Pages

Osaka, Jepun?

Melaka-November 15, Entri untuk 3 hari akan datang tidak diupdate kerana DarkK akan ke Osaka, Jepun untuk melihat rama-rama bersalin. Pelik tetapi benar. Benar sekali. Bunyikan hon tanda setuju. Beliau dijadualkan akan bertemu Perdana Menteri Jepun untuk mengambil anime dan juga manga. Sesi Bergambar dengan Morning Musume untuk cover album terbaru mereka akan dijalankan selepas itu. Tidak lupa juga, sesi bertepuk bahu dengan maharaja dan kerabat yang diadakan di Istana Jepun.

Di Sinilah Sesi Bertepuk Bahu dengan Kerabat Maharaja Jepun dijalankan

Terang pengurus beliau lagi, beliau akan ke Akihabara untuk membeli model kit gundam dan juga beberapa alat mainan untuk dijadikan koleksi sendiri. Beliau berpesan, "Bole kalo nk kirim, bak duit dulu. Aku bawak cukup-cukup je". Tambah beliau lagi " Toksah ngade nak kem ramen ke sushi ke, cam kat Malaysia takde je".

"Sape-sapa yang suh aku bawak balik kain rentang kat Akihabara, memang nak kena!!" tegas DarkK

Tonkatsu-antara barangan kiriman yang dilarang

Tujuan lawatan DarkK ke Jepun adalah untuk merapatkan hubungan dua hala antara Jepun dan Malaysia. Ini adalah satu langkah yang baik kerana kebanyakkan rakyat malaysia sudah dipengaruhi oleh budaya Jepun. Bagus atau tidak. Terpulang pada individu sendiri. Saya selaku pemberita hanya mampu berfikir dan geleng kepala.

p/s: memang betul aku tak de. balik kampung..uganda

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails