Pages

Budak Kecil

Ah, semalam lupa nak update pasal busy mak datuk macam mak datuk. Haha, pasal aku sibuk layan satu derama ini. Derama Jepun. Ya, aku peminat drama Jepun. Best woo. Layan Derama ini. Biasa satu drama 10 - 11 episod. 1 episod 1 jam. Jadi, kena belanja kan masa dalam 10-11jam jugalah nak habiskan. Bos pun tak busy macam aku.

Belum masuk ada yang ending Spesel. 2jam agak lebih kurang. Apa-apa pun, mari kita baca review pendek dari pengreview drama tahap sekolah menengah atas, 4 Arif ini. Mari kita tanya apa kata beliau tentang drama jepun terbaru beliau layan.

Ah, mesti korang kurang mengerti apa yang ditulis di atas. Aku juga begitu.

Seperti di dalam gambar atas, Aku telah menonton drama Jepun bertajuk Bambino. Bukan Abang Dino. Tetapi Bambino. Apa maksud Bambino ini? Biskut kering? Payung Terjun? Ataupun Magerin yang disapu di atas Mentega? Haha. Tidak.

Bambino ini bermaksud Anak Rusa Nani, baru kembang ekor, apa salah kami, lalu tidak tegur. Bambino ini satu ayat yang berasal dari Itali yang membawa maksud budak kecil. Jadi apa kaitan dengan budak kecil dengan drama ini? Adakah drama ini menceritakan kisah budak kecil yang terpaksa makan mee megi atas desakan harga minyak turun tetapi harga barang harian tetap sama?

Tidak, drama ini mengisahkan seorang remaja yang ingin menjadi tukang masak masakan Itali yang terhebat. Sikap beliau tak mahu kalah mengakibatkan beliau dibelasah oleh tukang masak yang lain. Sifat Naif beliau juga menyebabkan dilempang oleh salah satu pekerja di sana. Demi Impian dan Harapan, beliau sanggup meninggalkan kampung halaman dan kekasih hati. Begitu Cekalnya Seorang Remaja Yang Mengejar Impian.

Review: Ah, baca sinopsis die pun agak cliche dengan drama Jepun yang lain. Semuanya pasal mengejar impian dan harapan. Tapi Aku suka. Jalan cerita yang tidak membosankan. Apa tak nya. Ini semua pasal makanan. Tengok sahaja dah cukup mengembirakan hati yang tidak mampu ke restoran masakan Itali yang sebenar. Biarlah dia menjadi impian dan harapan aku. Lagi seronok bila dia ditugaskan untuk membuat desert atau dalam italinya doche. Ya, doche, bukan docel. Lazat berkrim di sukai ramai.

Jadi siapa pelakon dalam drama ini? Kekasih dia lawa tak? Tak. Tapi tak de masalah. Sebab kekasih dia kene tinggal masa episod awal-awal lagi. Ahaks, spoiler pulak. Hero Smart. Heroin takde. Extra Guys Hensem. Extra Gurl Seksi. Pelakon dalam ini semuanya pandai berlakon. Kalau tak pandai, tak dak lah berlakon. Jangan Bimbang. Gadis-gadis pasti menyukai cerita ini.

Mana nak cari drama ini? Jangan Bimbang. Internet kan ada. Kedai DVD kan ada. Buleh tanya dekat tokey tu. Dekat. Jangan di Atas Tokey itu. " Halu tokey, wa nak angkat DVD cite Bambino 8 Keping buleh?" tetapi jangan pula anda bertanya kepada internet, anda boleh diisytihar Gila atau Seangkatan dengannya.

Sedikit Gambar Mengenai Drama ini.

Perhimpunan Pagi. Pengawas Kena Diri Kat Depan.


"Ni Seorang Lagi Budak Baru Bakal Dibelasah" Ujar Ketua Chef.

"Bawak budak ini ke belakang untuk dibelasah" tegas beliau lagi.

"Mak..nak balek.."

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails