Pages

Lily

Lily, aku tahu aku tak akan punya diri mu. Tetapi terimalah salam persahabatan dari ku. Sejak ku bertemu mu, aku tahu. Kau lah yang bakal mengubah persepsi diri ku terhadap dunia. Dunia yang kejam dan durjana telah menjadi sesuatu yang indah dan menyeronokkan bagi ku.

Lily, ingatkah mu ketika diri mu ku hadiahi dengan seekor beruang palsu yang berbunyi. Sumpah, aku tidak tahu yang beruang itu boleh berbunyi. Malah, tukang beli itu pun tidak tahu beruang itu berbunyi. “I Love You” ,”I Love You” katanya. Itu pun ku tahu daripada salah seorang kawan ku. Ikhlas ku beri demi mu.

Lily, jantung ini mula berdegup pantas bila terlihat mu. Gerak geri menjadi perhatian ku, inspirasi ku. Pedoman ku hanyalah untuk mu. (Aku tidak tahu maskud pedoman. Aku gunakan sebab cam best je.) Akan tetapi, Aku hanya dapat memerhatikan mu dari jauh.

Lily, aku pernah menulis luahan rasa yang sepatutnya disimpan oleh aku sahaja. Tetapi aku ingin mu tahu bahawa aku ingin kan mu. (Aduh apa yang ku tulis ni. Ayat ulang-ulang.) Demi itu ku sorok luahan rasa di bawah meja mu agar kamu dapat membaca bila terjumpa. Semua aku lakukan agar dapat melembutkan hati mu menerima ku.

Lily, tika tanggal tarikh lahir mu. Aku menghantar mesej hari jadi pada jam 12 malam. Kerna, aku ingin menjadi orang yang pertama yang mengucapkan selamat hari jadi kepada mu. Supaya mu sedar bahawa aku seorang yang setia, mampu memberi apa yang termampu untuk kebahagiaan mu.

Lily, hati ku selalu berzikir nama mu. Tidak pernah sekali pun aku cuba mengubah turutan zikir itu. Yang hanya ada hanya nama mu. Tidak pernah hati ku meronta-ronta kan “Noura, Noura, Noura” atau pun “Farah, Farah Farah”. Hanya ada nama mu. Hanya nama mu.

Lily, aku takut kehilangan mu. Pernah sekali aku berasa amat takut sekali akan kehilangan mu. Ketika ku tahu mu dihantar ke utara. Aku di timur. Aku rasa amat chuak. Menalifon mu berkali-kali agar dapat ku sampai kan pesanan dan amanat. Tika itu juga, aku secara tidak sengaja terpancul “Saya Sayang Awak”.

Lily, aku tahu jiwa mu keras bagaikan batu. Aku kerap berdiskusi dengan rakan ku. Siapakah yang bakal dipilih oleh mu. Menjadi jantung hati mu. Kerana sudah berkali aku mencuba dan mencuba. Gagal semuanya.

Lily, untuk menambahkan simbolik nya karya ku ini. Aku telah menyebut namamu sebanyak 9 kali. Ya, 9 . 9 cubaan ku memikat hati mu dalam masa 5 tahun telah gagal. Kini aku hanya memerhatikan mu tanpa perasaan inginkan mu. Aku telah gagal. Tiada lagi cubaan ke 10. Keputusan ku keputusan muktamad. Akan tetapi…

Gagal Sembilan Kali, Bukan Bermakna Gagal Selamanya.


*oh lily ku *

p/s:hikmat copypasta peringkat ke 6 digunakan untuk entri kali ini. Nampak sikit aku ni jiwang. hati ropol-ropol

2 comments:

AcEtaminApHEn said...

Menarik kisah lily ne... memg nmpk dark really ikhlas kat lily.. mayb lily belum bersedia utk sebrng comitment sbb tu walau da 9kli masih blum bjaya.... dun worie, be happy... janji dark still keep in touch pe ngan lily kn??... akhir kate, The best ship in this world is 'friendship'... =)

Darkk said...

ah..baru perasan ada komen. Tu la. Tapi tak pa. Usaha tangga Kejayaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails