Pages

Dating Di Bukit Dimana Munculnya Mentari Dari Timur

Menarik Bintang Jauh ke Riba. Aku sahut-sahut pada bulan. Bulan jadi sepi. Sepi cam sendiri. Aku tahu bulan sepi..cam selalu-selalu.Di ufuk mentari, aku sedar cahaya merah saga makin memancar kuat. Tanda bulan sudah sampai masa.

Gelap makin hilang selow-selow. Cerah makin datang selow-selow jugak. Baru seimbang. Tanpa panik. Farah di riba aku sudah lama tidur. Penat dengar aku bermadah pujangga. Pelik. Farah tak berdengkur macam selalu-selalu. Mungkin dengkuran dia hilang dengan madah-madah berkasih aku.

"Hari ini tiada Simfoni Dengkur Farah" bisik hati kecikku. Aku kembali memerhatikan Mentari yang hanya baru menampakkan kepalanya. Terdapat sekumpalan gadis-gadis genit sedang berlari-lari anak pada waktu itu

"Farah..Farah..U tunggu sini kejap ye. I nak pergi kejar Gadis berjogging" bisik aku perlahan. Moga kata aku masuk dalam mimpinya.

Farah dengan mamainya kata, "Nanti U belikan I Roti Canai Dua ek?"

"Okay"

Kita Main Rilek

"Kita main rilek-rilek dulu. Tenang. Ronaldo je korang kena jaga. Sebab dia, orang tiup sikit, dah tergolek ke mana-mana. Aku lawak masa Ronaldo jatuh. Lagi, korang Jangan Rushing sangat. Lepas satu, dua, tiga gol dulu. Counterattack pun acah-acah je. Defend memang dah sedia lembab."

"Aku takut Fergusong Sakit Jantung je Bila Kita menang Besar Nanti" sambung beliau.

Di atas merupakan Dialog Pengurus Rahsia Bersama-sama Pasukannya sebelum perlawanan hari itu.

Tambahan:

Kalau sapa-sapa nak order "Kacip", boleh la ke link di bawah. Lu tak beli, Lu memang Kodi. KING OF KODI.

http://sol-jah.blogspot.com/

Karya Buruk: Bunga Kembang Malam


Mentari Muncul, Layu lah Dia. Purnama Datang, Segar Bugar. Tengok Bola kot malam-malam.

Ingat Tak Pos Lagi

Akhirnya sampai jugak Blook "Kacip" kat rumah aku. Aku sempat belek la dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan muka surat sebelum bergegas ke panggung. Cam selalu-selalu, cerita yang cuba disampaikan senantiasa ada watak Borhan. Kira Borhan ini Alter Ego Pipiyapong la. Topik bola memang selalu-selalu ada.

Baca muka surat pertama je, Terus Masuk Gear 1 nak senyum. Muka surat dua, Gear Dua. Muka Surat tiga, gear tiga..sampai la gear-gear yang seterusnya. Mana la aku tahu pasal gear. Aku bawak kete pun kete auto. Kenderaan 2 roda pun auto.

Nanti aku scan dan buat ebook. Buat cetak rompak. Bak kata Pipi;

"Setiap cetak rompak. Mesti kerja orang dalam. Lu jangan lupa ajak gua"- Pipiyapong, Facebook, April 2009


Sedar-Sedar Aku dah Buat "Kacip" jadi pengalas Mouse.

Drama SMS

Perbualan SMS antara seorang gadis dan seorang lelaki

"Awak, Esok Saya Takda Test. Tunda", Gadis itu.

"Jadi?" Lelaki itu.

"Malam ni buleh la kite tengok wayang ek?"

"Owh"

"Awak Belanja Saya."

"Owh"

"Buleh?"

"Owh"

"Hehe"

"Owh"

"Nape ni?"

"Owh"

"..."

"Owh"

"Marah ek?"

"Owh"

"Hmm.."

"Owh"

"Takpe lah. Goodnite"

"Gudnite"

Selepas itu, Lelaki itu menempah tiket wayang secara online untuk seorang sahaja. Dalam kotak fikiran lelaki itu sudah merancang aktiviti malam ini. "Lepas tengok wayang, pegi tengok Barca kalahkan Chehsial.."

"Lagi pun mane tahu kalau ada awek lain tegur."Hai Bang, Sorang Je?". Best Jugak" Sambil dia gelak keseorangan di depan PC. Ha-Ha

Hari Yang Biasa

Hari Ini, Perkara-perkara biasa je belaku.

Bangun Tidur. Sak Kok. Main Internet. Makan. Main Internet. Makan. Main Internet. Tengok Anime Intial D. Makan. Tengok Wayang.. Makan. Dan Nanti, pergi bengkel.

Aku perlukan kan keranduman hidup. Seperti. Duit 1Juta jatuh dari langit. Santa Claus menepuk bahu aku. Dating dengan Lisa. Hentak kepala George W Bush. Dan Lain-Lain lagi.

Jadi, ada siapa-siapa mahu berbudi dengan aku?

Hari Itu

Hari tu, aku jatuh dari motorsikal. Dekat bukit. Yang tak pernah aku jatuh. Tiba-tiba terjatuh. Mungkin lajak yang diambil terlampau banyak. Menyebabkan aku jatuh secara mengejut. Aku jatuh menghala ke kiri. Tidak bergolek. Hanya terseret ke tepi. Kecederaan? Hanya tapak tangan ada tiga tanda luka. Bintik-bintik sahaja.

Lepas terjatuh, aku gelak. Gelak Kuat-Kuat. HAHAHAHA.. Kerana;

Awek-awek yang berada di tempat kejadian semuanya tak cun, dan tak sampai tahap yang aku suka.

Aku bersyukur.

John & Malik

Perang Tercetus lagi. Ideologi Demokrasi sekali lagi dicabar. Malik dan John sudah lama menunggu hari itu. Lantas mereka merusuh dan dirusuh. Mencampakkan batu ke arah polis yang sering dijadikan bahan mangsa pertahanan politik dan kemudiannya mereka berundur. Dan kembali datang mencampakkan beberapa lagi batu ke arah polis itu.

"John..John.." Malik bersuara. "Apa kata kita lemparkan kereta Honda Sivic ni ke arah polis?" sambil Malik menyuakan bibirnya ke arah kerendaan beroda empat itu. Gorombolan polis masih lagi bertahan ketika itu.

"Ko gila ke Malik? Kita mana larat nak angkat kereta tu." John menafikan persoalan Malik. Riak wajah John dapat menyakinkan Malik. Malik terdiam dan kemudian berkata;

"Ya, tak ya jugak. Kita bukan Superhero. Mana ada Kuasa untuk nak angkat kereta. Nak angkut awek pun tak larat"

Meraka berdua kembali mengutip batu-batu kecil dan mencampakkan batu-batu itu ke arah gorombolan polis yang sedang mara ke arah mereka.

Curi Tengok: Karya Buruk


Sebab Dude order aku layout belog, ikut cita rasa sendiri. Jadi ini lah kali pertama aku buat layout belog dari basic yang belum masuk part-part coding lagi. Suruh Dude ajar bila dia dah power nanti. Ha-Ha

Penjual Bunga

Aku ambil Bunga. Dan bagi kepada Gadis itu. Kemudian Gadis itu cium pipi kanan aku. Sambil Hulur not kertas.

Aku ambil bunga. Dan bagi kepada Gadis yang Lain. Kemudian Gadis yang lain itu cium pipi kiri aku. Sambil hulur not kertas.

Aku ambil Bunga. Dan bagi kepada Gadis Yang Lain-Lain. Kemudian Gadis yang Lain-Lain itu cium mulut aku. Sambil hulur not kertas.

Ah, Seronok juga jadi penjual bunga ini. Terima Not Kertas dan Ciuman Bagai.

Dan aku terus berangan dalam Hibernasi Sendiri. Aku turut membawa blog ini berhibernasi.

Limah - Reedit

Dekat dalam dapur, ada sorang mak cik tua tengah goreng-goreng atas dapur guna senduk dan kuali. Makcik itu mak Limah. Nama mak Limah, Manja. Makcik Manja. Orang kampung panggil mak Limah, Mak Manja.

Sedara-mara belah mak Limah panggil mak Limah, Mak Long Je. Sebab mak Limah anak sulong dari famili dia. Je pulak ringkasan dari Manja. Limah pula panggil mak Limah, Mama. Ala-ala omputih gitu. Stylo sikit. Pak Limah pulak panggil mak Limah, Anje.

Penah Limah tanya kenapa panggil mama camtu? Kuno la. Tak KL la. Pak Limah jawap dengan tenang soklan Limah. Pak Limah jawab, itu nama timang-timang, nama geli-geli. Barulah rumah tangga bahagia. Limah pandang muka pak dia lama-lama. Kemudian Limah jadi geli bila dengar jawapan pak dia. Lalu tak pasal-pasal dia karate belah dua decoder astro pak dia. Dan campak belahan decoder tu dalam mesin basuh.

Lepas kejadian itu, Limah kena denda haram tengok tv seumur hidup dengan pak dia. Tapi itu kisah 2 bulan lepas. Sekarang Limah dah buleh tengok tv. Itu pun lepas Limah tulis surat rayuan kepada pak dia pasal musim AF 7 dah nak start. Atas dasar kasihan, pak dia kasi la. Tapi kena sain memorandum persefahaman dulu.

Niat

Semalam, satu hari berjalan. Jadi tak sempat nak update belog sampai 3 kali sehari. He-He.

Dalam berjalan-jalan aku berjumpa dengan buku idaman. Buku itu memang susah nak jumpa. Nak-Nak kat Malaysia ni. Orang Beseroh kata Rare. Memang susah lah. Pusing satu negara pun tak dak gak.

Bila niat nak cari tu, memang tak jumpa. Tiba-tiba tak niat apa pun, jumpa pulak. Randum gila. Betul lah. Hidup Ini Randum. Kita tak semestinya nak apa yang kita dapat. Tapi dengan usaha yang kuat, kita boleh berjaya. Bak Kata Pepatah Pujangga Nik Hasby (Entri medatang aku akan tulis nama Pujangga, Dude) ;

"Niat Baek, Ada Usaha, Betul Cara, Kerja Kuat, Pasti Berjaya"

Pasti malam ini aku tidur dengan senyuman selepas membaca buku itu. Ya. Buku itu.

Crayon Shin Chan (Dik Cerdas) Vol 19

Simfoni Dengkur

Zzzz..

ZZ..

Krgooh..

Krgoggoh..

Krgghggg....

Pulangkan Suraya..Krgghh..

Pulangkan Suraya aku..KRgghhoogh..

Zz..

Cak, Cak..*bunyi bibir dipecab.*

Krggooh..

ZZ...ZZ..

[Simfoni Ini Diinspirasikan Daripada Dengkuran Macha]

Berapa Harga

"Aku mahu jual Republik Cinta aku."

"Berapa harga?"

"100 Juta Dosa."

"Aiseyh. Tak Buleh Kurang Ka?"

"Tak Buleh. Aku dah Order Pajero Tadi"

Bilangkong

"Abang Babi.."

"Abang Babi.."

"Abang Babii.."

"Abang Baaaabiii"

"Abang Babi Babi."

"Babi..Babi.."

"Abang Babi.."

Budak itu jerit panggilan nama abang dia. Lepas panggil camtu, abang dia respon sambil terajang maut sambil ke bulan. Dan di bulan budak itu muntah darah dan muka remuk. Dia mati di situ.

Di bumi.

"Dah berapa kali aku cakap, Bukan Abang Babi. Tapi Bang Bi. Celaka punya budak." kata Bilangkong sambil menyapu bersih kasut yang baru di belinya.

"Baaaabiii.." maknya pula menjerit memanggil Bilangkong.

Bagai Nak Rak

Jangan Bunuh Perempuan itu. Jangan!! Jangan!! , Gadis itu menjerit. Menjerit bagai nak rak. Rak Kasut. GILA. Mana ada rak kasut pernah menjerit. Rak bukan kasut pun tak pernah menjerit bagai nak rak.

Kalau ada rak yang menjerit pun, bagaimana bunyinya? Adakah RAK RAK RAK? Ataupun raaaak? Atau lagi RAkKRAKKREAK. Dan dimana tempat lubang keluar bunyi rak itu? Di atas? Di bawah? Atau di paranya? Logik kah rak menjerit menggunkan speaker? Amat Mustahil untuk satu rak sendiri.

Jangan Bunuh Rak itu. Jangan! Jangan!!, Rak itu Menjerit. Menjerit bagai nak rak. Rak yang satu lagi. Rak yang baru.

Semuanya berlaku dalam fantasi impian gadis itu.

Reviu Cincai: Apa Aku Pada Waktu Ini - Siren

Ye lah, Yelah. Aku bilang sama itu Hazim. Dah masuk ni kali ke 3 die kasi tahu yang dia ada lagu baru. Mula aku baca kat belog dia, lepas tu die jerit aku shout out box aku. After dat, die PM dekat Forum SembangToys. Lepas after dat, die jerit dekat Y!M. Bagus promosi die. Sek baek tak buat promosi iklan TV, radio dan iklan di site google. Rasa-rasa nanti dia buat kot.

Siren - Apa Aku Pada Waktu Ini

Aku mula-mula baca kat belog dah download dah lagu dia. Pergh. Melayan melentok jua hati ini. Berbunga-bunga macam kaca. Melodi yang membuat gadis-gadis mampu berteriak dan menangis sawan lalu pengsan jika di dendang secara live. Para-para indie lain terkesima lalu membonceng motosikal yang kebetulan lalu semata-semata mahu membakar gitar Hazim kerana Lagu tu.

Lirik-lirik yang mudah faham dan tak seberapa puitis amat sesuai dengan golongan budak-budak sains, budak-budak matematik tambahan dan juga golongan makcik pakcik veteran yang mahu sesuatu lagu yang baru ketika mahu ke pasar. Budak kecik yang sedang menangis pun buleh terdiam dengar lagu tu.

Mahu turut sama dengar lagu yang baru itu? Biar aku sediakan link dia dekat bawah. Permudahkan kerja.

Lagu Siren Yang Baru Yang Aku Suka Dan Mahu Kamu Dengar

Ha, Amacam Hazim? Aku dah Up Lagu kamu. Upah promosi: Kamen Rider SIC lengkap sepanjang zaman.

Gapai Bintang

Satu ketika dulu, aku pernah mengapai bintang itu. Dan dengan bintang itu aku telah menjadi diri aku yang sekarang. Aku biarkan bintang itu berkerdipan, lama kelamaan ianya semakin malap. Kini aku sedar, mengapa aku membiarkan ianya malap. Mengapa? Kenapa?

Persoalan itu segaja aku timbulkan hingga meningkatkan nafsu rakus ku secara mendadak. Lantas aku kata pada diri ku;

"Esok-esok la fikir. Mengantuk gila"

Dan simfoni dengkur aku berkumandang.

Keh Keh Keh

Pasukan Sekolah Sukan Arsene Wenger dapat skor satu ketika menentang pasukan semua pemain hampir pencen. Jadi? Apa Kes dengan Pasukan Merah Tak Malu Mahu 5 Title yang tak skor apa-apa menentang pasukan Menang Tetap Tak Tersohor malam tadi?

Aku Ceria. Ha Ha Ha.

Senyum Poket

Dia Jumpa dan Kasi Aku Senyum. Aku balas senyum dan simpan senyum dia dalam poket belah kanan Seluar Jeans Levis aku baik-baik. Kemudian, lepas senyum. Kami berpisah.

Selang beberapa minggu, aku tidak lagi senyum. Aku seluk-seluk poket. Poket kiri, poket kanan dan dua belah poket belakang. Seluk mencari penawar duka. Tiba-tiba aku teringat senyum dia yang aku simpan dalam poket belah kanan Seluar Jeans Levis aku. Cepat Aku seluk poket belah kanan. Keluarkan senyum itu dari poket, baik-baik;

Dan aku kembali senyum.

Ke Mana Hari Ini?


Aku sudah ke sana. Anda Bagaimana? Ah, Entri yang pukul 6 petang tu. Aku buat auto Publish.

Lim

Lim. Satu Budaya. Satu Angkatan. Satu Tentara.

Mari menuju Puncak. Puncak apa? Puncak.

Kenapa Avakadabra?

Ada yang bertanya. Apa itu Avakadabra? Aku rasa sudah sampai masa nya untuk membuat entri mengenai itu.

Kenapa Avakadabra?

Avakadabra ini adalah satu ungkapan yang sering dikaitkan dengan permainan ahli silap mata. Abakadabra. Ejaan yang sepatutnya. Tetapi aku ubah mengikut sebutan sendiri. Dan ada kaitan dengan nama-nama Pokemon Psykik yang aku suka. Avra dan setelah berevolusi, Kadabra.

Ungkapan ini aku rasa sesuai dengan keranduman entri - entri di blog ini. Aku cuba mewujudkan element suprises, terkejut. Dan cuba mengkagumkan orang dengan setiap entri yang aku tulis. Setakat ini, tiada lagi yang terasa kagum dengan entri aku. Tetapi aku tetap menulis dan terus menulis dengan sedaya yang termampu.

Kenapa Hidup Itu/Ini Randum?

Randum atau bahasa inggeris betulnya Random. membawa maksud Rawak atau rambang. Dan dalam hidup kita ini, sentiasa berlaku peristiwa yang kita tak jangka atau luar dugaan kita. Hal ini dipanggil peristiwa tidak dijangka atau rambang. Peristiwa Rambang.

Oleh itu, aku gunakan falsafah ini sebagai tema blog aku. Iaitu, entri rambang. Ikut suka hati. Kerana bukan setiap hari aku bersuka. Ada tempoh aku berduka, ada tempoh aku merana. Dan ada tempoh tak rasa apa-apa. Entri Kopipasta atau entri copy & paste juga kadang-kadang berlaku kerana aku membayangkan dalam hidup ini kita terpaksa meniru. Pelbagai lagi benda-benda yang kita tak jangka sebenarnya. Seperti juga blog ini, aku mahu mewujudkan situasi itu, iaitu entri-entri randum.

Kesimpulan

Maaf sekiranya tak dapat memuaskan hati anda dengan entri yang bosan gila. Sebab sekarang aku sudah mengatuk gila. Dan Sudah mula ngarut. tetapi tidak sempat mencarut.

Karya Buruk: Karya Sampah


Satu Karya Buruk Yang Aku anggap Sampah. Sumpah tak lawa. Baru testing power balek main Photoshop. Berkarat skill rupenye.

Tu la. Orang buat repot. Dia main Photoshop. Kan dah huduh.

Hidup Ini Randum

Satu petang, Di Kedai Runcit.

"Nak Budak? Ke nak Peparu ? Ke Gigi? Ke Yang Lain-Lain?" Tanya Acik Kedai

"Surprise Me" Spotan aku.

Hidup Ini Randum

Pakcik, Izinkan Saya ....

Mata masih berat. Dan masa itu baru Pukul 10 pagi. Matahari sudah mahu menegak. Aku dalam bas. Kepenatan.

Mahu sahaja berdengkur kuat-kuat dalam bas. Tanda protes kepada diri sendiri. Tanda protes tidak mahu tidur. Pakcik di sebelah. Sudah lama nyeyak, dan berbunyi kuat. Mungkin bas itu milik dia. Terganggu tidur aku. Rebel aku perlu dilepaskan. Dengkur Pakcik sudah kuat. Lalu aku gerakkan bahu pakcik itu dan berkata;

"Pakcik, Izinkan Saya turut berdengkur di dalam bas ini"

Kasut Dalam Elarti

Kasut-Kasut dalam Elarti itu ada macam-macam jenis. Ada jenis pallas jazz. Ada jenis Converse. Ada Jenis Biasa. Crocodile. Dan Tak Semestinya Kasut. Selipar-selipar dalam Elarti turut ada bersama. Masing-masing terlantar di atas lantai. Penat mungkin. Lagi pun, waktu dalam elarti itu sudah pukul 7 petang. Jadi tak salahlah kalau semua yang berada dalam elarti itu kelihatan letih, penat dan pucat.

Di stesen Seremban, satu pasang kasut masuk. Kasut warna Cokelat. Jenama? EverLast. Agak Lusuh. Mungkin tidak dijaga baik. Kasut itu mengambil tempat di kerusi berhampiran dengan pintu keluar masuk elarti. Untuk menjimatkan masa keluar nanti. Dan mahu jadi kasut yang pertama bila sampai di destinasi. Sudah duduk, kasut itu mula lentok. Ke Kiri, Ke kanan. Ulang-ulang. Ikut Momentum Elarti tu.

"Sopi..Sopi"

"Bangun Sopi.."

Satu suara mengejutkan kasut itu dari lentoknya. Kasut itu perlahan-lahan sedar. Dan menggenyeh-genyehkan matanya. Tampar sikit muka. Biar betul-betul sedar. Lepas itu dia tercari-cari suara yang mengejutkan dia dari lena dia. Mahu mengayang siapa yang berani menggangu. Cilakak. Baru je nak mula mimpi princess. dayang seksi dan Maria Ozawa. Threesome.

Tercari-cari juga la kasut itu siapa yang mengejutkan dia. Penat mencari, dia duduk kembali. Dan sambung lentok. Ke Kiri- Kanan. Ikut Memomentun Elarti.

Meletihkan juga untuk mencari siapa yang baru mengejutkan dia. Penat mencari. [Work In Progress]

Lily Mungkin Entah

Semalam, Aku sempat Telafon Lily. Mungkin sudah lama tidak mendengar suaranya. Bukan bermaksud rindu. Tetapi bosan.

Dalam dua, tiga deringan. Dia angkat. Kami berbalas Hi. Berbual mengenai masa sekarang. Dulu aku kerap Talifon Lily, kerna aku suka pada Lily. Rasa rindu menebal. Tapi itu dulu. Sekarang aku sudah jarang. Hati Hancur, Pecah bederai. Heh. Tidak. Entah kenapa hati ini sudah berhenti merinduinya, mencintainya. Bosan akan cinta yang tidak berbalas. mungkin. MUNGKIN.

Aku, Lily berborak akan masa depan. Masa depan yang belum pasti. Bertanyakan pasal Jodoh. Heh, Aku memang sudah give up dengan jodoh. Lily? Heh. Aku tak pasti dengan dolak-dalik entahnya. Malas melayan. Sikit-sikit, Entah. Sikit-sikit, ENTAH.

Aku ajak Lily bersembang tentang masa lampau. Kabaran rakan-rakan lama ajak bertemu semula. Aku tidak pasti dengan tarikhnya. Adakah aku berpeluang atau tidak. Masih menjadi tanya tanya. Sibuk aku masih sibuk tika itu.

Sedang asyik berborak, aku ditegur mesra oleh seseorang.

Aku diarah letak Handphone oleh pegawai a.k.a paramugari cantik dalam Shinkansen. Aku meletakkan handphon kerana paramugari takut mengganggu sistem pengoperasian kereta api bullet itu.

Kalau lah aku tahu awal-awal, sudah tentu aku buang handphone ini sebelum naik.

Ayumi

Ayumi emel aku, tanya. Dekat mana? Bila mahu jumpa? Kalau dekat di Saitama. Bagitahu lah. Buleh kita makan bersama.

Aku senyum lepas baca emel hantaran Ayumi. Ah, Minah Jepun tu. Pantang aku ke Jepun. Mesti diajaknya makan bersama. Bukan setakat makan. Dibawanya juga rakan-rakannya. Cantik dan comel semuanya.

Kemudian, Aku tekan telafon bimbitku balas emel Ayumi. Komuter semakin hampir ke destinasi.

Katsuya

Katsuya jerit panggil nama aku dari jauh. Heh. Kuat. Satu Airport buleh dengar suara dia. Agak Memalukan. Tapi mengenangkan sahabat yang tidak lama berjumpa. Aku layankan sahaja.

Dia lari, laju. Ke Arah aku. Kemudian kami berpelukan. Hanya berpelukan. Tiada kucupan dari mulut ke pipi, atau mulut ke mulut.

Kau Sudah Kurus Darkk-san... kata Katsuya. Senyum. Aku balas senyum Katsuya. Belum sempat aku balas kata Katsuya, dia sambung;

"Di bahagian telinga"

Waaachaaaa!! Cepat-cepat aku karate kedua-dua belah pinggang Katsuya. Moga terbelah dua dan dia mati di situ juga.

Hidup Ini Perlu Ada Sesuatu Yang Randum

Aku sekarang dalam perjalanan.

Jangan bimbangkan pasal aku. Aku selamat. Aku tak perlukan sapa-sapa untuk menyelamatkan aku.

Tak. Tak perlu sediakan USD100Juta. Ha, Yang Belakang tu. Toksah ngada-ngada bawak parang ke apa. Aku dah kata, aku tak apa-apa.

Esok, Lusa. Mungkin aku update belog lagi.

Yang tu apa pasal keluar purse? Takde-takde. Aku tak pegi melancong. Toksah nak kirim apa-apa. Handbag LV la, Model Kit Tamiya la, Komik la, Artis Lelaki Jepun la, Bunga Sakura la. Gunung Fuji la.

Aku pergi sana untuk lawatan kerja. Bukan melancong. Tapi kerja!! Kerja LALALA~~

Esok, Lusa. MUNGKIN aku update belog lagi.

written via Blackberry Bold.

Ibu Mertuaku

"Tidak. Sabariah tidak mahu melukakan hati Kasim Selamat."

"Kasim Selamat? Siapa dia Kasim Selamat? Loyar? Majistret?"

"Peeenghaaapaaal Sifir"

Jeng! Jeeng!! Jeeeeng!!! *muzik dramik masuk*

"Penghapal Sifir? !! Memang Patang Nenek Datuk aku, penghafal sifir. Anak tak mengenang jasa."

"Tapi Sabariah memang sukakan dia. Tapi dia baru saja habis menghafal sifir lapan, mungkin esok, lusa. Sifir duabelas. "

"Mak tahu 8 kali 8 berapa?"

Mak Dara terdiam. Soklan paling sukar dalam hidupnya. Dia sudah tahu, hidupnya bakal musnah sekiranya dia tidak dapat menjawab soklan itu. Tapi Mak Dara tak mahu kalah. Jadi Mak Dara ada akal mengelat. Dia mahu berpura-pura jatuh, menggelupur. Kalau buleh, biar mulut dia berbuih semasa menggelupur. Kemudian pura-pura pengsan.

Via Talifon

"Awak sayang Saya?"

"Sayang."

"Cinta Saya?"

"Cinta."

"Rindu Saya?"

"Rindu."

"Abis tu, kenapa tak balas sms dan panggilan saya?"

"Maaf. Saya ada tabiat tidak bawa hendpon ke mana-mana. Nak-nak, bila nak berak."

"Hmm..Kalau macam tu, kita putus."

"Okeh. Kita Putus."

Tut, tut, tut, tut, tut. Bunyi talian terputus.

Monarki Cinta

Sarah.

Farah.

Zaharah.

Tiga Individu berbeza dalam satu badan. Split Personality.

Gila tak gila.

[Work In Progress]

Sakit Perut

"Patutlah sakit perut kaw-kaw hari ini. Pulas sakit dia lain macam. Rasa keracunan makanan kot. Tak pun salah makan?"

"Aku ada salah makan ke?" tanya Sordi kepada aku.

"Mana la aku tahu"

"Kau yang makan. Bukan aku" jawap aku. Spotan.

Aku teruskan dengan kerja aku dan membiarkan Sordi bermain dengan imaginasi punca sakitnya.

"Hmm. Aku baca sokabar semalam kot. Tu yang sakit perut".

Ketika itu, Sordi sudah berguling macam tenggiling. Sakit.

Noktah

Tamat.

Muhasabah Diri

Muhasabah diri sebentar.

...
...
...

Cilanat. Hari ini, aku tak perkena teh tarik lagi.

Gegas ke kedai mamak.

Frank

"Hai, tak kan kirim pakai air liur je kot?"

"Kirim la duit sekali"

Nadia memerli suara itu. Suara yang dimiliki oleh Frank. Frank Lampard. Seorang yang berbangsa Irish, tinggi yang tinggi. Berdada sasa dan fasih berbahasa melayu dialet terangganu.

"Boh..Sokmo gitu. Cam dok biase ngn aku gok"

"Paka duit mu dulu ah"

Frank membalas perlian itu. Frank merupakan pengawai komunikasi mesin perang Nadia. Dia telah lama bekerja dengan Nadia. Jadi dia sudah sebati dengan tingkah laku dan perangai Nadia.

"Mu gi beli kat Keda Mek Area Marikh nu" sambung Frank lagi.

Apa Kabar?

Hari ini aku menghabiskan masa aku dengan membuat beberapa panggilan talifon kepada rakan-rakan aku. Tujuannya untuk mengeratkan silaturahim dan membunuh masa aku yang terluang.

Talifon 5 minit, Borak-Borak. Letak. Dan talifon lagi. Borak tanya kabar. Letak. talifon person lain. Soklan basic seperti "Kau Apa Kabar?" , "Kau Kat Mana?" dan lain-lain lagi diajukan.

Ada satu orang ini, unik. Aku talifon. Dia angkat. Aku Bagi salam dan lain-lain protokol penalifonan. Lepas itu dia tanya,

"Apa Kabar Blog Kau?"

Cepat-cepat aku letak dan aku padam nombor dia dalam buku talifon. Tak puas dengan itu, aku keluarkan kad sim. Aku calar-calarkan chip kad sim tu. Kemudian aku bakar. Dendam Terbalas.

Pintu Hati

Pintu Hati Aku telah diketuk sejak bertemu dengannya.

Tokk- Tokk. Tokk- Tokk.

"Wei!! Jangan la ketuk kuat sangat. Nanti Pecah. Lu nak ganti?" Tanya aku. Marah.

Kecewa & Penyelesaian

Perasaan aku dimain-mainkan. Aku terasa amat kecewa. Aku terasa amat Hampa. Berani betul Astro tidak menyiarkan secara langsung perlawanan bola Sepak EPL antara Wigan dengan Arsenal. Astro Bukan tidak tahu aku suka sangat tengok pasukan Arsenal berentap. Jantung di dada terasa direntap.

Kecewa aku ditambah lagi dengan kekalahan Sunderland. Tidak, tidak. Aku bukan peminat Sunderland. Aku hanya mahu kekalahan Man Utd. Itu sahaja yang aku pinta.

Hmm. Nampaknya rancangan aku untuk membeli pasukan Man Utd harus dilaksanakan segara. Aku beli pasukan dan aku jual Macheda. Kemudian untuk musim yang baru, aku daftarkan pasukan itu dalam divisyen dua. Padan Muka. Ha-ha

Reviu Cincai: Mydin MiTC, Ayer Keroh

Apa Gila Orang Berpusu-Pusu ke Sana. Awek Segar Segar dari ladang. Mak Cik Pakcik Memeriahkan Suasana. Aku tak ke sana? Tak Melaka la kalau event Pembukaan Shopping Mall sepi sendiri.. Aku gegas ke sana.

Lepas balek kerja, Lepas tengok Drift dekat Parking Lot MiTC, Lepas Solat Asar. Aku ke lokasi yang tidak stragetik itu. Jalan ke sana, Sempit-sempit. Halus-Halus. Ramai yang terpaksa parking haram disebabkan parking yang kurang. Aku buleh syak kalau aku jadi MBMB, dalam satu hari aku buleh dapat Mercedes. Kutip duit saman parking. Aku pun parking Haram. Haram..

Pembeca & Beca Berhias turut ada di sana. Apa kehal nye? Aku tak pasti. Biasa mereka melepak di rumah merah, dan Jalan Jonker. Dan sekitar Makhota Parade. Mungkin hari itu buleh menjanakan income mereka pasal ramai orang di sana. Aku bermungkin sendiri.

Berapa tingkap? Takda masa nak kira. Berapa Tingkat? 2 Tingkat. Berapa ramai pekerja? Aku tak sempat banci. Aku sibuk mengejar ayam perchik murah harga sebawah rm10 seekor dan juga lari dari promoter kad kredit. Apa ke bongok student pun disuruh buat kad kredit. Cilaka.

Aku menghabiskan masa 1jam lebih dekat sana. Tak da apa-apa yang menarik kecuali ayam perhik dan ayam goreng. Eskelator rosak menyebabkan orang ramai yang menolak troli beratur panjang di sana. Macam suasana haji pulak. Sebab ketua barisan tu pakcik pakai kopiah.

Orang troli penuh, aku berlenggang dengan segulung risalah harga. Lepas itu, baru lah aku pegang plastik berisikan dengan ayam perhik seekor. Aku pulang bertemankan imaginasi nikmat melayan ayam.

Kesimpulannya, nanti-nanti lah kamu orang pergi. Sekarang tengah ramai orang lagi. Tunggu la seminggu dua. Nanti kurang orang. Buleh la kamu jalan puas-puas. Nak baring dalam tu buleh. Kamu nak golek-golek atas eskeletor pun takpa.

Aku bagi 2/5 Bintang Untuk Mydin MiTC, Ayer Keroh.

Aku Dah Tahu

Aku dah tahu. Aku dah tahu. Aku dah tahu kenapa aku rajin sekarang ini.

Hal ini disebabkan aku mahu bercuti selama 2 bulan di kampung halaman. Patutlah baru-baru ini aku secara spotan menolak 3 tawaran menjadi fasilitator, 2 tawaran pengarah program anak angkat, dan juga beberapa lagi tawaran ahli jawatankuasa persembahan kebudayaan.

Aku sudah berasa letih dan perlukan rehat yang secukupnya untuk menempuh tahun akhir di universiti. Tahun Akhir yang memenatkan. Tahun yang memaksa aku bertempur dengan Projek Sarjana Muda, Subjek- Subjek Repeat dan juga Subjek - Subjek Yang Tak Repeat.

2 Bulan nanti, aku mahu menghabiskan masa aku dengan membaca. Membaca. Tahun ini aku tidak menyentuh lagi novel yang aku suka. Kali terakhir aku beli buku ialah bulan lepas. Itu pun nopen ( koleksi cerpen yang dibukukan). Jika tahun lepas, aku menghabiskan 5 Novel Harry Potter. Tahun ini, aku lebih suka membaca buku-buku yang bertemakan politik, agama, propaganda manusia. Dan itu menyebabkan aku menyelongkar almari buku bapak aku. Aku harap aku tidak berjumpa lagi dengan Koleksi Majalah Gila-Gila bapak aku. Ya, aku membesar dengan membaca koleksinya.

Maaf sekiranya entri ini membosankan kamu. Jadi aku tinggalkan kamu dengan pepatah kata;

"Jadilah seperti Kumbang Tanduk. Walau Terhantuk, Tetap Maintain."

Entah Kenapa..

Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini aku rajin menulis entri. Kadang-kadang, dalam satu hari itu. Aku post dalam 2, 3 entri jugak la. Adakah aku berubah menjadi rajin? Atau pun ketagih belog? Atau pun...

Biarlah aku bermuhasabah diri sebentar. Lagi pun mak tengah bising-bising tu, tak tidur lagi. Esok ada ko-ko, baju pengakap dia tak gosokkan lagi. Kena gosok sendiri. Terpaksa aku gosok sendiri.

Semoga bertemu lagi esok.

Oppss.. Sebelum tu, kamu kena ucapkan Selamat Hari Jadi kepada Pujangga Nik Hasby, kerna Hari ini merupakan Hari Jadi beliau yang ke Dua Puluh Dua. Dude, Mu Tue Doh. Derah ar nikoh. Dok sabo nok makan kat meja pengating.

Hikmah Kata

"Bersabar Seperti Umpun-Umpun. Walau Diketuk, Walau Dikerat. Wajah Tetap Ayu"

Detik hati aku dengan kata-kata itu, apabila mengenangkan cermin sisi motorku yang tunggal belah kanan dikebas orang. Dalam beberapa minit kemudian, hati aku terdetik lagi dengan sepotong lirik lagu popular.

"Alahai Emak, Kahwinkan Aku"

Hmm..Mungkin Cermin Sisi telah bertemu jodohnya kerana dia sudah lama menyepi. Cari belah kiri kot. Takkan Cari Belah Kanan Juga. Les Gila.

Teman & Soklan Trick

Biasanya teman-teman aku akan bertanyakan satu soklan trick mengenai status aku.

"Awek Kau Sihat?"

Aku faham. Meraka berkias. Kalau aku jawab "Sihat". Mesti ada soklan rantaian.

Dan kalau aku jawab penafian. Mereka tak percaya. Juga mesti ada soklan rantaian.

Bila aku dapat soklan macam itu, cepat - cepat aku ambil satu kertas. Aku lukis satu gambar bunga. Bunga Ros. Lukis cantik-cantik. Warnakan gambar itu. Pastel, Caryon, Warna Minyak, Buncho, Pensel Warna Kayu. Semua aku guna.

Lepas itu, aku ambik lagi satu kertas kosong. Aku lukis satu lagi gambar bunga. Bunga Ros. Kemudian aku scan, aku edit dan warnakan guna sofware Paint, Adobe Photoshop, Adobe Ilustrator, Paint Shop Pro dan yang terbaru, GIMP Image Editor.

Jadi..Apa Kaitan Dengan Dua Situasi Itu?

Tiada Kaitan.

Cetus Idea

Arsenal sengaja seri. Kompem menang awal-awal nanti tak orang datang tengok lak round ke 2 dekat stadium dia. Semua sengih-sengih tunggu Semi Final, Arsenal lawan Porto. Heh.

Ada Lagi Rupanya

Hari ini aku kena kerja penat. Ajar orang sana-sini, buat tu, buat ini. Potong besi sana, potong besi sini. Jalan sana-sini. Tegur-tegur awek, beri salam kat bos. Kena kenyit mata dengan kerani cantik. Angkat tangan dekat pak guard, tolak kereta sorong. Dan macam-macam lagi lah.

Biasanya aku pegang post peluk tubuh tak buat apa-apa. Tengok orang lain buat kerja. Berangan sampai ke petang. Bila dekat pukul 12, aku dah keluar makan. Balik awal dan lain lagi-lagi pekara positif.

Tapi, baru aku tahu. Ada lagi orang lagi malas dari aku. Dah lah malas, buat kerja pun tak tahu. Aku jadi mangsa keadaan. Bagi tunjuk ajar semua-semua. Nak harapkan orang lain. Orang lain lagi sibuk macam labah-labah. Aku pulak yang tak senang duduk nak peluk tubuh kena ajar dia.

Ada ke aku suruh ambik skru, dia pegi ambik paku payung. Lepas tu aku tenung dia lama-lama, buleh dia tanya apa itu skru. Terpaksa aku pegi ambik sendiri. Lepas tu aku suruh potong plywood, dia tanya aku nak potong pakai ape? Aku cakap ko karate la plywood tu sampai plywood tu lembik, putus nafas. Nyaris dia tak buat betul-betul. Terpaksa aku buat sendiri. Lagi, aku suruh dia ketatkan skru. Dia pusing-pusing, pusing-pusing. Tak ketat-ketat juga. Lepas tu datang mengadu kat aku, mata skru tak sama dengan mata skru drebar. Kalau dah tahu skru mata rata, jangan la kasi putar dengan skru drebar mata bunga. Nak je aku seret kepala budak tu dari Plaza Tol Ayer Keroh sampai ke Plaza Tol Sungai Petani. Harap kau anak orang je. Ah, Aku hampa dan kecewa dekat situ jugak.

Kalau nak jadi pemalas pun, jangan sampai kerja-kerja mudah tak tahu nak buat. Entah-entah berak pun suruh aku cebokkan. Walaupun jadi pemalas, jadi la pemalas yang berilmiah. Contoh terdekat, Aku sendiri. Aku malas, tapi tahu buat kerja-kerja ini. Report aku buat sendiri, tak tiru. Walaupun 1jam lagi dateline. Jangan jadi pemalas tahap sampah. Jadi la pemalas tahap intelektual. Dan tak menyusahkan orang lain.

Tapi dalam buruk-buruk budak tu, aku puji sikap dia yang tepati masa. Masa itu emas ibarat kata-kata peribahasa.

"Bang, Dah Kul 3.30 petang. Jom balek."

"Jom"

Pukul 4.00 petang, aku dah terbungkang duduk depan tv. Tengok drama Mexico, sedang orang lain baru jeling-jeling jam dekat pejabat tunggu masa 1jam lagi nak balik.

Jiwa Kosong

Aku tengah jiwa kosong. Sekarang ni.

Dah-dah. Aku perlu cergas gegas pergi mesyuarakat kejap lagi.

Satu soklan, Hari Ibu bila?

Aku ingat nak tulis puisi. Lepas abis baca untuk bonda aku, aku terjun bungee bersama dia.

Anak Mithali dok?

Satu Malam

"Aku nak berenti merokok", kata aku kepada gadis itu via handphone.

Suasana jadi sepi seketika.

...

Kemudian, aku pecah kesepian itu dengan berkata;

"Terkesima?"

"Ha'ah" jawab gadis itu

"Kau merokok?" tambah gadis itu lagi.

Dengar sahaja soklan itu, cepat-cepat aku campak handphone aku ke dalam sungai. Kemudian aku karate sidemirror motor aku bertalu-talu. Dan aku terajang terbang pendatang asing yang ada berhampiran denganku. Hati aku panas. Ada ke patut tanya soklan tu camtu kat aku balek? Dah aku nak berenti merokok. Kompen ar aku merokok. Dah bagi jawapan pun, tanya lagi. Tensen betul aku dengan perempuan. Huh.

Jadi persoalan dia sekarang, apa nombor model handphone nokia yang buleh dibeli dengan harga bawah seratus. Aku dah lupa ar. Pasal aku pakai sekarang. Aku, pasal Handphone-handphone tak tahu sangat. Cerita di atas tak betul pun. Aku reka saja nak cover tak menahu aku pasal handphone. Berjaya tak? Hehe.

Pabila Dateline Esok

Aku jadi sejuk.
Sejuk macam ais.
Ketar-ketar tangan menaip.
Ketar lagi bahu tertegang.

Pantas. Buat kerja pantas-pantas.
Aku tak buat kerja.
Aku jadi Malas. Malas buat Kerja.

Lalu, kepul-kepul asap muntah.
Terbatuk-batuk sorang-sorang.

Hari makin dekat.
Deadline makin rapat.
Kerja dibuat tak siap-siap.
Mula rasa nak terajang orang.

Bengang lantas,
Aku menulis Sajak ini.
Tapi aku rasa. Bukan macam sajak.
Lebih kepada nukilan.
Atau Guridam.
Atau Apa-apa yang aku rant-rant.

Sangat Randum. Sangat-Sangat Randum.

Hidup ini Sangat Randum.

Mari Tonton Bahasa Jepun

Sedang Aku asyik dengan setting-setting Ubuntu. Aku dibuzz melalui Y!M oleh pujangga Nik Hasby. Terkejut aku. Nasib baik kaki tak terangkat ke atas dan kepala terseret di bawah. Kalau tak, tak ke haru. Dia buzz disertakan link. Pujangga memberikan aku link youtube. Apakah?

Mungkin dia ingin mempamerkan video-video kesukaannya. Mungkin pornografi ringan-ringan, mungkin juga iklan celaka. Ah, aku tak mahu bermungkin-mungkin lagi. Lantas aku bertanya, Mende ni dude. Aku berdude dengan pujangga. Seperti biasa. Ni video aku buat untuk projek bahasa Japang, balas pujangga. Owh, aku balas. Kembali.

Lantas aku klik link itu. Celakak. Baru ingat. Youtube hari ini bermain lemah dengan aku. Server down hok-hek la. Apa la. Tak jumpe server la. Link tak buleh bukak la. Mak sakit la. Pembaris tak panjang la. Kuku nak kerat la. Cikgu rotan 20 kali sampai bebirat la. Semua tu alasan saja tak kasi aku membuang masa kat youtube. Aku hampa.

Aku tak mahu kecewakan pujangga. Aku mintak link embed. Buleh letak la aku letak kat belog. Dia kasi. Murah hati. Memang dia murah hati, penyabar, arif, amanah, azam, ikhlas, takwa, azam, amanah, azam, takwa, dan bila dia mengorat, dia kena marah. haha. Tu la, ada lagi makwe. Tak buleh ngorat awek lain.



Lepas tengok video pendek dia tu, aku rasa gatal-gatal nak kritik.

Pehal Sayonara banyak kali. Lagi pun mana ucap salam jepun bila nak keluar rumah. "Aterasay". Nak makan, tak baca bismillah. Convert ar bismillah dalam bahasa jepun. Baru ar Islam itu global. Ah, aku bising-bising pun. Benda dah jadi. Tak buleh nak tukar. Aku pasrah sambil tenung kelangit kira bintang, termasuk lah lampu heli dan kapal terbang.

Aku hanya mampu ucap kata terakhir untuk video pendek itu:

Kurang pelakon awek. Sila tambah pelakon awek, baru cergas & cerdas otak aku nak belajar bahasa jepun.

Markas


Gambar di atas adalah Ibu pejabat Markas . Aku sedang bersembunyi di kawasan ini sekarang pada hari bekerja. Jangan bagi tahu orang lain. Biar pecah perut, jangan pecah di mulut. Kalau pecah mulut, pakai bonjela. Cepat sikit baek.

Jatuh Setia

Aku sudah mula rasakan bahawa jatuh cinta dan setia itu bodoh.

Kini, jiwa aku kosong. Kosong seperti vakum angkasa.

Dan aku dahagakan sesuatu. Lantas aku,

"Kak, Kasi Air Mata Kucing Satu"

Aku puas menghirup kesegaran itu.

Ruang Itu

Aku duduk diam dalam satu ruang. Pintu ruang itu aku tutup rapat. Aku kunci. Kejab.

Dalam ruang itu, aku duduk diam berfikir. Tenangkan Minda. Minda yang kecewa.

Sekali-sekala berdehem. Legakan tekak. Kemudian berfikir lagi. Minda kecewa yang melayan nikmat.

Kemudian, beberapa minit lepas itu. Aku akhiri dudukan aku dengan menarik tali. Minda kecewa melayang dan Minda melayan nikmat datang.

Aku keluar dari ruang itu, penuh gaya. Keyakinan. Mutu. Keunggulan.

Sambil tepuk-tepuk perut, aku kata;

"Weh, Sapa tak flush tadi. Celakak. Sek baek aku pemuda bangsa yang prihatin"

Dan muka Sordi bertukar merah rasa bersalah.

15 Fakta Randum Akibat Aku

Ah, cik Farhana delicous nyum telah tag aku. Aku dah lama tak buat tag. Hari ini tiba-tiba je rajen. Mungkin hari ini bertuah untuk cik Farhana lilikius. Sebab aku layan tag dia. Haha. Lagi satu sebab, aku takut die kecewa sumpah dia tak menjadi je kalau aku tak buat. Sebagai orang yang prihatin dengan kekecewaan gadis, aku buat lah.

15 Fakta Randum Mengenai Abang Darkk

1. SMS. Aku jarang layan.
2. Call. Aku selalu angkat.
3. Kencing. Normal
4. Rabun. Aku rabun.
6. Spek. Aku rabun tak pakai spek. Sebab mata kanan normal. Jadi, dah cover rabun mata kiri.
7. Acident. Nyaris acident masa pakai spek. Toleh kanan nampak bingkai spek dulu. Sebab tu aku tak pakai spek dah.
8. Blog. Mula-mula nak buat blog bahasa inggeris. International sikit. Lepas pikir-pikir balek. Buat blog bahasa melayu ah. Baru glokal.
9. Tak tahu nak tulis apa dah. Ha, aku ada facebook. Kamu jangan add.
11. Ombak Jahat!!..Ombak Jahat!!
12. Skang aku pokai. Sapa-sapa nak derma untuk Dana Kebajikan Darkk. Buleh emel aku.
13. Ubuntu. Sekarang aku pakai ubuntu. Best woo.
14. Makwe. Aku tak dak makwe pasal rambut panjang. Haha.
15. Cita-cita tahun ini. Aku nak monitor LCD 22" widescreen paling koman dan Graphic Card High-End. Misal contoh ATI Radeon HD4870.

Ada award untuk tag ni. Tapi aku malas ambek. Takut Farhana Delaila nangis.

Kaki

Ko penah makan kaki tak?, tanya Sordi mengejutkan aku.

Tak, kenapa?, tanya aku balek. Sordi. Masa itu aku mamai-mamai lagi. Baru bangun tidur. Huh. Kacau daun betul la Sordi ni. Aku tengah syok mimpi princess tiba-tiba princess tanya pasal kaki lak. Tapi realitinya itu suara Sordi.

Tengah syok-syok layan princess dalam mimpi. Ada suara Sordi. Terus jadi mimpi ngeri.

Aku nak masak kaki ayam ini, ko mahu?, tanya Sordi. Lagi. Mata dia terkebil-kepil macam budak kecik.

Tak, aku tak makan, jawab aku.

Ko mahu tak?, tanya Sordi. Kali ini suara ditegaskan. Macam polis tengah soalsiasat penjenayah. Nak je aku jerit "AKU TAK BERSALAH". Tapi macam tak pasal-pasal pulak.

Aku jawab, tak aku tak makan. Mak aku tak pernah ajar aku makan kaki ayam.

Kau nak tak? tanya Sordi. Hati aku dah panas. Panas macam panasnya periuk.

Nak, kau? Aku tanya dia balek. Dia angguk.

Petang itu, Sordi mulut berdarah. Gigi dia rongak. Dan hidung dia patah. Dia maki-maki aku. Sebab aku bagi dia makan kaki aku.

p/s: first time aku post entri guna Ubuntu. Best jugak ubuntu nie. Tapi kena ada tahap kesabaran tinggi cam tinggi bulan, kalau internet selow. Sebab dia perlu update banyak lagi.

Promote Blog Di BlogMalaysia

Mahu meningkatkan trafik blog kamu sendiri? Mahu lagi cepat kamu jana wang dari iklan Nuffnang & Advelets?

Tapi malas promote? Takpa. Kamu buleh promote dekat website

http://blogmalaysia.com

Register sahaja dan biarkan mereka (trafik) datang mencari kamu (blog kamu).

Aku belum register lagi. Jadi tak buleh jawab soklan kamu orang yang banyak-banyak.

Selamat Mencuba, Karate Meja.

Karipap 2 Ringgit

Tiba-tiba Nadia teringat sesuatu. Sesuatu yang memaksa dia perlu meninggalkan kokpitnya. Dia teringat yang dia tertinggal pursue. Mana buleh bawa mesin perang kalau tak bawa pursue.Di Dalam pursue Nadia, ada MyKad, Lesen Memandu, Kad Debit dan pelbagai kad lagi. Nadia tak mahu kena saman apabila sedang dia meronda di angakasa lepas. Pernah sekali dia terkena gara-gara itu. Dia tidak mahu pisang berbuah kembali. Pursue nya tertinggal di Lobi Kapal Angkasa, lantas dia keluar dan menyuruh salah seorang orang teknikal mesin perangnya mengambil pursuenya.

Tergesa-gesa orang teknikal ke Lobi. Seperti takut dengan arahan Nadia. Maklumlah, Nadia pangkat lagi tinggi dari dia. Jadi nak tak nak. Terpaksa. Lagi pun, gadis cantik seperti Nadia mesti dipatuhi arahannya. Dasar lelaki.

Selepas mengeluarkan arahan itu, Nadia masuk kembali ke dalam kokpitnya, menunggu pursuenya sampai. Sedang asyik menunggu, Nadia terdengar suara melalui intercom mesin perangnya.

"Nad..Nad..Nanti Kau dah habis meronda, tolong belikan aku Karipap 2 ringgit"

Intergalaksi - Nadia

Tahun 3010. Perang Galaksi telah pun bermula.

Nadia mengaktifkan Mesin Pertempurannya iaitu sebuah mesin humanoid yang setinggi 14 kaki. Dilengkapi dengan penuh senjata. Laser, mata pisau cukur, pasu bunga dan lain barang yang boleh mencederakan pihak lawan turut dilengakapi di dalam mesin itu.

Dia menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. Sebelum itu, dia telah membaca doa menaiki kenderaan. Mesin Pertempuran adalah satu kenderaan jika tidak digunakan untuk bertempur. Nadia sering menyalahgunakan mesin itu jika hendak ke pasar atau balik ke kampungnya di Pulau Rusa, Kuala Terangganu. Katanya lebih laju dan tak perlu isi minyak kerana mesin itu hanya menggunakan tenaga solar. Oleh sebab itu jugalah, Nadia sering turun naik Mahkamah Tentera atas kes menyalahgunakan mesin pertempuran. Kini Nadia berada di tahap amaran terakhir kali pertama. Jika dia menyalahgunakan lagi, dia akan berada di tahap amaran terakhir kali kedua dan seterusnya.

[Aku dalam proses menyiapkan cerita ini dan perlukan tajuk yang sesuai. Minta kerjasama dari semua]

[Okay, aku dah buat keputusan. Nadia aku letak tajuk dia.]

Heroes: Aku Tidak Istimewa

Dulu semua kecoh dengan cerita Heroes. Jadi ada segelintir blogger tiba-tiba ada kuasa yang menarik.

Aku juga cuba mencari apakah kuasa aku, apa istimewanya aku. Lantas aku berfikir. Lama.

Aku mengharapkan kuasa apabila aku melihat awek, terkeluar nombor talifon, no ic dan statusnya. Ala-ala mata dewa maut dalam Death Note. Tapi dewa maut dapat lihat bila orang itu mati. Aku cuma mahu nombor talifon. no ic untuk memastikan dia warganegara Malaysia dan status single. Itu sahaja.

Akan tetapi, aku bukan lah istimewa seperti itu. Aku tiada kuasa. Aku biasa. Biasa-biasa je.

Aku set kan mindset aku. Tiada kuasa istimewa bukan bermakna tidak boleh jadi hero.

"Save the Cheerleader, Save the World" bermaksud "Selamatkan Pom-Pom Girl, Selamatkan Dunia" itu yang selalu diungkapkan dalam Heroes.

Aku perlu menyelamatkan pom-pom girl untuk menyelamatkan dunia.

Jadi JAIM, JAIS, JAKIM. Sila jangan salah faham jika terdapat sekumpulan pasukan pom-pom girl di dalam rumahku, aku hanya mahu menyelamatkan mereka.

Dan biarkan mereka berseronok di dalam parti buih anjuran aku itu.

1 April

1 April. Tarikh kehilangan sesuatu untuk sesetengah orang Melayu. Orang Melayu yang hilang indentiti Melayunya.

Apa tah aku mengarut malam-malam ini. Syattooon!!..

Yuna, Yunalis.

Lagu latar drama pendek ini: Dan Sebenarnya - Yuna

"Aku mula-mula bukan suka sangat Yuna ni..." kata Fahil dengan nada serius. Memecah kebuntuan.

"...Akan Tetapi, sejak dia datang ke rumah kau. Memasak untuk kau. Menolong mak kau. Menyidai kain baju famili kau. Basuh jamban. Dan serba-serbi lagi. Akhirnya, Mak kau jadi tertarik dengan Yuna ni. Dia ingin kau memperisterikan Yuna. Dia juga telah menyatakan hasratnya untuk bermenantukan Yuna ini kepada Yuna. Yuna mahu tapi malu. Pada mulanya kau membantah, tetapi lama kelamaan kau akur dengan keputusan dengan mak kau. Dan esoknya, kau dan Yuna bertunang dan tarikh perkahwinan ditetapkan 29hb April 2009, iaitu hujung bulan ini. Dalam proses menunggu tarikh perkahwinan itu, kau telah sedar yang Yuna adalah orang yang tepat untuk kau dan kau mulai jatuh cinta dengan Yuna..."

"Betul dok? Itu yang kau nak beritahu kan?" tanya aku ketika aku sedang melayang di udara manakala kaki Fahil hinggap di dada ku.

Limah & Ahmad

Ahmad Sedang Berjalan ke arah Utara. Kakinya tempang. Matanya sebelah buta. Jari hantu tangan kananya tiada. Putus ketika sedang berkhidmat untuk negara. Mukanya berseri-seri. Seperti Minyak Masak Seri Murni. Tetapi hatinya tidak murni. Ada hasad yang jahat di dalamnya.

Langkah Ahmad perlahan. kerna dia bertongkat. Dua. Tidak Tiga. Hanya bertongkat dua. Dan sekali-sekala, langkah Ahmad terhenti. Hela nafas ditarik panjang dan kemudiannya langkahnya bersambung kembali.

Ketika itu, Limah hanya memerhatikan dari jauh. Di sudut 30 darjah dalam hatinya, timbul rasa kasihan. Rasa kasihan kepada Ahmad. Terdetik di dalam hati Limah ingin membantu, tetapi..

"Kesian kan tengok orang tu?" tanya Limah kepada budak-budak itu. Ya, di samping Limah terdapat dua budak kecil lelaki. Muka mereka seiras, mungkin kembar. Kembar seiras. Mungkin.

"Betul, betul, betul. Kesian la, Kak Ros" jawab salah seorang budak itu.

Pang!!! bunyi Pelempang dilepaskan.

Memanggil Mimpi Indah


Mimpi Indah, Mimpi Indah,
Datanglah,
Temanilah Gadisku.
Hiasilah Tidurnya,
Dan ciptakan pesona istimewa untuknya.
Moga Tidurnya Indah,
Moga Tidurnya Riah.
Selamat Malam Gadisku. Selamat Malam.
Salam...

Saja karang untuk melepas tanda bosan. Bosan yang amat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails