Pages

Review Filem: Los dan Faun

Apasal Watak Jaga tu tak dak dalam poster? Dia lagi kelakar dari Diorang

Hari ini hari yang amat membosankan bagi saya. Ya, saya tahu esok raya dan saya tak balik kampung. Sedih bukan? Memang Sedih. Tapi Atas Dasar Tanggungjawab seorang Pelajar. Saya tak balik pun. Semua mesej-mesej raya saya tak reply pun. Saya diam tanda saya tak raya.

Owh, berbalek pada kepada hari ini, hari ini amat bosan. Saya pun duduk rumah seorang diri tanpa rasa takut. Apa saya lakukan lepas itu? Saya pergi keluar pegi Melaka Mall. Apa itu Melaka Mall? Melaka nama tempat. Mall itu Gedung Membeli Belah. Dalam Melaka Mall itu, ada shopping kompleks dan tak lupa juga, MBO Cinema. Dalam MBO pula ada panggung yang boleh ramai orang dapat nak tengok wayang, buat wayang dan sebagainya.

Jadi, saya keluar rumah dengan menggunakan motorsikal automatik saya. Seorang diri, tanpa berteman. Memecut ke arah Melaka Mall. Sebelum tu saya kena buat selekoh haram. Baru dapat jimat minyak. Oh, lupa. Melaka memang banyak one way. Jadi. saya terpaksa melanggar peraturan demi menjimatkan masa dan minyak.

Dalam perjalanan ke Melaka Mall tak banyak perkara berlaku kecuali saya tak lepas kejar lampu hijau. Gila, mana ada orang kejar lampu. Haha. Sama juga langgar lampu merah. Saya respek dengan pemandu yang dapat langgar lampu merah tanpa meranapkan tiang lampu isyarat sekali.

Sampai di Melaka Mall, saya ada dengar bunyi bising-bising. Saya pergi la tengok. Apa yang kecoh-kecoh tu. Ada orang gaduh ke? Berebut Laki ke? Owh, Tidak Rupanya. Ada Konsert Graduasi DayCare Apa Tah. Tapi yang pasti, saya tak paham. Ni kaum mata sepet punya event. Saya terus berlalu pergi tanpa menepuk tangan tanda konsert diorang best.

Niat saya hari ini saya nak pergi tengok mainan dekat Parkson. Ada Toy r Us ToyBox. Buleh saya window shopping sementara tunggu duit PTPTN masuk. Masuk Parkson je saya sesat. Al-Maklum lah baru pertama kali masuk. Nasib baik saya tak tanya awek jaga kaunter. Kalau tak, dah lame kami bertukar nombor talifon. Tapi saya setia kat Lily saya. Sebab itu saya tak tanya. Tak bertanya bukan tanda malu. Tapi Setia.

Sesat saya tak lama. Midvalley yang besar itu saya tak sesat lama-lama. Pe tah lagi Parkson Melaka Mall yang besar kotak seluar dalam. Lagi pun, saya memang ada skill cari-cari ini. Masa kecik dulu, saya sering ditugaskan oleh ayah saya untuk mencari adik saya yang hilang dalam shopping kompleks. Jadi latihan membuahkan hasil. Terima kasih adik yang hilang, Terima kasih ayah yang mengarah.

Bila sampai kat toybox je, saya gembira kerana banyak lagi mainan-mainan Transformers. Tak Macam Jaya Jusco Ayer Keroh. Saya rasa nak berenang-renang je dalam lautan mainan itu. Tapi tak buleh. Pasal saya tak beli lagi. Jadi saya tengok dan belek-belek. Alamakhai. Mahal nya. Cakap Mainan ini untuk budak-budak. Tapi kenapa harga dia macam nak beli seterika. Kesian kat budak-budak tak buleh beli. Orang yang dah kerja buleh beli.

Dalam Masa Satu jam saya duduk kat situ, baru saya teringat nak tengok wayang. Los dan Faun. Bergegas saya ke tempat kejadian membeli tiket. Ramai juga yang beratur nak tengok wayang. Mungkin Cuti kot. Kata Penyedap Hati. Saya pun beratur. Sabar. Sabar itu separuh dari iman. Ok la kut. Sekurang-kurangnya, saya ada iman.

Dah beli tiket, saya turun lagi. Nak pegi beli roti buat masuk panggung secara haram. Saya turun je nampak ada satu pasangan kekasih pegang tangan mesra. Bahagia. Nak kata saya jeles. Tak. Tapi baru saya sedar saya lonely. Tak pe. Saya tak kesah. Buleh jalan laju-laju. Kalau jalan dengan perempuan kena jalan slow-slow. Sakit Belakang saya. Lame jugak la saya perhati pasangan kekasih tu, baru saya sedar. Itu coursemate saya dan awek beliau. Ah, saya malas nak tegur. Orang baru dapat jumpa kekasih. Haha..

Lepas beli roti, saya naik balek. Tengok jam. Baru pukul 3.45 petang. Tiket pukul 4. Banyak Masa Lagi ini. Saya lepak depan dulu sambil cubit roti sikit-sikit. Haha. Baru teringat. Kalau makan tercekik, camna? Saya pun bergegas beratur membeli air pepsi.

Habis masa saya 15 minit untuk membeli air sahaja. Cilakak punya orang. Potong Barisan pulak. Nak je saya jerit. Tapi segan. Segan tanda setia. Haha. Air pepsi dibeli besar. Kerana saya ni orang yang berbadan besar. Pebarang kecik-kecik. Sekali sedut dah habis. Malu la saya kalu sedut ais je.

Tepat pukul 4.10 petang, saya masuk. Lambat. Ah, saya memang lambat. Tak kesah la tengok wayang ke. Pegi kelas ke. Ambek adek ke. Mengorat Awek ke.Memang Lambat. Ada satu saya laju. Makan. Dibelanja Makan lagi saya laju. Macam tak malu kan? Mak kawan saya cakap. Kalau malu, balek rumah. Jadi saya tak malu, nanti kena balek rumah.

Mujur saya masuk tak mula lagi cerita. Tapi terlepas beberapa trailer. Dem. Saya suka tengok trailer ni. Nanti buleh tahu cerita mana best. Sempat tengok satu trailer je. Brainscan. Cerita budak-budak. Jangan harap saya nak datang panggung nak layan cite tu. Dibelanja pun saya tak nak. Pastu ade iklan cam biasa. Orang ketuk-ketuk tin, goyang-goyang kunci, pakai kasut tong. Iklan Dolby. Saya respek sama diorang. Rase cam tengok sarkas pulak.

Cerita pun bermula. Dalam masa 2jam cerita tu habis. Overall cite itu sangat lawak. Tapi saya lagi suka jika afdlin shauki jadi watak utama. Saya tak berapa suka Adlin Aman Damai tu. Watak heroin pun tak payah. Memang tak de pun. Scene Romatik-romatik pun tak payah. Idea lawak diorang sangat tidak basi. Semua lawak yang baru-baru. Rasa berbaloi beli tiket RM9. Jalan cerita yang sangat tidak cliche. Refreshing. Saya tak tahan gelak kenapa mesti ada latar belakang lagu dondang sayang tiap kali Faun tu buat Mojo dia. Ide Nerina pun buleh tahan jugak lawak dia. Die pegang watak GRO yang pandai buat silap mata. Tidak basi kan watak itu? Biasa GRO watak
mesti tak baek.

Scene kegemaran saya adalah masa siasatan kat restoran itu. Memang tak putus gelak. Scene kat kareoke lagi best. Hahahahahahahahaha. Memang saya gelak sakan. Saya malas nak cerita banyak2. Nanti spoil, kamu orang tak de mood nak tengok. Filem ini jauh gile best dari Senario Episod Satu yang saya rasa macam taik. Beli pirated pun rase rugi.

Jadi saya rekemen anda turun tengok Los dan Foun ini. Saya bagi 4 bintang dari 5. Kalau anda nak belanja saya tengok lagi, saya pasti tengok.

3 comments:

z@ti said...

sampai hati kamu pergi tengok lost n foun xajak sy.... penat sy tngguu.... wawawaa.. sy mengadu kat nenek sy bru taw....

macha_sezs said...

siallllll...
nak tgk jugak..
oh!ni la lily kamu ye??
haha..kantoi.

Darkk said...

@ z@ti
saya pun penat tggu awk. jangan ngadu kat nenek awk. nanti awk buleh beraya sekali

@macha
awk nak tengok jugak ke? awk download la senang. internet rumah awk laju

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails