entah kenapa nafsu aku membaca cantuman helaian kertas datang. Mungkin aku sudah bosan menghadap paparan cecair kristal. Aku ke Toko Buku.

Di Toko Buku. Ramai remaja termasuk aku sedang mencari cantuman helaian kertas. Membelek. Menilik. Terdapat juga makcik pakcik bersama zuriatnya. Tika itu, cuti sekolah sedang berlangsung. Tidak hairan lah mereka bersama. Hacung!! Aku bersin. Di Toko Buku.

Hacung!! Lagi. Bola-bola mata ramai manusia terpaku ke arah aku. Aku tunduk memilih cantuman helaian kertas. Cover-cover Malu beb. Aku Malu. Sebab Malu? Sedikit Mukus dari hidung aku terjatuh ke atas buku. Sedikit sangat.Nasib baik cantuman helaian kertas itu dibaluti dengan plastik. Selamat isi kandungnya. Cepat-cepat aku ambil, kesat guna tisu bekal dari kedai makan tadi dan bayar di kaunter. Sebagai tambahan, aku ambil satu lagi cantuman helaian kertas sebelah yang terkena mukus aku.

Kamu tahu apa tajuk dua cantuman helaian itu? Heh. Kayangan karya Ruhayat X dan Pasca Manusia karya Sufian Abas. Edisi Terhad. Beb. Aku hulur not kertas lima puluh dan dipulangkan baki dengan 3 not kertas sepuluh. Dan aku berlalu pergi.

Hacung! Aku bersin. Hacung! Aku bersin dua. Hacung! Aku bersin tiga. Di luar toko buku.

Aku terfikir. Jika aku pemilik toko buku, aku akan haram sesiapa yang resdungnya timbul pada hari itu masuk ke toko aku. Untuk itu aku buat satu lambang yang dilukis hidung berwarna merah berpalang senget. Demi menjaga nama baik toko. Heh.

Datuk Panglima Siber

Aku kesian melihat Apis yang terpaksa menonton cerita bersiri kegemarannya bermula dengan Episod 7. Mana taknya. Semua yang berlaku atas kesilapanku. Terlalu ghairah menekan papan kekunci. Hingga tidak sedar, aku telah menekan kekunci shift serentak dengan delete. Habis hilang sebahagian fail-fail itu.

Apis Kecewa. Aku rasa bersalah. Apis Muram. Aku Muram.

Tak sanggup aku melihat kekecewaan Apis. Hampir menitik air mata aku. Aku pernah mengalami situasi ini. Menonton cerita bersiri episod 7 dari 11 episod dan tidak menonton episod yang awal-awal amatlah sangat tragik. Sadis, dan Memilukan.

Tidak boleh jadi. Aku perlukan pertolongan. Aku perlukan bantuan.

Segera, aku hubung rakan siberku yang sentiasa memberikan tips-tips berguna dan pantas mengenai komputer.

"Hop.." aku via Instant Messenger

Tunggu. Lama. Kemudian dibalas kembali.

"Yup. Ada apa hal?" Eins via Instant Messenger (IM)
"Halnya adalah kamu tahu cara-cara untuk mengembalikan fail yang terpadam dalam komputer? Ataupun buleh kamu rekemenkan software yang bagus untuk situasi ini?" aku via IM

"Owh, Recuva" Eins via IM

"Recuva? Bagus?" aku via IM

"Sangat bagus. Sudah la percuma. Tip-top pula tu. Cuba kau curi telefon bimbit atau kamera digital gadis. Kemudian kau guna Recuva. Pasti kau akan dapat gambar-gambar yang tidak senonoh mereka. Haha." Eins via IM

"Ah, kini kau sudah mengajar aku menjadi budak yang jahat. Jadi pencuri. Jadi pengedar gambar-gambar yang tidak senonoh" aku via IM

"Haha. Tidak. Tidak. Aku bergurau sahaja. Aku kasitahu yang salah satu cara pengedaran gambar-gambar yang tidak senonoh adalah melalui penggunaan Recuva ni. Walaupun mereka sudah padamkan gambar-gambar itu, tetapi dengan menggunakan Recuva. Gambar-gambar itu mudah dikembalikan. Jadi aku nasihat kau, bagitahu gadis-gadis lain. Jangan ambil gambar-gambar yang tidak senonoh walaupun selepas itu, mereka padam." Eins via IM

"Ah, baiklah. Terima Kasih Saudara. Nasihat kau akan ku guna sampai hujung hayatku" aku via IM.

**************************************

Apis kembali senyum. Senyum aku lihat apis senyum. Kini dia dapat menonton cerita bersirinya dari episod satu. Tidak tidur malam.

Betul. Menggunakan Recuva sangat cemerlang. Proses pengembalian fail sangat cepat. Efektif. Dan berkesan. Mampan, Gitu dan Berketrampilan. Dah la Kacak, Hensem, beriman pula tu. Aku memuji Recuva.

Jika kamu terpadam fail-fail penting. Jangan bimbang. Gunakan Recuva. Fail anda tidak terpadam lagi malah muncul semula. Dan kepada semua, terutama gadis-gadis. Sila jangan ambil gambar-gambar yang tidak senonoh untuk membenteras pengedaran gambar-gambar yang tidak senonoh. Pesanan ini ditaja oleh Kementerian Pertahanan Cawangan Beserah.

Aku tawa dalam kepuasan. Eins, jika kau terima surat jemputan untuk ke Majlis Keputeraan aku. Datanglah. Kerana aku ingin memberikan kau anugerah yang membawa gelaran Datuk Panglima.

Diari Pendek: Darkk

Aku suka bergurau. Tetapi tidak pandai membuat lawak. Aku suka bergurau. Dan jarang serius.

Aku suka bergurau. Kadang-kadang aku mempermainkan perkara serius. Aku tukar serius kepada gurauan merepek. Merepek aku bersambung-sambung. Repek aku disambung orang, biasanya.

Aku tidak suka akan situasi serius. Muka-muka ketat. Bertegang leher. Jika serius ada, aku diam sahaja. Dan berlalu pergi.

Mungkin sikap aku suka bergurau telah menyebabkan tiga perkahwinan aku gagal. Dan sejak bila pula aku pernah berkahwin? Hehe.

Aku, Darkk. Suka bergurau. Masih berumur Dua Puluh Satu tahun. Bujang. Tidak berpunya. Dan Seksi.

Hahaha. Cam Celaka.

Skuter & Gadis

Pujangga Nik Hasby pernah berkata kepada aku. Awek-Awek yang naik skuter, Semua Comel-Comel.

Aku Diam. Betul agak nya kata dia. Jadi tiap kali aku di atas jalan dan jika terdapat gadis menaiki skuter, cepat-cepat aku langgar batas had laju. Melintasi gadis itu. Dan pandang ke muka gadis itu.

Hmm..Berbeza apa yang dikatakan oleh Pujangga. Mungkin comel aku dan comel pujangga tidak sama.

Pujangga Nik Hasby pernah berkata kepada aku. Awek-Awek yang naik skuter, Semua Comel-Comel.

10 Komen, 10 Hari, 10 Cerita - Empat

Labu lari laju. Laju lagi. Laju Labu Lari. Lepas Labu Lari, Labu Lenguh. Lepas lenguh, Labu lempang Limah. Labu lempang Limah Laju. Laju-Laju. Lala. Labu lari Lagi. Limah Lepas Lembu Labu. Lembu Labu Lari Laju. Laju Lembu lari Laju-laju. Laju la.

Labu lemah lalu Labu lempang Lembu labu. Labu lemah lihat Limah lepas Lembu Labu. Labu lembab lepas lihat Limah lepas lembu Labu. Lembu Labu lembab. Letih. Letih. Letih. Lalu Labu lari-lari lempang lembu-lembu Limah. Limah lalu lemah. Letih. Letih. Letih.

Lalu Limah lari laju-laju. Laju Limah Lari. Limah lari lompat lepas lori. Lori Lada. Lada lihat Limah lari-lari lompat lepas lori Lada. Lepas Limah lari, Lada lihat Labu lari-lari lepas lembu. Lembu Lada. Lembu Lada lari-lari lepas Lada. Lada lemah. Lemah Lada lihat lembu Lada lari-lari. Lari laju-laju. Laju lembu lari. Lalu Lada lompat lari-lari lompat. La, lari lagi. Lagi-lagi lari. Lagi Lari.

Lemah lari, Lada lihat Limah lap Lembu Labu. Labu lihat. Lepas Labu lihat, Labu lempang Limah laju-laju lagi. Lagi Laju. Laju. Laju Lagi. Limah Lemah. Lada lihat Labu lempang Limah. Lada lap Limah lepas Labu lempang Limah Laju-laju. Lada Lap limah lawa-lawa. Lawa la Limah lepas Lada Lap. Limah lawa.

Ke "Timah Lawa" - Izzah Abd Malik

Hidup Ini Randum: Gambar Randum

Tak kesah lah kalau dah ada orang tengok ke. This is my blog. I can post whatever that i want. And Make it Intersting. - Tarmizi Idham

Photobucket



Photobucket

Diari Pendek

Penyelia menegur aku mengenai rambut ku yang panjang mencecah bahu. Syarahan beliau amat panjang dan juga lebar. Dan hujung syarahan, beliau meninggalkan satu soklan untuk aku.

"Bila rambut awak nak pendek?"

Aku jawab sambil buat muka ketat.

"Malam ni saya sedut rambut saya masuk dalam kepala. Esok pendek lah"

SPM & Keputusan

Esok pasti kecoh dengan berita, suratkhabar menemuramah pelajar-pelajar SPM yang cemerlang. Dia punya ayat mesti sama je. Seperti contoh;

"Saya amalkan study group, saling bertukar nota, bertanya kepada guru, pang pung pang pung pung, solat hajat selalu. Tak tinggal solat. pang pung pang pung pang pung....(lagi yang positif). Akhirnya saya peroleh kejayaan ini"- Badrulhisham bin Husin, pelajar SPM 10A1.

Tapi aku mahu yang lebih. Lebih cemerlang dari di atas. Seperti,

"Tahniah kerana berjaya dalam SPM 2008 dan merangkul anugerah pelajar cemerlang SPM 08. Bagaimana adik lakukan?" tanya salah seorang penemuramah di sidang media itu.

"Saya hanya makan, tidur, makan, tidur. Tolong-tolong mak sikit. Tengok TV. Petang pulak, saya pergi main bola sampai maghrib. Malam pulak, saya tengok tv sambil chat dengan kawan-kawan guna internet. Kadang-kadang saya layan Football Manager. Jadi pemilik kelab yang durjana. Pecat - pecat manager. Semalam saya buka-buka tv je, tengok ada menteri umum saya jadi pelajar cemerlang SPM 08. Padahal saya tak ambek pun SPM lagi" kata Mohd Hilmi Nadas bin Yahya.

Denda Dalam Kenangan

Hari ini taip sikit je lah - Darkk

Aku pernah kena denda "Dilarang tulis karangan selama sebulan" sebab tulis karangan kontrolversi. Padahal cikgu koyak buku. Sebulan lepas tu baru aku beli buku baru. Aku anggap denda lah tu.

Agak-agak, kalau cikgu tu baca blog aku ini. Dia nak koyak tak blog aku? Kalau dia koyak, bulan depan lah aku beli blog baru.

Twitter Yang Terlupa Password Twitter

Hari ini bermicro blogging menggunakan blogspot.

"Kenapa tak guna twitter dan sebagainya?" satu suara mencelah.

"Kalau kau tahu password twitter aku. Kau tolong lah update twitter aku. Kerana aku pun sudah lupa password"

Sambung,"Nak buat akuan setaraf dengan twitter yang lain-lain, aku terasa malas. Aku tak berapa gemar dengan internet social networking ini"

"Bukan ramai pun yang nak berkenalan dengan aku. Kalau aku ada pun pasti lupa password."

Mail kata dengan ego nya. Heh. Ego Mail tidak ke mana. Aku kenal benar dengan Mail. Biarkan dia. Aku membiarkan Mail.

30 Minit Kemudian...

"Cilakak. Comel pulak awek ni. Ada Facebook je tuh. Friendster tak dak. Cilakak". Mail berzikir Cilakak.

Respon itu berlaku apabila dia terlihat sedang Sordi sibuk melayan seorang gadis di Facebook.

"Terpaksa Aku buat Facebook" Mail terpaksa.

Filler Rumah

Pagi tadi, aku turun dengan gembira. Melihat bonda ku sedang membasuh pinggan dengan ceria. Aku pandang bonda ku lantas bertanya,

"Buat mende gok, bonde?" Aku berdialek Beserah

"Duk joget" Dia balas sambil basuh pinggan.

Keh.Keh. Aku ketawa lalu aku menolong adik ku memotong sosej. Adikku memotong sosej untuk dijadikan sarapan pagi. Ala barat sarapan makan sosej.

Aku minta nasi lemak. Adik aku hulur kunci kereta. Dia cakap;

"Mu gi la beli sendiri, Aku wak cang-cang doh. Demang"

"Ho la - Ho la. Aku makang la. Gurau sekek dok leh"

Keh.Keh. Aku ketawa lalu pergi mandi.

10 Komen, 10 Hari, 10 Cerita - Tiga

Aku baru tahu yang cerita Setem arahan Kabir Bakti ni best jugak. Ada Afdlin Shauki dan Rashidi Ishak. Lepas tu Que Haidar jadi watak bodoh-bodoh. Aku suka tengok Que Haidar jadi watak bodoh cam dalam cerita Zombie Kampung Pisang dan Rock sebab aku rasa dia sangat menjiwai watak bodoh. - Darkk

Semalam, dalam perjalanan aku nak pergi kerja. Aku dah pikirkan 3 cerita untuk sambung cabaran korang. Tadi pun ada 2 lagi cerita aku pikir jugak. Sekarang ada lagi 3 cerita. Semua aku pikir dalam bentuk point-point. Cam buat karangan dulu, cikgu suruh buat rangka karangan. Aku tak buat. Aku pikir dalam otak je.

Hajime suh sambung cerita cikgu yang marah. Cam haram jugak ending dia. Aku pun dah pikir jalan cite die. Kalau dia buat dari Point of View dia, dan Yoh pun buat dari Point of View Yoh. Aku nak buat dari Point of View seekor lalat, atau cicak, atau pun point of view dari Cikgu John tu sendiri. Yang mana-mana lah. Semua bentuk P.O.V pun aku dah pikir.

Cerita sambung-sambung pun ada. Bersiri. Pasal budak Sekolah. Aku pernah buat dulu. Pastu terlupe. Haha. Itu pun aku nak sambung balek. Idea sudah ada. Nantilah aku sambung balek. Lepas tu, pasal cerita Mari Menonton pun ada lagi sambung dia. Aku ramal 4-5 siri baru abes kot.

Tapi apasal aku tak tulis tu semua sekarang? Dah la tu, rela tulis pasal ni?

Sebabnya, aku stuck pasal nak tulis cerita yang Paiseh komen. Dia kasi komen "dann kata kuncinya.??" . Camne nak buat cerita? Aku pening pale. Rase nak deman je. Aku togok 100plus 1.5 liter. Orang cakap bagus minum 100plus. Bapak aku pun rekemen. Ntah ape khasiat aku pun dok tahu.

Kepala pening. Mata ngatuk-ngatuk. Minum Kopi Ais pun mata ngatuk-ngatuk. Cam tak de kafein je dalam tuh. Ah, Aku tinggalkan korang dengan quote orang terkenal.

"Aku tersesat jalan percintaan! Tapi baru sahaja memilih jalan yang benar iaitu memilih untuk berkahwin denganmu" - Shin Chan. Dik Cerdas Volume 41.

10 Komen, 10 Hari, 10 Cerita - Dua

Introduksi dimulakan dengan mencampak Edward Blake a.k.a The Comedian dari Apartment Mewahnya sangat mengujakan hati aku. Tidak lupakan juga watak psiko Rorschach yang sangat hebat - Darkk selepas menonton Watchmen.

Sejak kejadian itu, aku tidak lagi bertemu dengan Fasha. Dan Khabar nya dia telah menjadi seorang pelakon terhebat di Malaysia. Muka dia terpapar di dada akhbar dan majalah hiburan. Aku dengan hiburan seni Malaysia tidak berapa kacip. Aku lebih suka kepada dunia hiburan Jepun. Skirt mereka lebih singkat dan peha mereka lagi putih dari artis Malaysia.

Ah, Lupa pula nak perkenalkan aku. Nama aku Amir . "Amir!"- @tooney rooney. Nama penuh Amirull Sharif bin Ismail Saarof. Biasa dengan kawan-kawan diorang panggil aku Amir. Dekat rumah, mak pak panggil abang. Heh! Anak sulong la katakan. Gadis-gadis pun buleh panggil aku abang. Sila-sila lah amalkan panggilan abang itu kepada aku. Terhad pada gadis. Haha..

Aku sekarang berkerja sebagai guru Bahasa Melayu di sekolah Menengah yang tidak berapa glemer. Ah, masih segar lagi pertama kali aku melangkah masuk ke sekolah itu. Aku di sambut dengan meriah sekali. Hamparan karpet merah. Bunga Manggar, paluan kompang, bunga telur dan bermacam-macam lagi. Yang tak dak. Silat dan Pom-Pom Girl sahaja. Heh. Itu yang aku marah. Apa sal tak dak pom-pom girl. Mereka bukan tak tahu yang aku suka pom-pom. Hal itu menguris memori indah aku. *menitik air mata di pipi*

Sampai di sekolah itu, aku ditugaskan mengajar tingkatan 4. Kelas 4 Anggur. Peh. Ada lagi kelas nama buah-buahan ini yek? Aku rasa kelas paling pintar mesti nama Durian. Sebab Durian tu Raja Segala Buah. Aku pun tak tahu camna Durian buleh dapat Raja Buah. Sebab ada Duri kot? Ke ikut undi SMS? Huh. Kalau sebab duri, mesti kaktus jadi raja kalau dia buah-buahan. Kalau ikut undi SMS, mesti Mawi menang sebab dia raja SMS. "Awak, Awak Kelas apa?" . "5 Mawi". Pergh. Bapak tak sedap.

Waktu mengajar aku. Pukul Sebelum Rehat Hari Isnin dan Selepas Rehat Hari Rabu. Cabaran juga mengajar pada masa-masa tu. Sebelum Rehat, pasti budak-budak tak beri fokus sebab sudah ingat keenakan air sirap sejuk di kantin. Dan Selepas Rehat pula budak-budak tak beri fokus sebab tak tahan nak pergi Jamban angkara minum bergelen-gelen sirap sejuk di kantin. Huh, tak boleh jadi. Aku sebagai cikgu yang prihatin kepada murid-murid mesti membuat sesuatu.

10 Komen, 10 Hari, 10 Cerita - Satu

Adeh, susah juga nak buat cerita. Grammar lintang pukang. Entah Apa-Apa Entah Ntah Tah aku tulis. Bahasa tak best langsung. - Darkk

"Dah lama awak tunggu?" Gadis itu bertanya. Aku sibuk hendak membuka payung Avon itu, maka aku lebih fokus membuat tugasan itu. Jadi soalan itu tidak berjawab.

"Dah lama awak tunggu?" Gadis itu bertanya. Lagi. Nada Tegas. Perlu aku letak tanda seru barangkali.

Tika ini tugasan aku selesai. Aku boleh menjawab soklan itu. Ya,apa dia? tanya aku. Dah lama awak tunggu Fasha? tanya gadis itu buat kali ketiga. Soklan yang sama. Tak bosan ke? Aku tersengih.

"Dah lama jugak la. Ada dalam tiga minggu" sambil aku menunjukkan 4 jari aku. Cepat-cepat Fasha cubit aku dekat lengan sambil kata;

"Awak ni selalu camni. Fasha tanya serius. Awak main-main pulak" Gadis yang membahasakan dirinya Fasha itu memulas cubitan sampai aku rasa nak lempang dia. Sakit sungguh. Tapi aku tahan. Buat muka ketat. Tanda tak sakit. Kebal. Aku sengih dalam kesakitan. Sampai aku cakap Adeh baru dia berhenti pulas cubit tapi masih cubit lengan aku. Kemudian dia lepas perlahan-lahan.

"Baru 2 minit dah kata 4 minggu punya cerita" marah Fasha. Fasha marah. Lepas itu, Dia buat muka merajuk. Muka minta dipujuk. Aku jadi serba salah. Tak pujuk rasa bersalah. Pujuk, dia yang menang. Keputusan harus dibuat.

"Err..Jangan la camtu, Fasha. Tak elok merajuk" Ya, Aku pujuk dia. Ya. Dia menang. Aku kalah. "Kita kan nak pergi makan. Tak elok merajuk-merajuk ini. Berdosa. Kesian nasi tengok muka merajuk awak" aku kata. Ya. Lagi. Memujuk boleh menyebabkan seseorang itu berkata-kata yang tidak masuk di akal seperti nasi yang kesian.

Fasha masih buat muka merajuk. Muka minta dipujuk. Aku pujuk lagi, "Jangan la merajuk. Nanti saya belikan Fasha AisKream ok?" Kali ini pujuk aku tambah dengan unsur materialistik. Dengan harapan menjadi pujukan aku.

"Tak mau!" tegas Fasha.
"Kalau tak mau aiskream, ayam KFC nak?" aku tukar item.
"Tak mau"
"Beg Baru?"
"Tak mau"
"Kasut Baru?"
"Tak mau"
"Baju Baru?"
"Tak mau"
"Intel Core i7?"
"Tak mau"
"XFX ATI Radeon HD 4870 X2 2GB GDDR5?
"Tak mau"
"Nikon D90?"
"Tak mau"
"Honda Vios?"
"..."

Dia diam. Aku bimbang. Mungkin diam tanda dia tak mahu bercakap lagi dengan aku. Betul-betul punya merajuk. Aku bimbang. Aku guna modal akhir.

"Kalu camtu, Porsche 911 GT2?"

Riak Wajah Fasha berubah. Dia senyum sambil kata, Nak, Nak. Berulang kali. Celakak. Kata hati aku. Berulang kali.

"Awak mesti beli tau?" Fasha tanya dengan gembira
"Ye la. Tapi dengan syarat. Jangan merajuk da ek?"
"Huhuhu...eh, tadi mana merajuk. Fasha berlakon je la" Nafi Dalam Dusta Dia berkata. Celakak ,hati aku berulang kata.
"Eh, yeke berlakon? Macam real je? Hebat la Fasha berlakon" Aku Nafi dalam Dusta jugak. Celakak, hati aku berulang kata.

"Nanti saya kenal kan Fasha dengan pengarah filem-kawan saya. Mana tahu Fasha buleh berlakon filem nanti" aku sambung ayat tadi.
"Haha..betul ke awak? Terima kasih awak" sambil Fasha senyum.

Kasih diterima. Setelah adegan pujuk memujuk tamat, aku mengajak Fasha naik Hilux. "Jom" aku ajak. "Jom" Fasha ajak aku. Kami bergerak dengan berhati-hati. Seiring. Di bawah satu payung. Payung Avon.

Sampai di Hilux. Aku buka pintu untuk Fasha naik. Hilux itu tinggi. Fasha kena angkat kaki tinggi, selepas itu tolak badan ke atas. Aku pimpin tangan Fasha masa dia naik. Kemudian;

Bam!!. Lepas itu Gedebuk!!. Diikuti "Adoi Sakit nya!!". Fasha Jatuh. Macam Nangka Busuk.

Imbas kembali. Kepala Fasha terhantuk masa masuk kereta. Lepas itu dia hilang keseimbangan masa tolak badan di ke atas. Ingat tak yang aku pimpin tangan dia? Aku pegang tangan dia masa dia hilang keseimabangan. Aku panik. Lepas itu aku tertarik dia ke bawah. Lalu dia jatuh terhempas.

Macam Nangka Busuk dia jatuh. Ketika itu, aku sudah tahan gelak. Fasha tengok muka aku tahan gelak. Dia cepat-cepat lari masuk rumah. Aku tahu dia malu tambah bengang. Belum sempat aku cakap apa-apa, dia sudah hilang dalam pandangan aku.

*********************

Sejak kejadian itu, aku tidak lagi bertemu dengan Fasha. Dan Khabar nya dia telah menjadi seorang pelakon terhebat di Malaysia. Muka dia terpapar di dada akhbar dan majalah hiburan. Ada orang kata dia tukar nama dari Fasha Katijah kepada..

"Fasha Sandha?haha.." - Cik Belacan Melaka

Adeh, susah juga nak buat cerita. Grammar lintang pukang. Entah Apa-Apa Entah Ntah Tah aku tulis. Bahasa tak best langsung.

10 Komen, 10 Hari, 10 Cerita

Pagi itu hujan. Aku memandu Toyota Hilux kepunyaan bapa ku kerana Honda Vios ku tersadai di bengkel gara-gara hon rosak.

Pin, Pin. Aku menekan hon. Gembira aku dapat mendengar bunyi.Aku melihat jam tangan ku. Jam 11.50 pagi. Gembira aku bercampur bosan. Bosan menunggu.

Pin, Pin. Aku menekan hon. Lagi.

"Kejap, Kejap" Gadis itu bersuara dari dalam rumah. Tangannya melambai ke arah ku. Pagi itu hujan renyai-renyai. Campur dengan udara dari penghawa dingin kereta, aku boleh jadi beku jika dibiarkan menunggu lagi.

5 Minit Kemudian, kelihatan kelibat manusia keluar dari pintu rumah itu. Ya, penantian aku telah berakhir. Aku keluar dari kereta itu. Sambil menjinjit payung Avon, aku menuju ke arah pintu pagar. Tujuan aku? Supaya aku dapat menjemput gadis itu tanpa basah dengan menggunakan payung Avon.

Tamat Mukadimah

Cabaran Ku Terhadap Mu

Aku cabar kamu cabar aku tulis sesuatu yang kamu mahu. Tak kira lah benda itu wujud atau tak. Benar atau tidak.

Yang penting, apa yang kamu mahu aku tulis itu ada kaitan dengan masyarakat sekeliling. Aku tidak mahu tulis apa yang berkaitan dengan politik, agama dan bangsa kerana itu semua perlukan fakta. Momok, hantu, ngeri, bunuh-bunuh juga tidak layan. Anggap sahaja aku menulis hanya untuk hiburan.

Aku akan cuba menulis walaupun kamu hanya memberi kata kunci seperti contoh "Keldai", "Malu" dan lain-lain.

Sekian, Terima Kasih.

Edit pada March 4, 2009. Jam 5.51PM: Cabaran ini sepatutnya ditutup semalam. Last aku kira 8 Komen. Tapi atas dasar demokrasi terpimpin, aku tambah lagi 2. Sekian.

Sebelum Tidur

Sebelum tidur, biasanya aku akan mesej seseorang. Tanda aku ingat akan dia. Biasa satu mesej SMS sudah memadai, aku rasa lah. Walaupun satu mesej, aku tulis padat. Jangan terbazir nilai 1 sen mesej itu. Bukan kedekut tapi jimat.

Aku tulis (taip);

"Selamat tidur, Gadis. Moga tidur mu sempurna. Selamat tidur, Gadis. Moga mimpi indah bersama. Selamat tidur, Gadis. Moga esok lebih dari semalamnya. Selamat Tidur, Selamat Malam. Moga hari indah sentiasa. Salam."

Aku menekan butang Send dengan pantas, tanpa bicara.

******************************

Teet!! Kedengaran bunyi mesej masuk. Bunyi dari luar bilik ku. Kemudian suara orang terbahak-bahak ketawa. Gila. Kemudian itu orang menjerit-jerit memanggil nama aku.

"Hahaha!!! Jiwang ah ko siot. Tapi jiwang-jiwang apasal kau hantar mesej kat aku. Aku bukan gadis la" terang Sordi. Bahak Sordi disambung keluar rumah.

Aku terdiam sepi dengan pantas tanpa bicara.

.....

Sebelum tidur, biasanya aku akan mesej seseorang. Tanda aku ingat akan dia.

Dalam Kenangan

Selamat Tinggal Wahai Peneman. Jasa mu akan ku kenang sampai bila-bila.

p/s: Sekarang dua kali ganda lagi sepah. Hahaha. Busy Punyer Pasal.

Fikiran Ku, Cerita Ku

Aku terfikir hendak menulis cerita yang ada kaitan dengan robot, alam persilatan, zaman kegemilangan Melaka, peperangan antara galaksi ala Gundam, Star Trek dan kedai Mamak. Sudah lama aku fikirkan jalan cerita ini, biasa sebelum tidur. Sebelum menghantar SMS selamat malam kepada Lily, malah semasa menghantar SMS pun aku masih memikirkan jalan cerita itu.

Aku hanya ada cerita permulaan dan perakhiran. Perkembangan watak dan jalan cerita klimaks masih bersembunyi dalam otakku. Mungkin anda-anda buleh membantu. Ya, cerita ini bukan seperti Romatik Berdarah yang aku buat dahulu. Cerita ini lebih berat. Berat kerana aku memerlukan fakta yang tepat. Seperti kekuatan tentara kerajaan Melaka ketika abad ke 15 atau pun berapa pencak silat yang terulung ketika zaman kegemilangan Melaka.

Untuk babak masa hadapan, aku buleh tipu. Reka apa sahaja yang aku rasa seronok. Menghiburkan hati. Mungkin nanti sampai masa, cucu-cicit aku atau kamu pasti menjadikan apa yang aku reka/tipu menjadi realiti.

Sejarah adalah fakta. Kita tak buleh ubah fakta jika kita tiada bukti, saksi yang sahih.

Cerita yang aku fikirkan ini ada kaitan dengan Zaman Kegemilangan Melayu Melaka + Zaman Kegelapan Dunia. Lebih kepada fiction + non-fiction. Aku cuba masukkan elemen sejarah supaya ada part bosan (bagi budak sains). Elemen sains digaulkan sekali untuk menarik perhatian budak sains.

Mari baca apa yang difikirkan.

******

Permulaan

Tahun 3010. Perang Galaksi telah pun bermula.

Nadia mengaktifkan Mesin Pertempurannya iaitu sebuah mesin humanoid yang setinggi 14 kaki. Dilengkapi dengan penuh senjata. Laser, mata pisau cukur, pasu bunga dan lain barang yang boleh mencederakan pihak lawan turut dilengakapi di dalam mesin itu.

Dia menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. Sebelum itu, dia telah membaca doa menaiki kenderaan. Mesin Pertempuran adalah satu kenderaan jika tidak digunakan untuk bertempur. Nadia sering menyalahgunakan mesin itu jika hendak ke pasar atau balik ke kampungnya di Pulau Rusa, Kuala Terangganu. Katanya lebih laju dan tak perlu isi minyak kerana mesin itu hanya menggunakan tenaga solar. Oleh sebab itu jugalah, Nadia sering turun naik Mahkamah Tentera atas kes menyalahgunakan mesin pertempuran. Kini Nadia berada di tahap amaran terakhir kali pertama. Jika dia menyalahgunakan lagi, dia akan berada di tahap amaran terakhir kali kedua dan seterusnya.

Tamat Permulaan

******

Penamat

"Buat Teh Tarik Onee" jerit Alex kepada pekerja itu.

"Saya bukan tuhan. Saya tak buleh buat air" Pekerja itu membalas.

"Haduih la.. Bancuh la.. Bancuh. Silap cakap sikit pun, perli semacam."

Pekerja itu tersenyum lalu bergegas memberitahu kepada divisen membancuh air.

Dunia kembali aman. Tahun 3018

Tamat Penamat


Kan aku dah cakap. Itu sahaja yang boleh difikiran sekarang ini. Apakah ini yang dipanggil Writer Block? Hanya Intro dan Ending. Yang selebihnya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails