Pages

Tulis Molek-Molek La

Sejak saya menulis blog, saya dapati saya ada masalah untuk membaca trengkas. Apatah lagi logrhat trengkas. Susah nak baca weh. Banyak bende saya fikir untuk huraikan sesuatu trengkas/singkatan itu.

Contoh mudah; org

Sepatutnya maksud orang kan lah? Tapi saya fikir itu organization. kadang-kadang saya fikir itu nama website yang ber'dot' kan org. Apa jadah saya fikir tulis dalam sms pun nak kasi nama website.

Entah la. Saya pun tak paham kenapa ada orang suka tulis shortform sangat. Pemalas mungkin. Pemalas lah. Nak kira laju tulis. Konon nya kiut tulis macam tu. Oh. Bagi saya, saya tak malas macam tu. Apa bende la korang belajar kat sekolah dulu tak amal. Ilmu tanpa amal. Sia-sia.

Tapi orang kata, jimat huruf bila nak hantar sms. Tapi kalau sms tu tak paham dek orang. Tak guna jugak lah kan. Saya rela hantar SMS huruf lengkap siap berimbuhan lagi. Supaya orang tak susah nak baca SMS kita. Mesej tercapai. Gitu lah.

Kalau blog pun sama, tulis blog, biar ayat penuh kasi jelas. Senang orang lain nak baca. Tambahan, google pun senang nak index blog korang masuk dalam enjin pencarian. Mana ada orang nak google, "org-org gile". Saya pasti semua pencari tulis "Orang-Orang Gila" Jadi, bila korang tulis penuh. Senang la orang masuk blog korang ikut google. Kalau saya termasuk blog tulisan trengkas, butang pangkah la pertama saya cari.

Malas pulak nak sembang banyak-banyak pasal ni. Pasal masalah ni dah lama orang maki-maki. Saya tak moh la maki-maki jugak. Saya tukang jadi peringat sahaja.

p/s: Saya nak tambah pasal satu lagi. Tulisan Huruf Besar, Kecik, Besar, Kecik. Peh. Itu super annoying dari trengkas. Apa jadah la nak tulis macam tu. Bukan lawa pun. Nak-nak kalau lelaki yang tulis. Kalau perempuan takpa lagi.

9 comments:

siggplus said...

haha betul2..mmg celaka kalau baca blog mcm tu..susah gila nak faham

hzrh said...

tak jumpa pula butang Like untuk entri ni.
haihs.

jo said...

celaka!
kata kat gua haaa...hurup kecik hurup besar...
nasib baik gua gadis...

greenhall said...

hahaha. etul pe kau kata tu dark!

greenhall said...

*betul

Rajuna said...

aq ok jew bacew apew2 yang adew. ko jgn nk poyo lerrrrr fawwazz..eiiiii..cepuk kang. hik3 winks* winks* mereke ittew mmg gitew. lek lew.

Guten Tag said...

hehehe..tulisan sms..memang kadang2 mengelirukan..

rajuna : pergh..cayalah..

Budak Pensel Yazid said...

betul...sms ok la lagi, sebab mungkin realitinya semua mahu jimat kredit, tapi blog guna prepaid ke apa?

hanie said...

kan jo..
nasibbb kita gadis...
aww....

:P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails