Pages

Perasaan Puas

Secara jujurnya, aku ada sedikit bengang dengan Barcelona kerana dia gagalkan Arsenal untuk mara UEFA CL pada season lepas. Walaupun Barcelona sebenarnya, second team yang aku sokong dalam dunia bola sepak ini selepas Arsenal. Tapi tak lama selepas itu, rasa bengang itu menipis dan hampir hilang.

Tapi semalam, perasaan bengang dengan Barcelona betul-betul hilang, selepas mereka mengalahkan team Jose Mouriho dengan jumlah jaringan yang besar. Kenapa aku tak panggil team Real Madrid? Sebabnya, Barcelona membelasah Real Madrid dengan jumlah gol yang besar itu adalah perkara biasa. Tetapi mengalahkan team Jose Mouriho, manager yang dikatakan Genius Ribuan Tahun bagi sesetengah orang, membuatkan aku rasa puas hati dengan pencapaian Barcelona.

Genius Ribuan Tahun konon...

Kah ka..eh, tukar gelak.. Huhu..

Barcelona 5 - Real Madrid Telur Ayam.

Tapi kesian adik Messi tak skor. Huhu.

Hey Apple!

{The “Gagfilms” logo appears with the iconic dynamite for the “I”. A hand comes down and lights the dynamite with a red lighter. The dynamite later explodes, and as the flames go away, “The Annoying Orange” logo appears onscreen. Orange can be heard talking in the background.}

  • ORANGE: {Voice only} Hey Apple! ….Apple! {the logo and black background disappear revealing the orange. The orange is depicted with human eyes and mouth superimposed over him.} Hey! …Hey Apple! Hey! Apple! Hey Apple! Hey Apple! Apple! Apple, Hey! {still heard in the background as it pans over to Apple} Hey Apple! Apple!
  • APPLE: What?! What?! What is it?!
  • ORANGE: Orange you glad I didn’t say “Apple” again? Nya ha ha ha ha ha ha ha ha ha! {still heard in the background} Nehehe, yeah! Whoo!
  • APPLE: {Sarcastically} Yeah, that joke was funny the first 400 hundred times you said it.
  • ORANGE: Hey Apple!
  • APPLE: What?
  • ANNOYING ORANGE: You look fruity! Nahahahahaha {still heard in the background} nahahahaha…
  • APPLE: {Sarcastically} Yeah, th– that was hilarious.
  • ORANGE: Hey! Hey Apple!
  • APPLE: What?!
  • ORANGE: Can you do 10 push-ups in 10 seconds?
  • APPLE: {Scoffs} What kinda question is that? I don’t even have arms. How am I gonna do 1 push-up?
  • ORANGE: Hey!
  • APPLE: WHAT?!
  • ORANGE: Hey Apple! Can you do this? {sticks tongue out} Nung-nung-nung-nung-nung-nung…nung-nung-nung-nung-nung..nung-nung! Try it! Nung-nung-nung-nung-nung {switches toung to other side of mouth} NUNG-NUNG-NUNG-NUNG-NUNG-NUNG-NUNG-NUNG! {still heard in background} Dub-dub-dub-da-dub-dub-dub!
  • APPLE: Okay, you’ve made your point! Stop it!
  • ORANGE: {Spitting} Bweb-bweb-bweb-bweb..bweb-bweb.. {still heard in the background} nu-nu-nu-nu…
  • APPLE: Would you please be quiet?!
  • ORANGE: Nu-nu nu-nu-nu– {has a worried expression on his face}
  • APPLE: For crying out loud, would you stop yammering for longer than 3 seconds?! I can’t even hear myself think! Huh! {huffing and puffing}
  • ORANGE: Hey Apple!
  • APPLE: WHAT?!
  • ORANGE: Knife!
  • APPLE: Huh?!

{A person holding a knife comes down and cuts Apple in half.}

  • APPLE: AAAAAAAAAAAHHHHHH!!! {keeps on screaming while cutting sounds are still heard.}
  • ORANGE: {With a very scared expression} Oooh! I– I warned you! Ow! Well that looks like it hurts!

{Hands pick up all the slices and carry them away}

  • ORANGE: Tried to warn him… {sighs while the screen zooms out revealing a pear sitting right next to him} Hey Pear!
  • PEAR: Oh god…

I got friends who memorize this script.

Source: Annoying Orange
Video: Annoying Orange

Selamat BerSPM 2

Masa minggu SPM dulu, kitorang 10 orang lelaki kat asrama, mintak kebenaran warden nak masukkan meja dalam dorm. Lepas tu, mintak kebenaran warden nak pindahkan tivi dari dewan makan ke bilik stadi. Semua permintaan, warden luluskan tanpa banyak songeh. Maklumlah, warden baik hati. Eh. Mintak dengan warden? ke Cikgu Penolong Kanan? ke Cikgu Disiplin? Entah lah. Tapi cikgu tu memang kasi.

Jadinya, masa SPM kitorang hip dari selalu. Lagi pula semua budak lain dah balik bercuti. Yang tinggal, 10 orang lelaki je kat asrama. Hip tak hip. Bosan pun datang. Nak buli junior pun junior takde. Nak ngorat makwe junior pun, makwe junior pun balik kampung. Yang ada, makwe senior. Tapi itu kita cerita lain.

Bila dah bosan, campur budak-budak semua pandai-pandai. Maka ada sorang rekemen seludup masuk Playstation. Ok. Aku pula ditugaskan membawa Playstation 2. Jadinya, pada minggu itu kami berstadi playstation dan playstation 2 di bilik stadi.

Dan hasilnya, takda sorang pun dapat straight A dalam SPM.

Selamat BerSPM

Masa sekolah dulu, tingkatan 4. Aku tak pernah buat kerja sekolah karangan. Masa orang duduk prep malam, masa tu orang buat karangan dan kerja sekolah yang lain. Aku tak. Orang lain pun ada tak buat juga. Ada yang tidur. Yang biasa buat kerja sekolah masa prep adalah budak perempuan. Ini tipikal. Budak laki main lumba kalkulator saintifik. Aku nak kata champion main, tak juga. Tapi benda ni lah yang buat kalkulator aku hilang. Kira masa sekolah dulu, benda yang paling mewah adalah kalkulator saintifik lah.

Ok lah. Itu je aku nak cerita.

Reviu Cincai: Harry Potter & Deathly Hollows Part 1

Semasa menulis ini, saya dah menonton 2 hari lepas muvi ini dan macam biasa, saya akan ingat-ingat lupa tentang scene-scene yang tiptop.

Cerita sikit pasal Harry Potter. Harry Potter merupakan ahli sihir yang boleh dianggap "The Chosen One" kerana mempunyai kuasa atau setara kekuatan untuk berdepan dengan Lord Voldemort yang merupakan villan dalam cerita ini. Kekuatan itu sebenarnya tidak disedari beliau kerana beliau masih kecil dan memerlukan tunjuk ajar daripada orang lain. Sebanyak tujuh siri, semua cerita melibatkan Harry Potter dan Lord Voldemort. Bagaimana Lord Voldemort mahu bangkit semula, bagaimana Lord Voldemort mahu membunuh Harry. Bagaimana Harry Potter mahu menghalang kebangkitan Lord Voldemort. Semua telah diceritakan di dalam 6 siri muvi yang lepas.

Dan kini, kita sedang berada di bahagian penghujung siri ini dan terpaksa dipecahkan kepada 2 bahagian.

Secara jujurnya, ini adalah muvi untuk fan Harry Potter. Peminat novel Harry Potter. Kerana, hampir semua yang ditulis di dalam novel, diadapatasi dengan baik di layar perak. Sebab itu muvi ini terbahagi kepada dua bahagian, kerana novel terakhir sangat tebal boleh dibuat baling anjing. Oleh kerana saya peminat Harry Potter, saya dapati. Semuanya memuaskan. Apa adegan yang saya gambarkan ketika membaca novelnya, hampir sama ketika difilemkan.

Dan saya kasi 4/5 untuk ini.

Tetapi, secara penonton yang tak tahu apa Apa bloody hell gua tengok cerita ni. Zup Zap Zap. Lawan-lawan sikit, lepas tu lari. Nak cari mende ni? Horcrux tu apa bende ni? Kalu bunuh Lord Voldemort terus tak buleh ke? Apasal dia takde hidung? Orang power sangat memang takde hidung ke? dan sebagainya. Ya, banyak persoalan timbul sekiranya anda tak tahu apa-apa mengenai Harry Potter. Jadi saya sarankan anda, pergi lah baca novel sebelumnya atau menonton siri yang lepas-lepas supaya tidak menjadi noob yang sebelum masuk panggung, "Wah. Harry Potter! Jum tengok. Sebab ramai yang tengok. Misti best yedok?" dan kemudian lepas keluar panggung, "Apa bende cerite ni?"

Dan saya kasi 3.5/5 untuk POV orang tak tahu apa-apa.

p/s: "Let Me In" adalah muvi yang terbaik dan wajib ditonton sekiranya anda peminat vampire. Ya. In fact, saya tak pernah approve Twilight movie vampire.


Review Cincai: Dua Alam

Terus terang aku kata. Siapa tak pergi tengok cerita ini memang rugi. Dengan jalan cerita yang superb, barisan pelakon yang mantap, bunyi latar yang sangat kaw, penggunaan cgi yang sama taraf dengan filem omputih (lebih hebat dari Cicakman), cinematografi yang kreatif dan aksi-aksi ghairah yang tak di tapis. Cerita ini memang sesuai untuk semua penggemar filem. Berikut adalam review dua alam aku.

Cerita ini mengisahkan seekor kucing, Sam yang terjumpa teko ajaib. Kerana kuriositinya dia telah cuba menggosok teko tersebut akibat terpengaruh dengan cerita dongeng Aladdin. Namun kerana Sam tak punyai tapak tangan maka dia hanya boleh mencakar saja teko ajaib tersebut. Dek kerna kegagalan menggosok tersebut dia hanya boleh mengintai ke dalam lubang teko ajaib tersebut dan disitulah dia nampak Nora Danish sedang berkemban didalamnya. review dua alam

Sam yang ghairah tadi menjadi tak tentu arah apabila Nora Danish menjeling ke arahnya. Dan Sam secara tak sengaja telah tertebalikkan teko itu hingga menyebabkan penutupnya terbuka. Nora Danish berterima kasih pada Sam lantas mengurniakan Sam pangkat Dato' Sri Tan Sri berserta sebuah telepon bimbit Blueberry. Namun Sam yang tak bersyukur meminta lebih dari itu. Dia minta mahu berkahwin empat dengan artis-artis negara yang melatop seperti Rozita Chef Wan, Fasha Sandal, Mayat Karin, dan juga Adibah Nur (Macam Saiful Apek dalam 4Madu).
review dua alamreview dua alamreview dua alamreview dua alam
Nora Danish yang jeles dek kerna Sam tak mencalonkannya telah mengamuk lantas menyumpah Sam menjadi katak. Maka terpaksalah Sam menyara perut dengan serangga dan hidup dua alam.

Saya bagi rate filem ni 9.13/10.

Manusia dan Lembu

Tiba-tiba teringat cerita Mr.Brain episod 2, bila GACKT jadi kanibal. disoal oleh pegawai penyiasat kenapa makan daging manusia? dijawab dengan soalan, kenapa kau makan daging lembu? haha sambung maraton ulangan Mr.Brain akibat ketandusan cerita menarik.

Oh tak terlambat nak ucap Selamat Hari Raya AidilAdha kan? Ucap Selamat Hari Raya Korban, macam kurang enak, kerana ramai yang guna perkataan korban sebagai bahan usikan.

p/s: The social network kurang umph lah, ke aku salah tengok cerita?.

p/s/s: Entri yang memang Randum

Selamat Hari Raya Korban

Masa sekolah dulu, aku satu asrama dengan budak india. budak india ini memang baik, dan sporting. Walaupun dia seorang sahaja budak india dalam sekolah aku tu. Tapi dia rilek je. Siap buleh baca al fatihah dan doa makan.

Tapi apa-apa pun, dia kuat berpegang pada agama dia. Tiap-tiap hari Selasa, dia akan berpuasa,dan berbuka dengan makanan sayur-sayuarn. Kalau tak puasa pun. Dia akan jadi vegan.

Pada hari selasa itu jugak lah, ayah dia akan datang ke asrama dan bawak makan untuk dia dan sudah termaktub dalam undang-udang dan adab tatasusila budak asrama, kalu mak ayah bawak makanan, diwajibkan makanan itu dikongsi kepada rakan-rakan yang lain. Nak tak nak, saya dan kawan-kawan berkongsi makanan tersebut. Sayur pun sayur lah. Kadang-kadang ada Ladhu. Ladhu pun Ladhu lah. Sedap jugak.

Tapi kadang-kadang budak ni buat dajal jugak dekat budak india ni. Walaupun dia selalu berkongsi makanan dengan orang lain. Orang lain, tak semestinya kasi makanan dekat dia. Walhal megi sekali pun, member gua tuduh dia dah letak daging lembu dalam tu. Jadinya, budak india tu tak buleh makan. Pasal respek kat tuhan dia.

Scene ni masih terngiang-ngiang dalam fikiran saya. Jadi tauladan cerita di atas, adalah..

Ah. Dah besar dah kan. Baik buruk pun nak kena cerita lagi.

Dia & Ehem, Ehem, Ehemnya

Pengumuman.

Paiseh dah update blog. Tapi dia tulis Ehem, Ehem, Ehem sahaja. Gua tafsir, dia bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Baru dapat aura dari Rahimin yang baru kawen kot.

Kalu betul tafsiran gua, kira gua buleh bukak syarikat MLM. Produk dia, Tafsiran. Modal tak ada. Tapi dijual dengan harga RM500. Untung dia senang sahaja, cari dua orang daftar bawah korang. Dapat RM20. Yang bawah korang tu, dapat cari bawah dia dua orang lagi. Korang untung RM15. Kira macam tu lah. Produk kita jangan sebut mana. Yang penting cari orang bawah kita dulu.

Sekian. Ehem. Ehem.

Mari Belajar Menggoda dengan Betul

Ya. Muka pakcik ini sangat kelakar. Ok. Dia buat muka "Hey Baby" dalam banyak adegan.

Dipercayai pakcik ini dari Filipina. Ya. Filipina. Kalu sapa-sapa tergoda dengan pakcik ni, kira tak jauh lah nak bersama. Yedok?

Kihkih.




Reviu Cincai: Megamind

Tadi. pegi. tengok. mega.mind.

Cerita.ok.tapi.tak.fun.

Mula dengan cerita orang jahat lawan orang baik. Kemudian orang baik mati. Orang jahat bermaharajalela. Bila lama sangat bermaharajalela, orang jahat jadi bosan. Orang jahat buat balik orang baik. Orang jahat latih orang baik jadi hebat sebab orang jahat nak lawan orang baik. Kemudian, Orang baik jadi hebat. Semasa training orang baik, orang jahat hampir-hampir jadi baik. Lepas itu, orang jahat mahu jadi baik. Orang baik pulak kecewa. Orang baik kecewa sampai nak jadi orang jahat. Disebabkan kecewa, orang baik yang dah jadi orang jahat tu musnahkan bandar. Orang jahat yang dah jadi baik tu, berusaha nak selamatkan bandar. Lawan punya lawan punya lawan punya lawan. Rupanya orang baik yang mula-mula mati tu, hidup lagi. Jadinya, orang baik yang jadi jahat lawan dengan orang baik yang mati awal-awal bergabung kuasa dengan orang jahat yang jadi baik.

Dan akhirnya orang jahat yang jadi baik tu menang. Hepi ever after.

Banyak lagi plot saya tak cerita. Tapi cerita dia lebih kurang macam tu lah. Stori dia saya rasa original. Tapi takde lah kelakar sangat. Nak tonton 3D pun tak rasa berbaloi.

Oh, btw. Sekarang nak dekat musim cuti sekolah. Budak-budak sekolah dah pandai ponteng. budak kecik masuk panggung bising. Tak fun nak tengok. Tapi masa saya tengok tu, takde lah budak bising mana. Kalu bising, saya jerkoh. Kihkih.

Ok lah. Rating saya kasi untuk muvi Megamind ini adalah;

3/5 bintang randum.

Kalu kamu tak setuju dengan reviu saya, sila berikan pendapat anda di ruang "Anda Bagaimana?"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails