Pages

Bila Dah Bosan

Hari Ini Aku tak sibuk macam hari-hari yang lain. Agak membosankan juga kalau tak sebuk ini, aku ingat nak pegi cuci mata kat MBO. Tengok mainan ke. Layan Arcade ke. Owh, baru aku ingat cite Los Dan Foun dah keluar. Apa? Encik Darkk pun tengok cerita melayu? Ya, Tepat Sekali.

"Los dan Foun" atau dalam bahasa inggerisnya, "Eele and Jupe"

Aku selaku orang melayu tidak takut untuk menonton cerita melayu. Bukannya apa. Filem kita wajah kita. Aku nak juga tengok wajah aku kat filem tu. Mana la tahu kot ade keluar ke. Keluar Telinga pun telinga la. Janji ada wajah kita. Sapa Kita? Aku je la. Itu pun kalau keluar wajah aku. Hehe

Tapi jangan harap anda ajak aku ke panggung untuk menonton filem terbitan David Teoh ataupun Arahan Prof A Razak. Aku sudah serik menonton filem-filem keluaran mereka. Filem yang aku anggap sampah, tak dak daya tarikan yang luar biasa, Tipikal, Lawak Basi dan seangkatan dengannya. Ai, Bang. Marah Nampak? Bukan Marah. Tetapi Tidak Suka. Huhu.

Aku tak mahu review pasal cerita Los dan Foun lagi pasal aku pun tak tengok. Nanti Malam Rasanya. Hari Hujan tak pergi la. Jadi Akibat bosan aku menulis karangan pendek ini. Akibat Bosan juga, aku telah menekan butang follow this blog dekat blog aku sendiri. Jika anda perhatikan, aku telah mengikut perkembangan blog diri sendiri. Macam Orang Gila.

2 comments:

Darab Dua said...

nasib kg gua takdak panggung wayang.
ada kalu, buleh terbabas gua pagi2 raya!
heh!

Darkk said...

@darabdua

yang lu pegi langgar panggung wayang buat hapa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails