Pages

Papadom & Segmen Baru

Oh, baru saya ingat. Minggu ini, Papadom bakal ditayangkan di pawagam. Saya buleh dikatakan peminat Afdlin Shauki, mahu menonton filem itu di pawagam. Tapi menurut kata beg duit saya, duit yang ada tidak mampu untuk membawa saya menonton ke pawagam. Apatah lagi, menimbang berat badan di mesin timbang 20 sen. Peh, saya bengakrap lepas raya.

Jadi, saya terpaksa tangguhkan rancangan menonton sehinggalah bantuan kewangan saya sampai. Apa-apa pun, kita layan trailer dia dulu. Sungguh pun hanya berberapa minit, cukup buat hati saya duka lara ini, tenang dan tenteram. Eh, sejak bila saya duka lara. Tadi elok je gelak-gelak berborak dalam telepon. Duka lara pesen apa? Pesen Two Point O?, monolog saya sendiri di sudut bilik.



Peh. Tak dak audio pulak. Apa kes tengok trailer tapi tak audio. Macam tengok cerita Charlie Chaplin..Yo! Tapi saya letak juga. Sebab nak tunjuk belog saya ini interatif dan invotif. Hari tu saya tengok, ada suara. Bila nak letak kat sini, tak dak pulak. Ini kes sabotage ke apa?

Owh, saya ingat nak buat satu segmen baru la. Segmen bervideo. Segmen dimana video-video yang saya jumpa dekat internet dan menarik. Saya post dekat belog ini. Amacam? Stedi dok? Anda semua buleh beri nama cadangan untuk segmen bervideo saya ini. Nama segmen. Bukan nama video saya. Saya pun tak bikin lagi video sendiri. Nak berlakon pun tak reti. Apa tah lagi menipu. Cadangan anda buleh tulis di kotak "Anda Bagaimana?". Hati-hati klik kotak tu. Takut terklik iklan pulak, Saya kaya seposeng.

Baik. Saya akan mulakan dengan meletakkan video yang baru saya jumpa masa saya menjelajah KNizam tadi. Website die. Bukan dia. Yo!

Video lagu Black Eye Peas. Diaorang nyanyi masa Oprah anjurkan konsert. Apa menariknya? Tonton la sendiri. Saya pun kagum dengan seni yang diorang buat.



Hebat kan? Oprah siap menjerit-jerit lagi. Memang pesen Oprah doh. Musing ketang.

p/s: Pada saat post ini dibuat, Youtube telah memutekan semua video. Memang dasar sabotage.

p/s 2: Silap. Bukan Youtube sabotage. Plug speaker saya tak on rupanya. Patut la rasa nak sepak diri sendiri.

Metamofosis Amat


Pagi itu, Amat tersedar dari tidur dan merasakan sesuatu yang pelik telah berlaku pada dirinya. Oh. Memang sesuatu telah berlaku pada diri dia. Atau lebih tepat, kepada kaki kanan Amat.

Kaki kanan Amat telah tertukar menjadi kucing hitam. Warna hitam, berbulu. dan ianya sedang mengiau-ngiau. Dia tak pasti apa baka nya. Yang penting, kaki Amat sekarang seekor kucing, hitam, berbulu lebat, dan sedang mengiau-giau.

Amat pejam kan mata. Dalam-dalam. Mana tahu itu hanya ilusi, atau pening-pening biasa. Tapi bila dia buka mata balik, kaki dia tetap seekor kucing.

Gila, fikir Amat. Ini semua gila.

Mana ada orang berkaki kan seekor kucing. Nak pulak tu, sebelah je. Kalau dua-dua belah. Okay gak. Amat cuba fikir positif.

Atau aku terjangkit dengan selsema kucing. Selsema jenama baru. Selsema yang membuatkan salah satu anggota badan bertukar menjadi seekor kucing. Dan sebaran selsema ini melalui udara atau air. Hmm..mungkin juga. Amat berteori saintifik pula.

Tapi, Mana aku dapat selsema ini. Semalam aku pergi mana?

Aku pergi kedai mamak depan. Lepak di sana. Berborak bersama kawan-lawan. Tapi..

Kawan-lawan aku semuanya okay. Tak bermasalah. Tak dak seorang pun yang anggota badannya bertukar kucing. Kecuali mamak itu yang bermasalah. Order lain, dapat lain.

Kalau semua orang okay, kenapa aku yang kena?

Bahaya. Serius. Ini Bahaya.

Amat bangun dari katil, terhincut-hincut. Tak biasa berjalan dengan kaki yang bentuknya kucing hidup. Lagi pun dia nak kencing. Bangun dari tidur mesti lah kencing dulu.

Kaki kanan/kucing Amat mengiau-ngiau bising. Tak larat menahan berat badan Amat. Agaknya. Amat tak faham bahasa ngiau. Ah, lantaklah. kata Amat. Sapa suruh jadi kaki. Nak tak nak, terpaksa la tanggung azab.

Lepas kencing, Amat kembali duduk di katil. Fikir-fikir apa yang seharusnya dia buat dengan keadaan yang sebegini rupa.

Jumpa doktor? Mungkin.

Jumpa bomoh? Ah, Amat tak percaya dengan bomoh.

Jumpa tok kadi? Ini tak dak kaitan dengan jodoh.

Dia tunduk sambil perhatikan kaki kanan/kucing itu. Kemudian pelan-pelan dia usap kepala kucing/kaki kanan itu. Ah, comel pulak kaki kanan buat muka stim kena usap. Amat usap lagi. Ah, ini kucing manja, getus Amat selepas kaki kanannya mengiau comel. Amat tersenyum spotan.

Kecomelan dan kemanjaan kaki kanan/kucing Amat seolah-olah memujuk hati Amat supaya kekalkan dia di tempatnya. Dan Amat seolah-olah termakan pujuk rayunya.

Biarlah, Amat kata. Biarlah dia dekat situ. Mungkin ada sesuatu yang baik akan berlaku.

Dan Kalau tak baik, Esok Aku potong, Tegas Amat. Sambil dia buat mata sepet, merenung tajam ke arah kaki kanannya.

Hari pun semakin petang.

[Cerita ini ditulis pada bulan 7 hari tu. Kalau tak silap la. Kot. Entah la, buleh tanya Farhana. Dia orang pertama baca, masa baru siap tulis.]

Recap Hidup Saya Minggu Lepas

Saya pun tak tahu, kenapa saya suka sangat ubah tagline belog ini. Kejap jadi, "Hidup Ini Randum", Kejap, "Hidup Itu Randum". Nanti jadi, "Hidup Ini Randum" balik. Esok ubah lagi. Pah ceroh berubah.

Raya saya, biasa dan meriah. Penat juga beraya ni. Raya pertama, beraya. Raya kedua, kena paksa raya. Raya ketiga, saya terlupa nak pergi rumah terbuka raya kawan saya atas alasan terlampau sibuk kena beraya. Raya keempat, beraya di atas jalan raya. Raya ke lima, beraya di sekitar Kuantan. Raya ke enam, beraya di dalam bas sambil baca buku Dik Cerdas (Vol 49.. Yo!). Raya ketujuh, baru lah saya berenti beraya. Dan duit raya saya sudah habis berjoli makan.

Oh, terima kasih kepada yang telah mengucapkan saya selamat hari jadi kepada saya tempoh hari. Kira bagus juga la ada yang ingat. Saya haritu, nyaris lupa harijadi sendiri. Kadang-kadang saya terkonpius dengan hari jadi orang lain. Nasib baik tak terhantar mesej selamat hari jadi kat orang tu. Macam bodoh juga kalau terhantar ya? Mesti dia forward balik mesej tu kat saya balik.

Lagi, saya dah ubah layout belog ini. Terima kasih atas teguran Macha yang kata layout saya dulu lambat nak loading. Padahal internet dia yang lembab macam kura-kura. Ada mitos urban berkata, Internet Lembab sebab Tuan guna tu lembab. Itu Mitos kata, bukan saya ya?

Apa-apa pun, anda bergembiralah di belog berwajah baru saya ni. Main elok-elok. Jangan bawa perempuan masuk dalam bilik bujang pulak. Nanti kena tangkap khalwat.

Saya baru tengok cerita ini; Kamen Rider W. Nak Bertukar kena ada Pendrive. Jenama Kingston punya tak buat boleh ya?

Cerita Saya Di Universiti

Saya rasa saya seorang yang tidak glamer di universiti. Tak ramai orang kenal. Kenal, tapi mungkin tahu muka atau nama. Tapi saya tak kesah. Buleh saya buat perangai saya sendiri.

Setiap kelas yang ada pada hari itu, saya akan hadir tepat pada waktunya. Contoh; Kelas pukul 9. Saya akan bergerak dari rumah, pukul 9. Jarak Fakulti dan Rumah Sewa, tak jauh. Penat jugak kalau berjalan kaki. Tapi Saya tak bodoh, untuk berjalan kaki sejauh 11 km (anggaran kasar). Saya gunakan motosikal automatik saya untuk ke sana. 5-10 minit, akhirnya sampai. Dan bila saya sampai, pensyarah sudah memulakan kelas. Saya masuk senyap-senyap. Dan duduk diam-diam. Kadang-kadang, saya angkat kening untuk Budak Tabligh yang tegur dalam kelas.

Kelas biasanya, 1 setengah jam hingga 2 jam. Kadang-kadang 1 jam 45 minit. Ikut mood pensyarah. Mood Pensyarah pula ada yang bergantung kepada Mood Pelajar. Kalau semua pelajar dah pakat buat muka toye blur dan ada yang tertidur; Macha biasanya, mood pesyarah nak ajar pun jadi kucar-kacir. Ya, saya dapat bayangkan perasaan kalau membebel kat depan, tapi tak dak orang lain layan, saya akan rasa malu. Angkara malu, saya akan habiskan ucapan saya cepat-cepat.

Untuk keluar dari kelas pula, saya yang biasanya sudah berangan jauh ke bulan akan kembali fokus memerhatikan tindak-tanduk pesyarah. Tapi biasanya, saya akan tanya rakan yang duduk di sebelah, "Dah habis ke?", angkara puteri di bulan tidak membenarkan saya pulang ke dunia nyata. Dengar saja jawapan rakan di sebelah, "Dah", cepat-cepat saya sauk beg saya yang saya pun tak tahu apa tujuan saya bawa, padahal bukan saya buka dan keluarkan nota. Eh, bukak jugak kadang-kadang. Ambik pensil dan kertas. Kemudian melukis.

Lepas saya sauk beg saya dan berdiri, baru lah orang lain akan turut berdiri sama dan berkucar-kacir. Saya? Saya sudah keluar dari kelas dan terus ke parking motor untuk balik ke rumah.

Akibat itu, rakan sekelas yang lain, sentiasa bertanya, "Ko datang kelas tak?" Dan kadang-kadang saya tuduh dia tak datang kelas sebab tak bertentang mata di kelas.

Huhu. Simple juga hidup saya di universiti ya. Pergi kelas dan balik. Pergi, balik.

Fakta: Walaupun, saya selalu lambat ke kelas. Ada lagi yang lagi lambat dari saya. Saya menggelarkan beliau, Ketua Skuad Datang Lambat. Siapa yang datang lambat dari dia, haruslah meminta maaf dari dia dan berjanji tak nak datang lambat dari dia. Lagi.

Yoshito Usui: Bapa Anime Manga Crayon Shin Chan

Siapa Yoshito Usui ini? Yoshito Usui ini merupakan pencipta komik Crayon Shin Chan. Alah. Yang korang duk gelak-gelak tengok cerita ini pukul 7 petang Setiap Sabtu. Yang pasal si budak berumur 5 tahun yang amat nakal dan berfikiran sangat "Naive" .



Buleh dikatakan aku memang membesar dengan Komik ni. Aku baca sejak umur aku darjah 1 lagi, masa umur 7 tahun. Separuh daya fikiran aku dipengaruhi oleh komik ini. Walaupun, komik ini buleh diklasifikasikan sebagai bodoh oleh sesetengah orang, namun aku menganggap komik ini sesuatu yang berkualiti. Lawak simple dan tak berulang, tapi bermesej.


Yoshito Usui sering memparodikan movie-movie yang terkini untuk dijadikan cerita dalam Komik Shin Chan. Dan ianya merupakan jenis genre lawak yang aku suka. Lawak parodi.

Tapi apa-apa pun, Yoshito Usui sudah pun tiada di dalam dunia ini. Dia telah meninggalkan kita semua.

Dia telah dilaporkan hilang dari tempat tinggalnya, Kasukabe pada 12 September 2009 selepas gagal untuk pulang dari aktiviti pendakian. Mayatnya telah dijumpai jatuh di dalam gaung berdekatan Gunung Arafune, Gunma. Identiti beliau telah disahkan berdasarkan rekod pergigian dan keluarganya pada 19 September 2009.

Dem. Kalau lah aku tahu berita ini awal-awal, kompem aku menangis bila beli Crayon Shin Chan Vol 49 semalam.

Serius. Aku respek Yoshito Usui pelukis Shin Chan yang berjaya buat aku gelak, walaupun dah baca cerita itu sebanyak 200 kali.

Apa-apa pun, aku tinggalkan entri ini dengan quote kata orang ternama,

'Putus Asa' itu mudah! Tapi nak 'putuskan putus asa' itu lagi mudah! - Shinosuke Nohara, Crayon Shinchan Vol 49.


Soklan & Jawapan

Pertama kali letak gambar bahu sendiri dalam Blog ini.

Apa Perasaan anda ketika anda sedang memandu di waktu malam dalam kelajuan 100kmsj manakala rakan anda pula sibuk mengambil gambar sehingga cahaya flash yang dikeluarkan menganggu pemanduan anda?

"Rasa nok langgor divider" - Aku.


Mimpi Iklan

Suara-suara iklan dalam mimpi aku, semalam.

"Minum lah Kopi Kuat. Pasti bini tak marah"

"Percuma, Beli 1 kotak percuma 1 kotak"

Serius. Bila kau hidup pada tahun 3000. Iklan akan turut dipamerkan dalam mimpi kau.

Dasar kapitalis.

Raya Ke 7

Heh. Orang kata, Raya itu Indah. Raya itu Meriah. Tapi itu orang kata.

Aku kata, raya itu fun. Bila kau dapat bersama dengan kau sayang. Kau cakna. Kau beraya ke mana-mana senantiasa bersama. Bergurau dengan makcik jiran tentang mahu meminang anak daranya dan kata, kononnya kita baru saja beli kapal selam dan parking di Lumut. Ya, itu juga seronok.

Itu belum kau suruh mak kau pergi tekel mak awek cun dan suruh mak berkawan rapat dengan mak awek cun tu. Nanti, senang la kau nak dijodohkan dengan awek cun tu. Bila kawan-kawan tanya, mana dapat bini cun? Kau kata mak carikan.

Kadang-kadang bila terfun sangat, kau akan rasa duka selepas itu. Seperti Contoh;

"Aku nak pulun esement lepas raya ni. Serius." Aku kata. Serius.

Kemudian tak lama rakan yang lain sambut dengan hilai tawa.

Peh. Pedih hati. Rasa nak minum air Ribena je.

Berbuka di Kedai Mamak

Petang itu, aku rakan berborak sambil tunggu berbuka di kedai Mamak.

"Aku tak tahu ar apasal dengan motor aku sekarang ini, dah jadi lain."

"Asal? Motor ko dah jadi Optimus Prime?"

++++++

"Apa kata kita pakat-pakat buat video hari raya. Lepas tu hantar kat student Malaysia kat luar negara."

"Dalam tu, kita kata la, "Padan muka tak buleh makan lemang." Kita sebut serentak, ramai-ramai."

Petang itu, aku rakan berborak sambil tunggu berbuka di kedai Mamak. Dan Cis!. 15 minit lepas waktu berbuka, makanan tak sampai-sampai lagi.

Under Construction

Kembali selepas raya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Pejam Celik

Pejam celik, Pejam Celak, Pakai baju, bukak baju, tengok bulan, tutup mata, mandi manda, main fesbuk, tutup fesbuk, tengok drama, download drama, baca komik, malam sahur, siang berpuasa, bukak posa sini sana, baling sana, baling situ, terngorat sana, dingorat situ.

Sedar-sedar dah nak (dekat) seminggu kita dah nak beraya ya?

Tapi aku tak kesah, Raya. Yang penting hari Sabtu ini aku ada presentation untuk Final Year Project 1. Debar, cuak. Mesti ada. Normal.

Jadi, ada sapa-sapa nak tolong aku baling fakulti aku sampai langit? Biar kansel presentation aku Sabtu ini.

Masuk Pertandingan Bowling

Dalam beberapa bulan yang lepas, aku dan rakan sekelas, dan juga rakan serumah seramai 4 orang telah menyertai pertandingan bowling di bawah anjuran pihak Jawatankuasa Kediaman Luar Universiti. Aku turut serta pun sebab diajak beria-ia oleh rakan serumah dengan alasan, kalau aku tak masuk, dia nak tidur luar. Aku tak buleh tengok orang tidur luar ini, kesian. Hati sensitip.

Aku bukan la terer sangat main bowling. Cukup la sekadar 80-120 pin jatuh satu game. Lagi pun, budak tu ada hutang RM5 dengan aku. Dia nak bayarkan wang penyertaaan, la kononnya.

Lalu, aku pun bermain. Baling-baling, baling-baling. Akhirnya, dapat la jugak tempat ke 5 keseluruhan dari 16 kot tempat. Kurang pasti. Dan memperolehi hamper yang paling kecil yang disediakan penganjur.

Tapi,

Sampai sekarang hamper tu tak terbukak-bukak, duduk aja kat tepi dinding kat ruang tamu. Macam tak terusik langsung. Diabaikan oleh kami. Sepi je dia duduk kat sana. Lalu aku menggelarkannya;

"Hamper yang kesepian"

Bergaduh dengan Belog

Bulan Ramadhan ini, aku kurang menulis sebab rasa terlampau banyak untuk dilakukan dalam masa ini. Seperti Contoh; Membuat status di fesbuk, bermain game berkebun di fesbuk, balas komen gambar di fesbuk, Men'ignore' Bestfrend, BFF, Fan apa jadah request di fesbuk dan lain-lain di fesbuk.

Fakta:

Oh, Ini dia tokey Fesbuk. Mark Zuckerberg, umur 25 tahun, billionaire, muke selenge, CEO, dan pakai sweater dan selipar je pergi kerja. Aku gelar dia, jutawan kemalangan. Sebab pada asal dia nak buat site sosial networking yang diberi nama, "Thefacebook" untuk budak-budak Harvard je. Lepas tu, tah macam mana kolej lain pun buleh nak terlibat sekali. Lepas tu merebak satu Amerika, lepas tu jadi fenomena "Ko ada fesbuk dok?" di seluruh dunia.

Aku paling tertarik dengan idea macam mana dia nak buat fesbuk ini. Punca nya, dia kena tinggal awek. Lepas tu dia kecewa, marah membara. Bengang nak mampus. Jadi, dia pun hack la satu website ini yang digelar Facemash. Website dalaman Hazvard yang membandingkan gambar yang mana hot yang mana tak hot. Dia hack-hack, sampai la dia hack data-data private admin Harvard. Dan akhirnya nya kantoi. Tapi tak kena tindakan. Dari situ lah dia start develop idea-idea dia. Sampai la jadi kegilaan ramai.

Tambahan: Dia kena saman pasal dia ubahsuai website ConnectU (dulu HarvardConnection), modified sini sikit, sana sikit untuk buat facebook. Ciplak idea, Curi coding programming, kononnya dia dituduh. Tapi ada cakap-cakap kawan dia tikam dia dari belakang (Pepatah, Bukan tikam betul-betul). Kira dia dah kaya,baru la ada orang nak claim macam-macam. Entah la. Aku pun tak tahu, sekadar dengar khabar angin. Tapi bende ni dah setel, 65 Juta diberi secara stock saham,kebanyakan 20 Juta diberi tunai. - Terima kasih kepada Sham yang ingatkan pasal ini.

Tambahan Lagi: dengan cerita, dia nak buat movie pasal Mark ini, macam mana dia starting buat facebook. Casting utama dia, O'shia. Alah yang berlaku cerita transformer tu. Muka diorang pun lebih kurang sama kan?

Owh

Owh..

Owh.

Owh..

Owh..

Owh..

Owh..

Owh..

Owh...

Owh..

[Amacam? Berseni tak entri aku kali ini. Hahaha. Nanti, ada masa, aku tulis betul-betul. Hu-hu.]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails