Pages

Alis

Habuk masuk dalam mata kemudian, Senyum.

Kerna Mahu tengok Alis dalam Alam Wonder. Kalau buleh, dalam Dimesi Tiga. Kalau buleh lagi, di tanggung makan minumnya.

Eh.

Memang selama ini makan minumnya ditanggung.

Masih matang dan berdikari, belum.

Yah!

Yeah! Malik tu sebenarnya gua. Gua mula-mula letak diri gua jadi watak utama. Tapi, bila fikir balik, tak randum lah kalau letak nama gua. Gua pilih nama Malik. Amacam? Randum tak?

Sekarang, kelik iklan nuffnang gua sampai beratus. Gua nak bayar duit tambang pergi Terangganu, trip kelas yang dipaksa. Takdak duit ni. Gua sebenarnya, malas nak pergi sana. Sebab selalu sangat dah pergi Terangganu. Dari kecik sampai besar. Speaking Terangganu pun fasih. Speaking Beseroh apatah lagi. Tapi mengenangkan kena paksa. Gua tak buleh buat apa lah. Gua sorang je tak bayar lagi ni. Kesian kan?

Gemuk

"Gemuk, Gemuk, Gemuk, Gemuk, Gemuk, Gemuk" ejek budak-budak kecik tu ramai-ramai kepada Malik

Malik jadi hati panas. Lalu, dengan gaya kasar, dia baling seorang budak kecik tu masuk dalam semak. Dua tiga orang lagi, dia hempap sampai lemas. Budak yang lain tercengang. Ada dua tiga orang muka cuak. Tak terlepas jugak yang terkecing dalam seluar. Lepas tu Malik kata dekat ketua kumpulan tu, "Gemuk hebat kan?"

Yang ketua tu, diam. Muka pucat lagi. Lepas tu, pelan-pelan dia kata, "Gemuk, gemuk, gemuk, gemuk, gemuk"

Malik baling ketua budak-budak kecik tu sampai bulan.

Reviu Cincai: The Wolfman

Dengan menonton cerita ini, tak perlulah lagi saya terhegeh-hegeh nak tengok New Moon semata-mata nak layan Werewolf. Hahaha.

Oh. Reviu Cincai pertama di tahun 2010. Ini menunjukkan bahawa saya baru menonton wayang untuk kali pertama di tahun ini. (Saya tak mengaku yang saya tengok Adnan Sempit sebab secara jujurnya, saya rasa nak bakar panggung sepanjang tayangan tu.)

Okeh. Kembali kepada The Wolfman.

Storiline? Not bad. Menarik lah jugak. At least tak membosankan.

Nak cari pelakon hensem dalam ni? Jangan harap ada. Tapi bagi saya, itu lah point kuat untuk cerita ni. Buat apa nak cari Werewolf badan berketul-ketul solid seksi. Yang tak hensem pun, buleh jadi apa werewolf. Atuk, Nenek pun buleh jadi.

CGI? Oh. Buleh la.

Banyak sangat element nak terperanjatkan penonton. Panggil anjing pun buleh jadi part saspen, makan sup pun buleh jadi part saspen. Banyak lah sampai saya nak terperanjat pun dah rasa nak malas. (Ada makwe duduk sebelah saya terperanjat sampai melompat peluk pakwe dia. Saya hanya berdoa harap dia tak terperanjat lagi, kemudiannya terpeluk saya pula. Mungkin buleh jadi perang Werewolf di luar panggung.)

Ganas? Semistinya ganas. Werewolf sentuh orang je, terus orang tu menjerit kesakitan. Lagi dua gerakan tangan werewolf tu, buleh buat orang mati. Kewl gila lah! Saya suka Werewolf.

Rating Cincai: 7/ 10 bintang.

Main Air

Tak Fun, Bila..

Kau turun mandi jeram, kau jadi mangsa pertama hanyut dalam ramai-ramai orang dalam kumpulan kau. Jadinya, kau malu gila sebab orang lain baru lepak-lepak main air sikit-sikit tapi kau dah hanyut, kasi panik satu kumpulan.

(Tapi disebabkan kau ada asas berenang yang kukuh. Kau hanyut tak jauh mana, cuma lari jauh sikit dari tempat kumpulan kau lepak)

Tapi Sangat Fun, Bila..

Kau tengok ada orang dalam kumpulan kau jadi mangsa kedua hanyut. Lepas itu, ada mangsa ketiga, kemudian mangsa keempat dan seterusnya, mangsa kedua hanyut buat kali kedua. At least, kau tak malu sangat sebab ada orang lain juga hanyut.

Ayam jugak mangsa kedua tu. Nak main sangat jeram.

(Jangan risau. Semua sempat diselamatkan oleh orang lain. Kau masa tu, kaki tengah cram akibat berenang tak warm-up.)

I m Not Superman

Seorang hero yang mempunyai kapal layar.

Ya. Hero. Dan punya Kapal Layar.

Oh. Tidak. Dia tak bantu orang dan dia juga tak tumpangkan orang naik atas kapalnya.

Kerna, dia bukan seorang superman.

p/s; oh. Jangan risau kalau tak paham. Ini tulisan cincai-cincai sebelum mood mengarang datang kembali.

Dem! 2

Rujuk Dem!

Nampaknya memang betul ramalan aku. Sila rujuk link di bawah untuk cerita selanjutnya.

"Tektik licik seorang pensyarah"

Nasib baik tak pergi. "Kelas ganti" konon. Rugi duit minyak aje kalu pergi.

Dem!

Tak pernah-pernah gua kena buat kelas ganti kat Resort. Tiba-tiba lecturer kata ada kelas ganti dekat sana. Apa kejadahnya? Lagi pula, gua dalam dillema nak pergi ke tak nak. Macam biasa, gua berat ke tak nak.

Entah-entah suruh dengar ceramah MLM kot.

Bizi

Tapi, Tipulah kalau kata tak rindu.

Pokok Hati II

Dia tak pernah lari dari pokok hati yang berada di atas bukit itu. Cuma, dia perhatikan pokok itu dari jauh saja. Dan bila tiba masa pokok itu mahu berbunga. Cepat-cepat dia akan jaga. Siram dan baja secukupnya.

Biar tumbuh melata.

Biar boleh bikin taman dalam hati.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails