Pages

Selamat Tinggal Internet

Aku banyak membaca blog sejak akhir-akhir ini. Banyak blog yang memberi infomasi, ada juga yang tidak memberi infomasi tetapi gelak tawa hilai tawa macam pontianak. Masing-masing punya idea. Punya cara. Aku juga terpengaruh dengan idea dan karya mereka. Tidak terlepas dari sifat manusia. Meniru. Mengubah. Mempergunakan. Aku perlukan idea tersendiri. Idea yang tidak pernah diterfikir oleh manusia lain. Jadi hari ini aku ingin membawa korang semua berfikir sejenak. Tajuk hari ini adalah;

Perlukah kita mengucapkan Selamat Tinggal kepada Internet?

Internet? Apa itu Internet? Aku tidak pernah tahu apa itu internet. Aku mula guna Internet sejak darjah 2. Ketika itu, papa ku pulang dari kota, papa ku belikan komputar. Komputar kecil warna merah. Boleh bawaku ke sekolah. Pon Pon Pon Pon. Komputar kecil ku berbunyi. Ah, ni la akibat kalau teringat kisah masa muda-muda dulu.

Ada je lagu kanak-kanak yang ingin aku bawa pulang dari masa itu. Nasib baik, mesin masa tidak ada. Kalau tidak, ingin ku pulang pada masa belajar recorder. Main lagu kuih pau. B A G B A G B B B A A A B A G. Tidak pun nyanyi lagu Negaraku berulang-ulang masa kelas musik gara-gara cikgu muzik tak puas hati dengan nyanyian sumbang kami di waktu perhimpunan. Kami rebel. Kami buat lagu Negaraku versi A. Nagaraka, Tanah Tampah nya, Nagaraka..

Sudah dengan mukahdimah zaman-zaman muda dulu. Internet amat penting bagi ku. Tanpa Internet, Hidup ku kurang seri. Tidak seseri budak sekolah BERSERI(bukan nama sebenar). Boleh sahaja aku hidup tanpa Internet. Tapi paling kurang dalam masa 2 minggu sekali, aku pasti menjenguk kembali dunia Internet. Buat ComeBack. Mana tahu ada yang rindu.

Aku tidak mahu bercakap pasal ini dari sudut pandangan aku. Kerana aku rasa tidak perlu kita nak mengucap Selamat Tinggal kepada Internet. Kerana? Aku Suka Buat Point. Cam Biasa, aku buat 3 point.

1. Sumber Inspirasi
-Memang tidak dinafikan aku suka menjadikan internet ini sumber inspirasi. Aku tidak suka menulis di luar rumah, di tepi-tepi tasik, di taman bunga. Aku suka menulis bila PC aku yang bernama Combi ini mempunyai hubungan internet. Internet slow. Hati Panas. Jiwa kacau. Dengan ada nya internet, aku boleh meluncur dengan penuh inspirasi. Tak de Lancer Evo pun tak pe. Aku tak heran. Nouvo S aku ada.

2. Kebanyakan orang yang aku sayang ada di internet
- Ya, aku juga mempunyai hati. Hati untuk menyayangi orang lain. Terutama sekali aku sayang adalah kamu. Ya, kamu. Kamu yang sedang membaca ni. Ha, Jangan malu. Mengaku sahaja yang kamu sayang aku. Aku tahu. Sayang juga sama kamu. Jadi aku tidak sanggup meninggalkan kamu. Aku setia. Selamat Tinggal Tiada Dalam Kamus Hidup ku.

2. Aku bukan muka plastik, hipokrit.
-Aku tak suka statement Selamat tinggal internet. Buat statement awal-awal cakap nak blah. Tapi tak blah-blah. Eii..tolong la, Geli la anak telinga En Sordi. En Sordi pun tak sanggup nak tinggalkan internet ini. Nanti camne dia nak antar duit kat anak dia, kalau tidak mengunakan perbankan menerusi talian. En Sordi malas tetapi setia. Tidak plastik.

Buduh aku, sejak-sejak akhir ni, aku emo sikit. Tipu la sikit. Banyak pun ada. Jadi sesiapa yang terasa dengan entri aku, duduk,duduk. Yang belakang tu, buat barisan baru.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails