Pages

Azam & Resolusi

Tahun baru? Ya. Kita tidak lama lagi akan menyambut tahun yang baru iaitu tahun 2009. Tapi apakah saudara - saudari pembaca sekalian menyedari bahawa hari ini bermulanya tahun baru bagi tahun islam. Ya, mesti la sedar. Sebab hari ini cuti. Haha. Lagi nikmat kalau cuti maal hijrah ini dipanjangkan terus dengan cuti tahun baru. 29, 30, 31, 1 Cuti. Kan lagi menarik. Nak menarik lagi terus bersambung dengan Cuti Tahun Cina yang bakal disambut hujung bulan Januari nanti. Apasal tak sambung terus dengan Cuti Tahun Baru 2010? Diam.

Sebut pasal tahun baru ini, masing-masing ada resolusi masing-masing. Nak berhenti rokok la, nak kawin, simpan duit pegi umrah dan macam-macam lagi. Semuanya arah ke kebaikan. Tak pernah pula dengar "Saya nak jadi perompak yang tak kantoi" apabila ditemuramah Wartawan. Semua nak jadi baik depan media. Haha.

Azam, aku masih ingat lagi berkenal dengan nya. Ketika itu aku masih kecil lagi naif. Apa itu Azam? Aku terpinga-pinga. Adakah azam ini bermaksud mesin tikam putar-putar? Kereta Tamiya 4wd. (Zaman aku audley tak glamer lagi)? Atau pun Mesin Panchinko? Haha..tidak. Azam ini sejenis manusia yang mengaku pensel aku hak milik dia. Aku memang panas hati dengan beliau. Sampai sekarang aku rasa dia ada hutang dengan aku. Eh, budak tu nama Azam ke Amzar ar? Aku rasa Azam Amzar Ahad kot.

Aku tak suka nak berazam dan beresolusi ini. Akibat nya aku tak buat. Sebab terlampau bersemangat membara. Lama-lama bara jadi abu. Hapa tak buat pun layu. Semangat tah ke mana. Azam tah ke mana. Hangat hangat tahi ayam lama-lama bercantun jua. Aku ini jenis yang ikut keadaan. Kalau sesuai keadaan, aku buat la. Kalau tak, tak buat. Contoh termudah, macam blog ini, mula-mula ja aku rajin tulis. Lama kelamaan makin malas. Bukan malas la sebenarnya. Ada komitmen lain. Jadi tumpuan terhadap blog ini makin kurang.

Secara Hiprokirt nya, jika ada orang bertanya apa azam aku. Aku akan menjawab dengan selamba nya, aku nak kurangkan berat badan. Tapi ini memang serius. Mak aku cakap kalau tak kurus, dia malas nak cari jodoh untuk aku. Dem, aku dah la pemalas bab jodoh-jodoh ni. Nak tak nak terpaksa. Azam yang seterusnya? Aku nak ada satu portable gaming console. Apakah itu? Bunyi cam mainan budak-budak. Memang. Memang Khas untuk permainan budak-budak. Budak-budak yang ada duit. Budak-budak tak dak duit memang tak leh main. Apa seronoknya konsol permainan mudah alih ini? Buleh digunakan di waktu pejabat. Itu yang penting.

Secara konklusinya, aku dapat merumuskan bahawa entri aku kali ini bersifat membosankan, mengantuk dan tidak mempunyai apa-apa mesej menyokong slogan "Belia Benci Dadah". Entri ini sekadar memberi idea kepada blogger yang lain yang belum membuat entri pasal Azam Si Pencuri Pensel. Contoh:

"Azam Seorang Azam Si Pencuri Pensel Azam berazam untuk mencuri pensel Azam yang berazam dengan Azam.....(tidak melebihi pembaris panjang 1 meter)"

Akhir kata dari seorang yang bakal menghabiskan cuti, Selamat Menyambut Maal Hijrah dan Tahun Baru 2009.

p/s: sori tak best lak entri kali ini. Penat pulang dari Seoul tak hilang lagi.

6 comments:

Sasha Sharifuddin said...

seperti biasa aku loser..
bekerja semasa orang lain bercuti..
ye en. darkk..saya bekerja pada Awal Muharram.

Jadi azam saya untuk tahun depan..nak cari kompeni yang kasi aku public holiday banyak2!

*keciwa*

Darkk said...

kesian cik sasha. tak pe. ambek cuti saya ini. trade in dengan beskal

macha_sezs said...

cik sasha..anda tidak keseorangan..

darkk, saya menjumpai ini..
Hangat hangat tahi ayam lama-lama bercantun jua

saya rasa saya terjumpa typo...
lalala~~

@tune® said...

salam Maal hijrah!

John Doe said...

salamat maal hijrah
maaf zahir batin

hajime said...

wah!
ko pergi seoul?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails