Pages

Ultraman & Manusia

"Saya Lutut Perut Kamu"-Ultraman yang beraksi
"Aduh, sakit la..bodo"- Raksasa di tempat kejadian


Ultraman. Pasti kamu semua tahu tugas ultraman ini bukan? Ya, melawan rakasasa di Jepun sahaja. Kekadang mereka melawan di luar planet. Aku tak pernah lagi tengok ultraman bertempur di Melaka. Shah Rukh Khan ada la datang. Tapi Ultraman? Haram tak nampak batang hidung.

Apakah benar Ultraman ini hanya datang di bumi untuk bertempur semata-mata? Menyelamatkan dunia adalah misi mereka? Tidak. Mereka juga mempunyai masa untuk berhibur, berlibur. Macam kamu semua. Manusia. Aku tak pernah tipu. Aku ada fakta yang sahih. Bukti kukuh lagi jelas. Ada Bukti bergambar lagi.

Fakta Pertama

Jika manusia ada persatuan, pertubuhan, kelab. Mereka juga ada. Buktinya? Tetapi mereka tak seperti kita. Tidak tidur di dalam meeting kelab.

Kalau Mata Tak Berlampu, Tanda Mereka Tidur

Begitu bersemangat mereka bertepuk tangan setelah mendengar ucapan presiden kelab

Fakta Kedua

Setiap Manusia mempunyai kepercayaan dan agama mereka sendiri dan mereka berpegang kepadanya. Tiada dolak dalik. Hal ini tidak lari dari Ultraman. Mereka juga mempunyai kepercayaan mereka. Ini dapat perkukuhkan dengan gambar di bawah.

Mereka yang beragama Buddha (rasenye la)

Fakta Ketiga

Siapa tak suka bergambar. Manusia? Mesti. Lebih-lebih lagi dengan arus globalisasi, IT terkini. Gambar mudah diambil di mana-mana dengan berbekalkan Handpon Berkamera. Siap berpose sana sini. Ultraman juga tidak terlepas. Mesti bergambar dengan pose masing-masing.

Kanak-kanak sangat mengemari Ultraman

CEO dan Boss-Boss anda pun tidak terlepas menggemari Ultraman

Walau dia bukan Ultraman tetapi dia bergaya seperti Ultraman

Fakta Keempat

Sukan? Manusia bersukan. Saya bersukan. Anda bersukan. Ultraman? Ultraman juga bersukan. Malah mereka suka bersukan lasak. Wave surfing sebagai contoh.

"Board mesti matching dengan uniform, Baru Laju" dakwa Ultraman

Itu lah sedikit sebanyak fakta mengenai persamaan Ultraman Dan Manusia. Tidak jauh beza. Yang membezakan nya adalah Ultraman tak buleh makan nasi dan Manusia tidak boleh membesar seperti Ultraman.

Jadi toksah la kamu orang nak bercita-cita tinggi hendak bertukar menjadi Ultraman. Hentikan la dan sedar, manusia ini lebih baik dari Ultraman kerana buleh makan nasik. Ultraman? Mana buleh. Nikmat makan nasi memang unggul.

"Arggh..tak bestnye tak buleh makan nasik!!" - Ultraman yang kecewa

Walau bagaimana pun, kita haruslah berterima kasih kepada Ultraman kerana merekalah, Bumi ini aman damai, tanpa sebarang ancaman dan anasir-anasir luar. Kepada Ultraman, sila sambung kontrak penjaga keamanan bumi. Tanpa kamu, siapa lah kami.

Sesi Sain Kontrak

TERIMA KASIH, ULTRAMAN!!

17 comments:

macha_sezs said...

haha..good one.
gj

Darkk said...

@macha:
ah, time kasih

hajime said...

ah!
ko mmg best...
antara blog yg ku nanti2kan keupdatetan nye setiap hari...
layan...

si gyla yg cerdik. said...

ahahaha
sonok r bc blog2 cmni~
blog ni mnceriakan malam ku~~
hohoho..xD
jom manusia,mari menikmati nasi di dapur..

yarn said...

mkn nasi jap..(wpun dh lewat ni...nikmat tu, jgn lepaskan peluang)

Darkk said...

@hajime
*blush* auw..saya belajar dengan mahaguru hajime juga..

@dayafterday
jom..tapi..erm..tapi..umah saya tak xde nasik..adakah saya ini ultraman?

@yarn
yep..anda beruntung dapat makan nasik..saya..?

yarn said...

aieee...xkan darkk25 adalah spesis otromen???? *thingking*

Darkk said...

@yarn
saya nak jadi manusia..nasik itu nikmat..jadi besar tak nikmat.

yarn said...

erhhmmm...jgn sia2kan nikmat mkn nasik...

*byk moral jugak story otromen ni yea...lbh2 lg pasal nasik... ;p

yoshz said...

sila buat salahsilah keluarga ultraman. aku nak tau.

Marzuki Jalil said...

kamu besh

Sasha Sharifuddin said...

sebenarnya dari dulu aku selalu konpius..apa jadi kat manusia yang jadi ultraman setiap kali ultraman tu muncul?

cuba explain teori itu..

*ada member masa kecik mak bapak dia tipu cakap rumah ultraman ialad kilang yang ada serombong asap kat seksyen 14 PJ..dan dia percaya!haha!*

Tny said...

Gilaa aaahhh!!!
Belambaknya ultraman!!! X nmpak ultrawoman pun!! ;)

Heheheh.. serius ramai.. ke banyak.. memanalah.. ko suka otromen pe? Otromen Taro ke,Seven ke.. apa?

Darkk said...

@yarn
nasi itu nikmat

@yosh
kalo saya RAJEN saya buat

@marzuki
kamu lagi best =D

@sasha
ah, teori itu. Ada banyak pendapat. Nanti saya cari yang sahih lagi benar.

@Tny
ah,ultrawoman pemalu. asal nak bergambar mesti lari.
Saya suka ultraman Taro.

Darab Dua said...

dulu kecik2 gua ada pasang angan nk jadi ultraman!
tp smpi skang gua tak terpilih pon.
cilakak!

Tny said...

Ape yg besh ngn Taro? Fuyoo.. klo ade fullset costume Taro, leh kasik hadiah!! :D

AininaHasnuddin said...

adik saya suke ultraman!!
:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails